Mohd Shuhaily pernah suarakan cadangan, diwujudkan satu mekanisme lebih berkesan, supaya jabatan boleh tamatkan perkhidmatan penjawat awam terlibat rasuah, dengan lebih cepat.
#AWANInews#AWANIpagi
https://t.co/Vu6c6G7PBR
“Mesej Madleen Dengan Jelas Sampai!”
Kita tahu yang Madleen dah dirampas. Misi utama Freedom Flotilla mungkin tak tercapai. Tapi mesej yang ingin disampai mereka sekarang dah bergema. Jadi saya ulas sikit secara kronologi nak faham siapa mereka ni.
" Yang Menang Mesra Akar Umbi, Yang Kalah Tak Mesra Akar Umbi Adalah Hujahan Yang MALAS "
~ Shahril Hamdan
Again, sya tertarik dgn hujahan Realistic daripada Shahril yg betul² faham dgn situasi yg sedang berlaku dalam PKR.
Tbh, We need this kind of person in the political field. Sebab tak semua org mampu membuat Observation and Conclusion( more to postmortem) dgn betul bila hadapi sesuatu conflict.
Kepada Pengampu² dan Penjilat² meh dengar hujahan Shahril ni😆.
Kot boleh ada akal mana tau kan.
@tauhidaziz Fahmi tu paling tk function tp tktau malu byk jilat Izzah sangat dia, JKOM paling hancur dia pegang masa kempen Izzah aritu laju pulak update
PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT
❗❗❗Awas, penulisan ni panjang. Sengaja aku nak post jugak utk simpan di Twitter aku sebagai rekod utk rujukan masa depan. ❗❗❗
Hari ni hari pengundian. Hari ni menentukan pimpinan mana yg akan berada di barisan hadapan utk mendepani PRU-16. Sebagai ahli parti yg takde kepentingan apa-apa dalam parti, aku cenderung menyokong @rafiziramli tanpa sedikit pun menafikan sumbangan besar NIA. Kenapa? Ok ni sudut pandang aku.
PASCA-LANGKAH SHERATION
Pasca-Langkah Sheraton, Keadilan ambil langkah tegas memecat Kartel Azmin utk bersihkan parti drpd pengkhianat. Keadilan pd waktu tu sgt lemah. Sejak aku menganggotai parti ni, itulah detiknya aku saksikan sendiri Keadilan berada pd tahap yg paling barai. Aku tertanya-tanya, adakah impian nak tgk Anwar jadi PM boleh dicapai atau tidak. Tgk pd umur beliau pun, masa dah tak byk. Mcm mana parti nk hadap PRU15 dlm keadaan yg barai tu? Kalau ikut NIA, kita perlukan dua PRU lagi utk Anwar jadi PM. Maksudnya, PRU17 baru Anwar dpt jadi PM.
Teringat dulu masa satu program kat Negeri Sembilan, Tok Min pernah bawa saya naik motor 😄
Saja throwback sikit, compile video dan gambar ikut trend lagu TikTok.
Sekali-sekala layan juga, ha3.
“Dia kena ada ‘budak jahat’ (HIRUK) tau… dia kalau dah DAMAAAIIIIIIIIIIII semua, memanglah kau kena makan dengan Mahathir!”, @rafiziramli 🤣😅
RR citer pasal nak umum Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7. 2 syarat perlu dipenuhi Mahathir.
Pertama, manifesto diputuskan.
Kedua, jumlah kerusi dimuktamadkan.
Sampai saat akhir, manifesto dah setuju. Cuma kerusi masih belum Mahathir putuskan (untuk setuju). Berlagak nak kerusi banyak sampai 80 kerusi. Lalu, RR, NIA dan bondanya pi jumpa Mahathir. Nak tahu kisah selanjutnya, tengoklah video ni.
Jadi, jelaslah yang menjadi perunding utama adalah RR bukan orang lain dan ini menafikan dakwaan bahawa NIA yang berunding.
Syabas RR! Sosok yang layak untuk jawatan Timbalan Presiden. Jom HIRUK!
Rakyat Bersama Rafizi Ramli 5
Peringatan terakhir keras dan tegas buat semua 9000 Perwakilan PKR yang akan mengundi secara bersemuka dan kepada 20 000 lagi Perwakilan PKR yang akan mengundi secara atas talian iaitu Sistem auta dan propa Blockchain.Pastikan anda kekalkan Rafizi
Hadir ke Parlimen bagi memberikan penerangan sempena Sesi Mesyuarat Khas berhubung pengumuman tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.
Saya menegaskan kepada Ahli Dewan bahawa pelbagai prakarsa sedang dan telah dilaksanakan untuk memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan mampu mengharungi cabaran global secara terurus.
Keyakinan ini didasari oleh prestasi makroekonomi yang memberangsangkan pada tahun 2024 — dengan pertumbuhan KDNK 5.1%, melebihi unjuran Belanjawan 2024 (4-5%) dan jauh lebih tinggi berbanding 3.6% pada 2023.
Saya maklumkan, kerajaan juga berjaya mengurangkan defisit fiskal secara konsisten:
• 2022: 5.5%
• 2023: 5.0%
• 2024: 4.1%
• Unjuran 2025: 3.8%
Insya-Allah, reformasi struktur di bawah kerangka Ekonomi MADANI dijangka terus memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.
Saya menyeru semua pihak agar mengenepikan perbezaan sebaliknya bersama-sama menghadapi cabaran semasa demi memastikan Malaysia kekal di landasan pembangunan yang mampan dan berdaya tahan.
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#TariffWars
Turun ke Axiata Arena pagi tadi bagi menyambut Hari Pekerja peringkat kebangsaan sebagai satu penghormatan kepada bakti, keringat dan kesungguhan para pekerja dari segenap pelosok tanah air.
Saya cukup terkesan saat lagu Solidariti Perjuangan bergema di awal majlis. Bait-bait liriknya mengangkat hakikat sebenar perjuangan kelas pekerja: tanpa pekerja, tidak akan berdiri istana Raja; tanpa pekerja, tiada hospital megah; tanpa pekerja, keselamatan kita tidak terjamin.
Di sambutan ini, saya tegaskan semula iltizam Kerajaan MADANI untuk terus mengangkat martabat para pekerja dengan tidak sekadar berusaha mencatat pertumbuhan ekonomi, tetapi menterjemahkannya kepada kehidupan rakyat yang lebih bermaruah.
Atas semangat itu, kerajaan merangka sistem saraan baharu penjawat awam dengan pendekatan berbeza, bukan hanya menaikkan gaji tetapi memastikan mereka di tangga gaji rendah menerima kenaikan paling signifikan.
Pendekatan ini selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI membina semula negara ini atas nilai karamah insaniah, di mana martabat seseorang itu tidak diukur pada harta atau pangkat, tetapi pada jasa, budi dan pengorbanannya.
Maka meskipun ada yang cuba menanam keraguan, kami tekal memulakan langkah membela pekerja, termasuk menaikkan gaji penjawat awam dan kadar gaji minimum.
Saya tidak pernah lupa pengorbanan puluhan ribu rakyat yang majoritinya golongan pekerja, bersama turun ke jalanan demi menuntut keadilan, melawan penindasan dan menolak salah guna kuasa.
Hari ini, kita tidak sekadar berbicara kosong. Kita mulakan dengan tatakelola, melaksanakan reformasi fiskal, dan menaikkan gaji pekerja. Kita perangi rasuah dan menghentikan budaya menggunakan kuasa untuk memperkaya diri dan keluarga.
Namun perjuangan ini belum selesai. Kita harus berani melawan agenda kebencian, perkauman sempit dan fahaman agama yang memecahbelahkan. Perjuangan ini adalah untuk keadilan buat semua pekerja, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.
Teruskan khidmat kalian dengan tekun dan ikhlas. Pekerja harus bersatu dan tentukan sendiri nasib kalian, dan jangan sesekali membenarkan diri ditunggang sesiapa. Ayuh, kita bulatkan tekad, menumpahkan bakti untuk menjadikan Malaysia negara hebat di rantau ini, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Antara orang yg banyak berjuang, tapi bukan mengejar jawatan. Tengoklah poster dia. Kebanyakan politician, segala jawatan pangkat, dia akan sumbat. Dia steady letak nama je. Antara tulang belakang kejayaan Anwar Ibrahim dari dulu.
Sekitar kunjungan saya di Perlis semalam untuk merencana pembangunan ekonomi negeri serta menambah baik infrastruktur demi kesejahteraan rakyat.
Perlis juga menjadi destinasi terakhir dalam jelajah Aidilfitri MADANI tahun ini. Sambutan luar biasa oleh orang Perlis dalam suasana penuh kekeluargaan dan kasih sayang ini amat saya hargai dan terpahat dalam hati.
Anak ayam dalam celepa,
Buka tudung memasak padi;
Siang dan malam saya tak lupa,
Kasih terkandung dalam hati.
Air pasang deras ke hulu,
Bila tenang dimandi budak;
Kami datang pulang dahulu,
Bila senang mari pula.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Modus operadi terbaru jadi agent sewa rumah tapi sebenarnya adelah sewa rumah airbnb... bawa client tengok rumah semua dah sign agreement lepas tu lesap gais..
Tolong la lepas ni berhati2 kalau cari rumah sewa , taktahu ini mangsa or mmg betul2. Tuan badan lesap RM5000
Pelajar di kawasan banjir catat keputusan SPM sangat baik.
Dulu pembangkang desak SPM ditangguhkan. Ternyata tindakan @FadhlinaSiddiq untuk teruskan adalah tepat.
Pelajar sudah bersedia lama untuk SPM, momentum sudah ada. Jika tangguh, mungkin keputusan tak sebaik ini.