Allah hadirkan kekuatan melalui ujian. Allah tangguhkan sesuatu untuk mendidik sabar. Allah ambil sesuatu untuk mengajar redha. Syukur & sentiasa bersangka baik dgn Allah.. Kerana Dia sentiasa aturkan apa yg terbaik untuk kita.
Buat seluruh Bangsa Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku bermula 26 hingga 29 Disember 2025, melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Kerajaan Negeri Johor melalui agensi-agensi berkaitan juga akan terus memantau situasi ini secara rapi dan berada dalam keadaan siap siaga bagi memastikan keselamatan serta kebajikan Bangsa Johor sentiasa terpelihara.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar negeri Johor terus dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah, serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Buat seluruh Bangsa Johor, berdasarkan maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Negeri Johor kini berada dalam situasi Amaran Hujan Berterusan sehingga 18 Disember 2025, melibatkan dua tahap amaran iaitu Tahap Buruk dan Tahap Waspada.
Bagi Tahap Buruk yang melibatkan hujan lebat berterusan, daerah terlibat ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. Keadaan ini berisiko menyebabkan banjir besar dan banjir kilat, peningkatan paras sungai secara mendadak serta gangguan kepada jalan utama dan operasi lapangan. Penduduk di kawasan rendah, berhampiran sungai dan pesisir pantai dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sementara itu, Tahap Waspada melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, dengan jangkaan hujan berterusan yang berpotensi mengakibatkan banjir setempat serta gangguan pergerakan harian.
Sebagai langkah kesiapsiagaan awal, semua Pegawai Daerah di kawasan terlibat telah dimaklumkan secara langsung dan kini berada dalam keadaan siap siaga, manakala Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah pula bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa.
Saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar sentiasa berwaspada, mengikuti maklumat rasmi daripada MET Malaysia dan agensi berkaitan serta mengambil langkah keselamatan bagi melindungi diri, keluarga dan harta benda.
Semoga Allah SWT melindungi negeri Johor dan mempermudahkan segala urusan kita semua.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorSelamat #JohorBersih #XtifJohor
Buat seluruh Bangsa Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap Waspada yang dijangka berlaku dalam tempoh 14 hingga 16 Disember 2025.
Amaran ini menandakan potensi peningkatan cuaca tidak menentu yang boleh memberi kesan kepada beberapa kawasan di negeri ini. Daerah yang terlibat meliputi Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. Kawasan-kawasan ini dijangka mengalami hujan berterusan yang memerlukan perhatian khusus, terutamanya penduduk di lokasi rendah dan berhampiran sungai.
Hujan berterusan ini membawa implikasi seperti risiko banjir kilat dan banjir rendah, gangguan pada pergerakan jalan raya serta kemungkinan operasi lapangan yang terjejas. Paras sungai di kawasan tertentu juga berpotensi meningkat dan memerlukan pemantauan rapi dari semasa ke semasa.
Bagi memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap optimum, saya difahamkan bahawa para Pegawai Daerah di kawasan terlibat telah mengambil langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Agensi-agensi utama di peringkat negeri dan daerah juga berada dalam mod siap siaga, dengan pasukan operasi bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sekiranya keadaan memerlukan tindakan segera.
Saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan cuaca terkini daripada sumber rasmi, dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya. Semoga Allah SWT melindungi dan memelihara kita semua daripada sebarang musibah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
5 jenis orang yang patut kau hargai :
1. Setia, saat kita susah
2. Senyum, saat kita marah
3. Mendengar, saat kita luah
4. Bantu, saat kita mengalah
5. Mengingatkan, saat kita lupa
The bombs will stop.
The siege will break.
The healing will begin.
Gaza will breathe again.
And Palestine will be free.
Within our lifetime, Insha’Allah.
Doa itu senjata paling senyap tapi paling kuat. Tak perlu jerit, tak perlu orang tahu. Hanya kau dan Tuhanmu. Tapi kesannya, boleh ubah hidup, ubah hati, bahkan ubah takdir.