Kepada sesiapa yang dipanggil ke SKMM / MCMC, gunakan hak anda:
Jawap setiap soalan dengan skrip,
SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH.
Saya ulanggggg...
SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH. https://t.co/HRKsrYuqJV
Menyantuni mangsa-mangsa banjir di SK Pelagat, Jertih semalam.
Setakat jam 8 pagi hari ini, mangsa banjir negeri kita telah meningkat kepada 35,124 mangsa.
Doakan agar kesemua mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan urusan. Semoga keadaan terkawal dan tidak bertambah buruk.
Ikuti temubual Kak Taz bersama Astro Awani berkenaan pelajar SPM.Mohon keadilan untuk pelajar SPM. Makna adil meletakkan sesuatu ditempatnya, bukan sama rata. Emosi dan stress para pelajar ini kerana peperiksaan induk mereka, SPM Wajib lulus untuk dapat sijil
Dato’ Khlir Mohd Nor minta penjelasan Menteri Dalam Negeri tentang kemungkinan veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diterima bekerja dalam Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan (MCBA).
Berita penuh:
https://t.co/y9LSQp4kQ0
#HarakahDaily#HDPremium#Harakahcetak
Minda Presiden PAS
POLITIK BOHONG DAN KEBENDAAN TETAP MENJADI PILIHAN UMNO-PH
Kita menyaksikan di negara kita betapa politik wang menyebabkan keruntuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah berkuasa sehingga membarah ke dalam pemilihan partinya di semua peringkat. Seterusnya, membawa pula penyakit ini ke dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam menjadikan mereka mangsa rasuah politik yang merosakkan agama dan bangsa.
Kini, UMNO yang rosak bersama Pakatan Harapan (PH) meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaannya. Ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada Dajjal.
Mereka membeli rakyat dengan wang dan kebendaan supaya menyokongnya, pada masa yang sama menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang diwajibkan mengikut agama dan amalan demokrasi. Sedangkan mereka telah mengambil cukai daripada semua rakyat, termasuk pembangkang. Maka, terbukti mereka lebih daripada Dajjal yang tidak memungut cukai.
PH menipu dengan slogan Rahmah yang dilaksanakannya, walhal ia merujuk sifat Allah Yang Maha Rahmah yang rahmat-Nya melimpah-ruah. Hal ini demikian kerana, Allah memberi kurniaan kepada hamba-Nya dengan adil kepada semua, sama ada yang taat ataupun yang derhaka. Adapun kesalahan dosanya dibicarakan dengan adil di tempat yang lain.
Baca selanjutnya:
https://t.co/HqijaL8oGO
Keberadaan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam gelanggang politik telah menenggelamkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim walaupun diangkat sebagai Perdana Menteri.
#Harakahdaily#HDPremium
https://t.co/yWaYKSyGGl
“Rakyat tidak bodoh untuk menerimanya sebagai kebetulan. Ada 600 DUN di Malaysia dan 55 DUN lain lagi di Selangor, tetapi kerana ada pilihan raya, KKB menjadi istimewa untuk PH.”
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pagi tadi.
Baca selanjutnya:
https://t.co/ofEbAvYgi9
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN SYEIKH ABDUL MAJID AL-ZINDANI
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama haraki yang terkemuka dalam dunia Islam yang mengasaskan Universiti Iman. Sana'a, Yaman.
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Syawwal 1445H / 23 April 2024
—————
MESSAGE OF CONDOLENCES ON THE PASSING OF SYEIKH ABDUL MAJID AL-ZINDANI
I extend my heartfelt condolences to the family of the late Syeikh Abdul Majid al-Zindani, a renowned Muslim scholar in the Muslim world and the founder of the Iman University in Sana'a, Yemen.
May his soul be placed among the righteous and blessed with the mercy of Allah SWT.
ABDUL HADI AWANG, President of PAS.
Dated: 14 Syawwal 1445H / 23rd April 2024
WAJIB BERJIHAD MEMPERTAHANKAN BAIT AL-MAQDIS
Hukum Islam daripada semua mazhab Ahli Kiblat yang menghadap ke arah Rumah Allah (Baitullah) di Makkah mewajibkan seluruh umat berjihad mempertahankan Bait al-Maqdis, kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Isra’ Rasulullah SAW, dan bermulanya Mi‘raj, kecuali kalangan penganut Islam yang memisahkan agama dan politik dengan memandang jihad itu suatu perkara yang remeh-temeh. Hal ini demikian kerana, kiblat politiknya menghadap Rumah Putih (White House) di Washington, walaupun masing-masing melaksanakan solat, haji, dan umrahnya menghadap Rumah Allah di Makkah. Inilah bencana aqidah yang sedang menimpa umat Islam.
Syabas diucapkan kepada Kerajaan Republik Islam Iran yang secara rasmi mengisytiharkan Jumaat akhir Ramadan sebagai Minggu Bait al-Maqdis sejak menangnya revolusi Islam di sana, yang perubahannya ditolak oleh beberapa pihak yang dikatakan paling kuat berpegang kepada Sunnah hanya disebabkan Iran bermazhab Syiah Imamiyyah, walaupun Muktamar Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Duwali anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah dan Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah di al-Azhar, Mesir mengisytiharkan Syiah Imamiyyah termasuk dalam Ahli Kiblat dan umat Islam yang satu.
Namun, mereka boleh pula mengiktiraf Iran pada masa pemerintahan Shah Iran yang ketika itu mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah mengikut fatwa Rumah Putih di Washington, lalu disokong oleh beberapa orang ulama’ upahan rasmi, khususnya yang berbangsa Arab kerana semangat kebangsaannya pernah menjemput penjajah bagi menjatuhkan kuasa besar Islam lebih 100 tahun yang lalu.
Langkah Iran hari ini yang mendahului OIC adalah sangat dialu-alukan, kerana keadaan kini lebih terpanggil untuk wajibnya menyahut seruan jihad bagi menentang Zionis yang sedang menggila menceroboh Masjid al-Aqsa dan paling mengganas di Gaza.
Baca selanjutnya:
https://t.co/ZjV8AgrKmq