Nothing but busy fikir how to help my family even more, how i wish i could spoil them as much as i can Oh Allah please make ease everything 🥺 mmg takde fikir lain dah fikir pasal family je, my top priority always (:
Ya, masih berbaloi. Dan pada aku, akan sentiasa berbaloi.
Cuma aku faham kenapa sesetengah lelaki mula merasakan perkahwinan hari ini semakin tidak berbaloi.
Kebelakangan ini muncul satu istilah yang dipanggil hoeflation. Istilah ini merujuk kepada keadaan di mana lelaki zaman sekarang terpaksa bekerja berkali-kali ganda lebih keras terutamanya untuk mengatasi inflasi dan kenaikan kos sara hidup yang didorong oleh sistem ekonomi berasaskan riba tetapi akhirnya memperoleh pasangan yang, menurut mereka, jauh lebih buruk daripada generasi nenek mereka.
Bayangkan kau membanting tulang, buat dua atau tiga kerja semata-mata untuk menghalalkan seorang wanita yang tidak tahu mengurus rumah, tidak mahu mendengar kepimpinan suami, sentiasa berada di barisan hadapan apabila menuntut haknya, tetapi berada di barisan paling belakang apabila tiba masa menjalankan tanggungjawab dan menunaikan hak suaminya.
Kalau itu realitinya, tidak pelik kenapa semakin ramai lelaki bertanya,
"Berbaloi ke semua ini?"
Tetapi bagi aku, itu bukan soalan yang paling penting.
Soalan yang lebih penting ialah siapa yang paksa lelaki berkahwin dengan wanita seperti itu?
Tak ada siapa. Lelaki itu sendiri yang membuat pilihan.
Ramai lelaki menghabiskan masa mencari "the perfect wife", sedangkan mereka sendiri tidak pernah bertanya sama ada mereka sedang membina diri untuk menjadi "the kind of husband a good woman would gladly follow."
Great wives aren't simply found. They're moulded.
Dan proses itu tidak berlaku sebelah pihak. Ia berlaku apabila seorang lelaki memimpin dengan baik dan seorang wanita memilih untuk menyambut kepimpinan itu.
Sebab itu soalan yang lebih wajar ditanya oleh setiap lelaki bukanlah,
"Di mana nak cari perempuan yang baik?"
Tetapi,
"Adakah aku sedang membina diri menjadi lelaki yang memudahkan seorang isteri untuk menghormati dan mentaati aku?"
Mentaati suami dalam perkara yang makruf merupakan antara ujian terbesar bagi seorang isteri. Tetapi di situlah datangnya muhasabah buat seorang lelaki.
Kalau Allah meletakkan ujian itu ke atas seorang isteri, adakah kita sebagai suami sedang melakukan segala yang termampu untuk menjadikan ujian itu lebih ringan untuk dia lalui?
Adakah kita sudah cukup menjadi seorang suami yang layak dihormati? Dan adakah kita telah membina suasana yang memudahkan rasa hormat itu tumbuh secara semula jadi?
Aku bagi satu contoh.
Hari ini ramai lelaki mengamalkan konsep 50-50 dalam nafkah. Ada yang sejak awal lagi mengharapkan isteri mesti bekerja dan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi keluarga.
Dalam keadaan seperti itu, hukum tetap hukum. Isteri masih wajib mentaati suami dalam perkara yang makruf.
Cuma adakah keadaan itu menjadikan tugas seorang isteri untuk taat lebih mudah, atau lebih sukar?
Sudah tentu lebih sukar.
Sebagai lelaki, adakah kita benar-benar sedang berusaha menjadi sekompeten yang mungkin? Dari sudut agama, akhlak, ilmu, kebijaksanaan membuat keputusan, kestabilan emosi, kemampuan memikul tanggungjawab, dan keupayaan menyediakan rasa aman kepada keluarga.
Sudah tentu wujud wanita yang tetap gagal menjadi isteri yang baik walaupun sudah mendapat layanan, nafkah dan kepimpinan yang terbaik.
But control what you can control.
Kalau dah cuba sehabis baik tapi isteri cam harey juga, anggaplah itu ujian & Islam dah bagi solusi to get out from that situation.