Dah lama orang hype tumbler Tyeso ni kan!! Tapi ini first collection saya sebab baru nak try hihi. Design dia macam banyak yg mengembamg kat atas kan saya macam tak minat sangat tapi yg ni sumpah cantik ✨slim✨ sedap pegang. Memang terus grab la masa nampak hari tu.
DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH.
Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada malam Rabu.
Nak kongsi detail apa yang berlaku pada hari-hari terakhir tersebut dari Kitab Rahiqul Maqtum:
4 HARI SEBELUM WAFAT (HARI KHAMIS)
• Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
• Pada waktu Soalt Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan baginda telah pengsan sebanyak 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah ﷺ pengsan.
• Dalam riwayat, Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat fardhu ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
----
2 HARI SEBELUM WAFAT (HARI SABTU)
• Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang pembantu lelaki untuk hadir Solat Zohor.
• Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
• Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat. Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar.
• Lalu Abu Bakar solat mengikuti solat Rasulullah (duduk) dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
• Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
----
SEHARI SEBELUM WAFAT (HARI AHAD)
• Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar dari harta baginda.
• Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 Sha' gandum.
----
HARI KEWAFATAN (HARI ISNIN)
• Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda tersenyum.
• Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
• Diriwayatkan, ada sahabat yang hendak berhentikan solat kerana gembira dan merasakan Rasulullah telah bertambah sihat.
• Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar solat diteruskan. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
• Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ sempat berjumpa dengan Fatimah, Hasan dan Husain, isteri-isteri baginda.
• Kesakitan itu ditambah dengan pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yang Rasulullah makan ketika baginda di Khaibar.
----
DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN 😭
• Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
• Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya."
• Kemudian, Rasulullah angkat tangan dan jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda;
"Allahumma ar-Rafiq al-A'la"
(Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)
sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telah pun WAFAT menemui Kekasih-Nya.
• Peristiwa ini berlaku pada Waktu DHUHA, HARI ISNIN, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
• Ramai sahabat dan orang-orang di Madinah seperti tidak percaya. Banyak riwayat ceritakan tentang Umar dan Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
----
PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
• Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
• Ringkasnya, selepas perbincangan kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah ﷺ.
• Dalam masa sama ahli keluarga baginda, sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah ﷺ sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
• Selepas wafat, tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki ahli keluarganya sahaja.
----
1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH (HARI SELASA)
• Ahli Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ.
• Sahabat yang mandikan adalah, Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
• Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
• Kemudian, ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis:
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia."
• Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ. Lokasi tersebut KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
• Orang ramai masuk ke dalam rumah Rasulullah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang, untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorang pun menjadi imam.
• Giliran pertama dari ahli keluarga dahulu. Kemudian orang Muhajiran & Ansar. Selesai orang lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak juga mensolatkan Baginda ﷺ.
----
2 HARI SELEPAS KEWAFATAN (HARI RABU)
• Urusan Solat Jenazah tersebut berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
• Ia berakhir pada malam Rabu (Selasa malam Rabu)
• Dalam satu hadis disebutkan, Aisyah berkata,
"Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (dikebumikan Rasulullah dalam lahad di tengah malam Rabu".
----
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntung sangat kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa bersemuka dengan Rasulullah ﷺ bila kita semua masuk Syurga kelak 😭😭.
Mari kita banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. Terutama cuti Maulidur Rasul ini.
Solluu A'laa Nabi.
Wallahua'lam.
Hukum tajwid yg tak bisa didengar, tapi bisa dilihat. Namanya isymam, dibaca dengan memonyongkan mulut. Seperti orang yg ragu dalam bicara. Dan memang, isinya adalah perkataan saudara2 Yusuf yg ragu berbicara karena isinya adalah tipu muslihat.
@KopBam@denymhammad@JackyFAlex1@AmrullahAK Tafsir ayat ke 11 surah Yusuf itu memang berkaitan dengan saudara yusuf yg membuat helah dekat ayahnya. Sebab itu Alquran kena baca juga tafsirannya dan maksudnya. Setiap inti Alquran itu ada jalan ceritanya.
Malam Lailatul Qadar Mac 2026
•Malam 21 Ramadan : Selasa, 10 Mac 2026 Malam
•Malam 23 Ramadan : Khamis, 12 Mac 2026 Malam
•Malam 25 Ramadan : Sabtu, 14 Mac 2026 Malam
•Malam 27 Ramadan : Isnin, 16 Mac 2026 Malam
•Malam 29 Ramadan : Rabu, 18 Mac 2026 Malam
DOA yang baik2 ya
Selepas setahun simpan rahsia, i’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming
Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project
Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung 😊
Ada orang masuk syurga bukan kerana banyaknya amal tapi kerana sikap lembut hati, mesra dengan orang dan mudah tolong orang.
Besarnya nilai akhlak di sisi Allah.
Setuju. Sebab itu saya tak sokong dengan modal PTPTN ni sejak 2011, walaupun ketika itu dikecam oleh kawan dan lawan.
Punyalah besar isu ni, ada yang sampai perlu jadi Timbalan Menteri dulu baru dia boleh faham.
Sebenarnya situasi di Sudan sangat teruk sebenarnya. Ada aspek lebih teruk dari Gaza
Pernah suatu ketika Wanita Sudan minta Mufti mereka keluarkan Fatwa agar mereka boleh bunuh diri sebab tak tahan dirogol berulang kali
PBB dah merekodkan kekejaman yang dilakukan bukan sahaja Pihak RSF disokong UAE tapi Tentera Kerajaan Sudan jugak
Sebab tulah Perang ni Neraka Tuan Tuan sekalian
Lebih 150,000 orang terbunuh dan 12 Juta kehilangan tempat tinggal. Mereka jugak kelaparan, susah cari bekalan air. Dan takda jaminan esok mereka hidup sebab pertempuran berlangsung di mana mana sahaja
Bila ditangkap mereka diseksa, dikurung, dirogol dan dilayan macam binatang.
Apa yang Cikgu Fadli Saleh luahkan ni adalah luahan ramai guru guru termasuk kawan kawan aku yang jadi guru. Inilah apa yang cikgu cikgu rasa di sekolah
Kembalikan kuasa merotan untuk kembalikan kuasa mendidik kepada para guru. Itu tujuan dia. Sebab dalam gambar itulah situasi di sekolah sekarang
Lepas tu KPM, JPN, PPD hairan kenapa ramai Guru letak jawatan sebab tak lagi berminat dengan Institusi Pendidikan.
KPM sepatutnya membela Guru Guru. Bukan menindas guru guru. Bila Guru luahkan cadangan dan pandangan. KPM memilih untuk ambil Tindakan Tatatertib berbanding mengambil pertimbangan dalam cadangan itu