Ikuti temubual Kak Taz bersama Astro Awani berkenaan pelajar SPM.Mohon keadilan untuk pelajar SPM. Makna adil meletakkan sesuatu ditempatnya, bukan sama rata. Emosi dan stress para pelajar ini kerana peperiksaan induk mereka, SPM Wajib lulus untuk dapat sijil
Liputan bergambar Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Kelima Belas Bil. 16 dan Bil. 17 Tahun 2024 dipengerusikan oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Ahli Parlimen Puchong (Pengerusi).
Soalan Kak Taz untuk hari ini. Diat boleh selesaikan masalah kerana kedua pihak dapat kelebihan (bertanggungjawab atas kesilapan dan sekurang-kurangnya keluarga dapat pembelaan). Indahkan Islam.
Kak Taz menghadiri Taklimat PENYELARASAN & KESIAPSIAGAAN KEBAJIKAN MONSUN TIMUR LAUT 2024/2025.Hujung tahun ini musim taburan hujan berlaku terutama di Negeri Pantai Timur.Semoga tidak berlaku banjir besar.
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا(Ya Allah,jadikanlah hujan ini bermanfaat)
Kak Taz mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih dari Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan kepada seluruh jentera yang turun membantu di Nenggeri. Adat bertanding ada menang ada belum menang lagi. Menang kami syukur tidak menang lagi kami Istiqomah dengan perjuangan ini.
Obor perjuanganmu akan terus menyala dan membakar semangat kami untuk terus menyanggah kezaliman dan kebobrokan.
Jalur perjuangan ini tidak mudah kerana penindasan dan penderitaan selama berdekad lamanya ini hanya akan membenih kekuatan baharu dan semangat buat para pejuang.
Setelah ramai anggota keluarganya syahid di jalan perjuangan, kini giliran Ismail dibedil rejim pengecut.
Saya amat berharap semangat kita tidak mudah luntur dan goyah dan mesti kekal kuat mencipta kemenangan.
Semoga syurga buatmu, sahabat.
(إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ
Kak Taz menzahir rasa sedih yang mendalam keatas kekejaman pembunuhan Ismail Haniyeh. Mereka sangka ini sebuah kematian tetapi mereka silap ini adalah penghidupan sebenar hati
“Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai bersamaan 14 Muharam 1446H.
#YDPA