Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya.
“Demi Allah! Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.”
Riwayat al-Bukhari (3475)
Betullah ulama pondok tu cakap. Dosa haram jatuhkan sebuah kerajaan yang adil. Agama memang mengajar begitu. Cumanya ulama tu tak sebut pun kerajaan mana. Kau udah gelupur kenapa?
Orang kata ponteng parlimen pun terasa.
7/2/2027 - Awal Tarawih
8/2/2027 - Puasa Ramadan
9/3/2027 - Malam Raya
10/3/2027 - Hari Raya Aidilfitri
Moga kita semua panjang umur dapat bertemu dengan Ramadan tahun depan. Aamiin Ya Rabbal A'lamin..
KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.
Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.
Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.
Pada masa sama, YAB Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.
Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.
PEJABAT PERDANA MENTERI
21 Oktober 2026
Tok Mat pernah kata BN ada kaedah terbaik untuk selesaikan krisis takhta Negeri Sembilan.
Tapi kena tunggu BN menang PRN dulu.
Ok, BN dah menang PRN dan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan bersama PN.
Jadi, inilah “kaedah terbaik” BN-PN?
1. MB tandatangani Surat Cara Proklamasi yang bertujuan menurunkan Tuanku Muhriz selepas mengangkat sumpah di hadapan Baginda.
2. Kemudian MB pula buat laporan polis dan mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen tersebut.
3. Selepas itu, MB sendiri menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar secara unilateral.
4. Namun Exco Negeri Sembilan tetap membuat keputusan secara sebulat suara berhubung proklamasi tersebut, dan MB mengesahkan keputusan berkenaan.
5. DKU kemudian menyatakan keputusan Exco itu tidak mempunyai kesan undang-undang.
6. Peguam Negara pula menegaskan MB dan MMKN tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.
Akhirnya?
Geng derhaka ini bukan menyelesaikan krisis, tetapi mencetuskan krisis yang lebih besar.
Tuanku Muhriz akhirnya membatalkan pelantikan semua Exco berkuat kuasa serta-merta selepas Istana mendapati mereka telah memungkiri sumpah jawatan.
Dan PMX sendiri sudah mengingatkan:
"Sebelum pilihan raya pertahankan institusi raja, selepas pilihan raya raja digulingkan. Kedudukan Raja perlu ikut Perlembagaan, undang-undang."
Jadi rakyat Negeri Sembilan boleh tanya:
Inikah “kaedah terbaik” yang dijanjikan sebelum PRN?
Sebelum menang, katanya nak selesaikan krisis.
Selepas menang, krisis tak selesai.
Malah kerajaan negeri sendiri berdepan krisis dengan institusi Raja.
Satu Negeri kena tipu oleh BN-PN.
Nak sangat “birukan” negeri anda?
Tengok dulu apa yang berlaku di Negeri Sembilan.
Jangan sampai negeri sendiri pula jadi mangsa geng derhaka yang mengharubirukan negeri.