@amer7211 Punya dia takut DSAI jadi PM..
Kat arena antarabangsa, macam pailang.
Kat negara sendiri, dgn PMX rupanya dia kecut.
Semoga ditumbangkan Mahathir & sekutunya
@amer7211 Atuk berhenti ingat ada org nk pujuk dia mcm tahun 2002.rupanya tak ada pun.itu yg kecewa sgt.cuba nk jd PM tapi kalah la pula pru15..jatuh ego bekas PM yg disanjung kalah..jd meroyan la sampai skrg nk pulak protege turns nemesis jd PM..
Mahathir dan kerosakan yang dibawanya kepada negara.
📌 Titah YDP Agong dalam Majlis Jamuan Negara semalam.
"Menukar Perdana Menteri setiap tahun juga tidak akan menjamin apa-apa. Akibatnya, rakyat akan menderita, ekonomi akan merudum sehingga akhirnya negara menjadi tidak stabil".
https://t.co/xqtRJeq9uB
📌 Titah YDP Agong selepas Kerajaan tebuk atap diangkat menjadi pemerintah hampir 4 tahun lalu.
"Dalam pertemuan tersebut, Beta telah meminta Yang Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad untuk tidak meletak jawatan. Namun beliau tetap dengan keputusannya".
https://t.co/rE7roJxlwz
Maka bermulalah episod kemelut politik negara berpunca daripada itu. Pemimpin2 rakus untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara tebuk atap. Akibat daripada itu, negara menyaksikan ketidakstabilan Kerajaan di bawah pimpinan Mahiaddin dan Ismail Sabri.
Tunku Abdul Rahman benar apabila dia mengatakan, "This one man alone (Mahathir), will bring down this nation".
Kelakar pulak. PADU dibina oleh penjawat awam Kerajaan Malaysia, tapi ada yang nak bising pasal kecurian data peribadi.
Dey, hampa nak buat passport, renew lesen memandu, nak mintak PTPTN pun kerajaan amik data yang macam-macam. Sama ja la.
1/n
Kenyataan Media
Perdana Menteri
20 Disember 2023
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.
Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.
Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.
Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini juga berkuatkuasa serta-merta.
Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
Minggu lepas, PMX lancarkan Identiti Digital Nasional (IDN). Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa perlunya IDN sedangkan kita sudah ada Kad Pengenalan.
Kad Pengenalan adalah pengenalan dan pengesahan diri secara fizikal. Selaras dengan usaha kerajaan agar sebahagian besar khidmat dan urusan kerajaan didigitalkan, tanpa satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang unik bagi setiap warganegara, kita perlu membuka akaun bagi setiap portal kerajaan.
Akhirnya ini menyebabkan sistem-sistem kerajaan yang tidak bersepadu dan tidak berhubung dengan satu sama lain. Setiap kali kita mahu menggunakan khidmat kerajaan, kita perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali dan kerajaan pula ada pelbagai pangkalan data bagi sistem yang berlainan, sedangkan maklumat pengenalan diri itu sama.
Antara usaha terkini ialah memperkenalkan govtech (khidmat awam berteknologi tinggi) secara berperingkat dalam khidmat awam. Seperti mana kita biasa menggunakan aplikasi digital untuk banyak urusan harian, hasratnya berurusan dengan kerajaan pun akan menjadi mudah seperti menggunakan aplikasi digital lain.
Langkah awal yang diambil oleh pentadbiran ini termasuklah membangunkan PADU (Pangkalan Data Utama) supaya semua maklumat setiap warganegara dikumpulkan dari pelbagai pangkalan data kerajaan ke dalam satu datalake. Selepas itu, setiap aplikasi tidak lagi perlu membangunkan pangkalan data yang bertindih dan menggunakan API (application programming interface) untuk berhubung dengan PADU. Maksudnya, kita tidak perlu mengisi pelbagai maklumat berkali-kali untuk berurusan dengan kerajaan.
Langkah seterusnya ialah IDN yang membolehkan kemudahan single sign on (SSO). Dengan satu login, seorang pengguna boleh mengakses semua kemudahan dan aplikasi kerajaan sekaligus.
Langkah seterusnya ialah untuk mula melaksanakan integrasi aplikasi berurusan dengan kerajaan melalui satu portal utama dan single sign on menggunakan IDN. Kertas yang menggariskan konsep dan pelaksanaan govtech secara berfasa ini akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu depan.
Mulai 2024, saya berharap ada tambah baik ketara kepuasan pengguna apabila menggunakan aplikasi urusan kerajaan yang lebih fokus kepada UI/UX/CX.
Insya Allah apabila PN berjaya menebuk atap sekali lagi (yang dijadualkan pada 31 Disember 202X), mereka tidak perlu fikir mengenai govtech kerana ia telah dilaksanakan dengan baik.
@jazrulhafez Tu lah kau ni tak membaca celah mana pelancong China punca? Hari last PH pegang tinggal 2 je positif itu pun kuarantin. Punca kluster tabligh adalah budak bodoh yg balik dari korea xkuarantin sebab masa tu kerajaan dah jatuh kena tebuk atap dek yidin sial serta hadi dan rakan2!
Bila Ketua Whip Un Kota Bharu bangun unjuk rasa marah2 dan maroyan lebeh 5 minit tatkala PM @anwaribrahim meluaskan penguasaan di Parlimen hingga memanggil “bekas sahabat” kerana beza politik.
PM-X bangun beri penjelasan dgn menyatakan tetap sahabat.
Soul Power!
(Part 1)