PMX sendiri telah membentangkan di Parlimen bahawa pelaburan KWAP dalam eFishery sedang melalui tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula dana yang terlibat. Perkara ini didedahkan secara terbuka kerana Madani mengamalkan prinsip ketelusan, bukannya menyorokkan isu.
Tetapi masih ada yang terus menuduh seolah-olah PMX yang membuat keputusan melabur atau cuai dalam kes ini.
Mana buktinya? Tunjukkan satu bukti bahawa PMX adalah pihak yang meluluskan pelaburan tersebut. Kalau tiada bukti, jangan lempar fitnah semata-mata untuk mengelirukan rakyat.
Inilah masalahnya apabila malas membaca fakta tetapi terlalu rajin menyebarkan tuduhan. Rakyat Malaysia berhak menilai sendiri siapa yang membawa fakta dan siapa yang hanya bermain persepsi.
Pedas ZRA bagi:
βAda jenis orang, bila sembang psl Palestin, die suruh tunggu je Imam Mahdi setelkan, sambil hembus vape poof poof. Tapi bila bab perut sendiri, duit SARA masuk lambat ke, tak cukup tanah die tekan dan salahkan PMX.β
Isu Kg Sungai Baru, selama ni kita asyik dengar side minoriti ie @RafidahIbrahim kan? Nampaknya skrg penduduk majoriti dah start fight back. Sorg2 dh mula bersuara
Tengah LIVE PC in case sesape nk usha: https://t.co/z0F9w6xQnN
πππ‘πππ‘ π§ππ₯πππππ πππππ₯, π§πππ¨π§ πππ₯πππππ₯ πππππ π£ππ‘πππ₯π
Itu kata Datoβ Puad Zakarshi.
Bertahun-tahun dia cuit saya tapi saya tidak pernah balas. Sebahagiannya kerana saya menghormati tata cara bila duduk bersama dalam kerajaan, sebagai pimpinan kanan KEADILAN, saya tidak wajar menghentam secara terbuka seorang wakil rakyat dari UMNO.
Sepatutnya, orang berbudi kita berbahasa. Tapi tidak begitulah, sebab manusia ni ada macam-macam jenis.
Saya juga faham kalau Puad Zakarshi ni marah dekat saya sampai bila-bila. Dia dulu Ketua Pengarah JASA (sekarang ni dipanggil JKOM) yang diberi tanggungjawab mempertahankan Datoβ Seri Najib sebelum PRU 2018.
Memang letihlah nak bersilat dengan isu-isu yang saya bawa ke arah PRU 2018.
Mungkin kerana dilihat tidak berapa berfungsi semasa menjadi KP JASA, dia digugurkan dari menjadi calon UMNO Parlimen Batu Pahat dalam PRU 2018. Kecoh sebentar dia nak bertanding bebas, dilaporkan sudah beli dua borang pun.
(Rujuk: https://t.co/StPsdcQ4wY)
Nasib baik, KEADILAN/PH masuk PRN Johor 2022 dalam keadaan sendu. Menanglah kerusi Rengit. Berpuluh tahun penyertaan Puad Zakarshi dalam politik dan UMNO sejak 1990an, menang sekali di Parlimen dan menang sekali di DUN.
Jadi bila Puad Zakarshi bagi nasihat, konon takut saya masuk penjara, saya buat dengar tak dengarlah. Saya anggap ini nasihat mencuri perhatian, supaya media memetik namanya menjadi berita. Kalau nak harap usaha politiknya yang lain, mungkin susah nak masuk berita.
Kalau saya takutkan ada kes, saya tidak meletakkan jawatan. Saya akur kepada apa saja yang dikehendaki. Suruh saya diam, saya diam. Suruh saya melompat, saya melompat.
Sepanjang saya menjadi menteri, saya tidak pernah memanggil KSU atau pegawai untuk apa-apa yang bersabit perolehan. Bidang yang memang kuasa saya (contohnya meluluskan perolehan hartanah Bumiputra melebihi nilai RM20 juta), itu pun saya buat satu jawatankuasa agar ia diputuskan oleh JK, bukannya saya sendiri.
Insya-Allah, saya tidak pernah diugut, dipanggil atau dilaporkan ada kes.
Pasal ke penjara, saya pun pernah melalui zaman itu.
Masa Puad Zakarshi jadi KP JASA, kerajaan itulah dan pimpinan parti dialah yang mengheret saya ke mahkamah sehingga 14 kes, termasuk dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.
Masa itu pun saya redha semuanya dan saya serahkan kepada ketentuan Allah.
Nasihat saya kepada Puad Zakarshi, jangan bimbangkan pengakhiran politik saya.
Lebih baik fikirkan amalan dan dosa pahala masing-masing, lebih-lebih lagi kalau umur itu 20 tahun lebih tua dari saya.
RM700 JUTA, 5 NEGARA & HARTA YANG βTERLUPAβ DIISYTIHAR?
Weh, korang ingat cerita biasa ke ni?
SPRM sekarang dalam βmissionβ jejak aset keluarga & proksi arwah Tun Daim dekat lima negara serentak AS, Jepun, Itali, Singapura & Jersey.
Bukan je satu dua harta, tapi:
π’ Kondo
π¨ Hotel
ποΈ Pusat beli-belah
π¦ Akaun bank sana sini
Jumlah? Bukan juta-juta ya. RM700 JUTA.
Ya, tujuh ratus juta ringgit Malaysia.
Yang peliknya tak diisytihar pun masa kena siasat dulu. Amboi, βterlupaβ ke macam mana tu?
Kalau ikut Seksyen 4(1) Akta AMLA 2001, kau tak payah pun tunggu bukti duit tu hasil jenayah.
Ini @rafiziramli!
Dia bekerja. Dia jelajah. Dia bukan pembodek, bukan juga penjilat dengan bahasa berbunga2. Dia bawa fakta dan data. Inilah aset yang berharga untuk KEADILAN dan amat2 diperlukan untuk menghadapi PRU16.
PRU15 menyaksikan kejayaan strategi yang dia laksanakan tatkala parti sedang hanyut. Ramai yang tidak mampu lakukan apa yang dia lakukan. Akhirnya, KEADILAN menjadi sebahagian daripada Kerajaan kini.
Jom HIRUK! π«ΆπΌ
Satu cara berkempen yang digunakan oleh PAS dan PN yang cukup berkesan ialah menuduh Kerajaan Persekutuan menganaktirikan mereka.
Kononnya kutip cukai dari rakyat negeri-negeri yang ditadbir, contohnya Kelantan, tetapi tidak dikembalikan sebagai peruntukan untuk pembangunan.
Teruknya Kerajaan Persekutuan sehinggakan Ahli Parlimen Pasir Putih mencabar agar PAS dibenarkan kutip sendiri cukai Kelantan yang kini dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.
Agak-agak, kalau Kelantan kutip cukai sendiri seperti yang diapi-apikan oleh PAS, adakah masalah pembangunan di Kelantan selesai?
Stesen bas KB Sentral akan siap? Masalah air selesai?
Berapa sebenarnya anggaran kutipan cukai dari Kelantan, jika Kelantan mengutip sendiri cukai-cukai yang kini dikutip oleh Kerajaan Persekutuan?
Cukai-cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan adalah cukai perniagaan dan pendapatan individu; atau cukai jualan yang berkait dengan kerancakan perniagaan.
Jika kerajaan negeri Kelantan tidak berjaya mewujudkan suasana perniagaan yang mesra pelaburan, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi, belum tentu kerajaan Kelantan dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat, kalau pun mereka mengutip sendiri cukai-cukai di bawah bidang kuasa Persekutuan, kerana cukai-cukai itu mungkin tidak mencukupi untuk menanggung keseluruhan belanja pembangunan di Kelantan yang kini ditampung oleh Kerajaan Persekutuan.
Sebab itu, lebih baik kita bersaing dengan kepakaran kita merancakkan ekonomi, bukannya bermain sentimen dengan mengapi-apikan konon Kerajaan Persekutuan memangsakan negeri-negeri pembangkang.
Fitnah dah tersebar kununnya anak PMX si Nurul Izzah dapat tanah 1500 ekar. Fitnah dh tersebar, tiba2 minta maaf.
Semoga @n_izzah kasi saman sampai lumat. Suka-suka ja main fitnah.
Tatkala tamat pengajian, ramai memilih utk bekerja dgn kerajaan, tetapi TIDAK utk Anwar Ibrahim.
Pada usia 23-24, beliau memilih utk memperhambakan diri dan berjuang utk umat, untuk orang MELAYU. π€
Hari ini saya meneruskan Jelajah Semarak KEADILAN - Kita Madani ke Negeri Sembilan. Saya bersama rakan-rakan Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan mulakan jelajah kami dengan mengadakan pertemuan bersama YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Insya-Allah, kami seterusnya akan ke Jelebu bagi sesi Ziarah Kasih MADANI sebelum kemudiannya ke Majlis Iftar bersama masyarakat Jelebu.
#AngkatanMudaKEADILAN
#KitaMadani
#MalaysiaMADANI
MADANI BEKERJA
Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan tanggal 4 Ramadhan 1446H, Kerajaan MADANI melakar sejarah yang amat penting dalam landskap perundangan apabila Dewan Rakyat meluluskan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 petang tadi sekaligus mengembalikan semula autonomi Parlimen selepas Akta tersebut dimansuhkan 33 tahun lalu pada 1992.
Langkah ini diambil bagi memastikan Parlimen beroperasi secara bebas, profesional, dan berautonomi, sejajar dengan prinsip pemisahan kuasa sebenar antara badan perundangan, eksekutif, dan kehakiman dengan menentukan tadbir urus perkhidmatan mereka sendiri serta mengurus aspek kewangan dan hal-hal pentadbirannya secara bebas.
Ia juga bukti komitmen, iltizam dan kesungguhan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim sebagai sebuah kerajaan yang βWalk The Talkβ dalam melaksanakan agenda reformasi bagi menjadikan Malaysia negara yang benar-benar mengamalkan demokrasi berparlimen.
Insyallah, ini merupakan langkah positif ke arah pelbagai lagi usaha reformasi bagi memperkukuh tadbir urus negara serta memastikan perubahan yang dibawa benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
#YBAOS
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiBukanReformati
#KerajaanWalkTheTalk
#ReformasiInstitusi