Memasuki hari kedua lawatan kerja di Shanghai, saya memulakan pagi ini dengan mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China bagi meneroka peluang pelaburan strategik bernilai tinggi di Malaysia.
Perbincangan menyentuh pelbagai sektor berimpak tinggi termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bahan bateri, optik termaju, bioteknologi, penjagaan kesihatan, bahan kimia khusus dan pembuatan termaju.
Saya turut mendengar secara langsung perancangan dan aspirasi pemain industri, termasuk peluang yang mereka lihat di Malaysia serta langkah yang diperlukan untuk merealisasikan pelaburan tersebut.
Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk terus berkembang sebagai hab pelaburan dan pembuatan bernilai tinggi di rantau ini, didukung ekosistem perindustrian yang matang, tenaga kerja berkemahiran, kedudukan strategik serta jaringan rantaian bekalan yang kukuh.
Kerajaan MADANI akan terus memudah cara pelaburan berkualiti yang membawa bersama pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan, pengukuhan penyertaan syarikat Malaysia serta pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Communications Minister Fahmi Fadzil lamented that his staff members have become deeply affected by comments on social media to the point that they have become depressed.
The PKR information chief said his team works hard to clarify policy decisions, but the public tends to blame Fahmi whenever a message does not land well, even for issues belonging to other ministries or external agencies.
Full story: https://t.co/8xlDhFrBH7
Pertemuan saya dengan Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Dr. Farhan Nizami CBE, membuka ruang perbincangan yang lebih luas tentang bagaimana institusi perkhidmatan awam boleh diperkukuh melalui perspektif tadbir urus Islam global, penyelidikan dan pembangunan sosial serta kepimpinan Islam.
Saya percaya hubungan institusi seperti ini perlu terus diperkukuhkan agar ilmu dan pemikiran Islam bukan sahaja berkembang dalam lingkungan akademik, tetapi turut menyumbang kepada cara kita memahami masyarakat, mendepani megatrend masa kini dan membangunkan dasar yang lebih baik.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Pertemuan bersama Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Dr. Farhan Nizami CBE, membuka ruang meneroka bagaimana ilmu, perspektif tadbir urus Islam global dan kepimpinan dapat memperkukuh institusi perkhidmatan awam dalam mendepani megatrend, memahami perubahan masyarakat dan membentuk dasar yang lebih baik.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Kemuncak acara lawatan kerja semalam ialah sesi istimewa di Blavatnik School of Government, Universiti Oxford yang diketuai oleh Dekan Profesor Ngaire Woods, dan turut disertai Profesor Christian Schuster serta Profesor Rebecca Kitteridge yang juga mantan Setiausaha Kabinet New Zealand.
Saya turut membentangkan usaha reformasi perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan dan telah mendapat pelbagai input yang sangat berharga dari para sarjana untuk terus menambahbaik kualiti perkhidmatan.
Di kesempatan sama, saya turut menyaksikan sesi pemeteraian dan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Razak School of Government dan Blavatnik School of Goverment, Universiti Oxford. Kerjasama ini merangkumi pertukaran amalan terbaik reformasi perkhidmatan, pendigitalan penyampaian, motivasi dalam pekerjaan serta kecemerlangan kepimpinan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฑ๐๐จ๐ซ๐.
Kemuncak lawatan kerja di Oxford membawa saya ke Blavatnik School of Government untuk berkongsi perjalanan reformasi perkhidmatan awam Malaysia bersama barisan sarjana terkemuka, di samping mendapatkan perspektif baharu untuk memperkukuh agenda reformasi negara.
Saya turut menyaksikan pemeteraian MoU antara Razak School of Government dan Blavatnik School of Government, yang membuka ruang kerjasama lebih luas dalam reformasi, pendigitalan penyampaian serta pembangunan kepimpinan perkhidmatan awam kedua-dua negara.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Alhamdulillah, selamat tiba di Shanghai, dan langsung memulakan langkah Diplomasi MADANI tatkala malam kian melabuhkan tirainya di bumi China.
Insya-Allah saya akan mengadakan sesi perjumpaan bersama pemain industri, sebelum menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026.
Doakan usaha dan ikhtiar delegasi Malaysia dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang diharapkan demi kemakmuran tanah air kita.
๐ฒ๐พ๐จ๐ณ
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Perkara 37 Undang-Undang Tubuh N9 1959 jelas:
SUK = bidang kuasa SPA
Penasihat Undang-Undang = bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan
Bukan kuasa MB. Bukan kuasa Exco. Bukan boleh gantung suka hati!
TERKINI: PEGUAM NEGARA RESPON MB N9! ๐ฅ
Jabatan Peguam Negara sahkan - MB Negeri Sembilan TIADA KUASA gantung SUK & Penasihat Undang-Undang Negeri!
"MMKN tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas penyandang kedua-dua jawatan tersebut"
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa Rabu dengan perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, umum Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
Menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan YDPB N9.
POLITIK NEGERI SEMBILAN
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
#PolitikNegeriSembilan#EXCO#TugasEXCO
Kemelut Negeri Sembilan makin panas apabila isu penurunan takhta Tuanku Muhriz dipertikaikan, sedangkan DKU menegaskan kedudukan Baginda kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar. Persoalannya kini bukan sekadar politik, apakah batas kuasa MB dan EXCO apabila berdepan institusi Raja?
Bila kuasa politik mula berdepan dengan institusi Raja, persoalan besar pun timbul: siapa sebenarnya mencabar siapa? DKU menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar, manakala kenyataan MB dan EXCO mengenai penurunan takhta dipertikaikan dari sudut perlembagaan.