๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.
Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.
โSesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.โ (Surah An-Nisa: 58)
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN๐บ๐ฉ
#PakatanHARAPAN
#MemaknaiHARAPANRakyat
#YakinHARAPAN
Sempat mengadakan pertemuan singkat namun bermakna dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika pesawat membuat hentian di Tashkent.
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang terus berkembang dalam pelbagai bidang strategik, termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan.
Kami juga menyentuh kepentingan mempererat kerjasama dalam memelihara dan mengangkat khazanah tamadun Islam serta tradisi keilmuan yang telah melahirkan tokoh-tokoh besar dan menyumbang kepada kegemilangan peradaban manusia.
Dalam sektor tenaga, kami melihat ruang yang luas untuk memperkukuh kerjasama, khususnya dalam industri gas dan petroleum, yang bukan sahaja berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi, malah menyumbang kepada agenda keselamatan tenaga dan pembangunan mampan.
Saya turut menghargai komitmen Uzbekistan dalam memperkukuh hubungan dengan negara-negara ASEAN serta peranannya yang semakin penting di rantau Asia Tengah.
Sebelum meneruskan penerbangan ke Kazan, saya ambil peluang ucap selamat maju jaya kepada Pasukan Kebangsaan Uzbekistan yang bakal membuka tirai aksi mereka di pentas Piala Dunia 2026 menentang Colombia.
Mudah-mudahan hubungan persahabatan ini akan terus diperkukuh, bukan sekadar demi manfaat ekonomi dan perdagangan, tetapi juga untuk mengangkat martabat insan, memperkasa ilmu dan menjayakan pembangunan yang lebih adil serta inklusif.
======
Had a meaningful meeting with the President of Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev during a brief transit stop in Tashkent.
๐ฒ๐พ๐บ๐ฟ
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Konflik di Asia Barat yang berlarutan kini mula memberi kesan nyata kepada rantaian bekalan global, khususnya tenaga. Walaupun Malaysia masih bertahan berbanding negara lain, hakikatnya kita sedang berdepan satu fasa baharu yang amat mencabar.
Situasi ketika ini bukan lagi keadaan seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga terjamin, ekonomi kekal stabil, dan kebajikan rakyat terus dilindungi. Antara langkah yang dilaksanakan:
๐งญ Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersidang lebih kerap dengan penglibatan wakil industri, nelayan, petani dan sektor berkaitan bagi merangka tindakan susulan
๐ฐ Pembatalan rumah terbuka Aidilfitri peringkat Persekutuan sebagai langkah penjimatan
โฝ๏ธ Penyelarasan kuota BUDI95 kepada 200 liter sebulan sebagai langkah sementara
๐ซ Penguatkuasaan had pengisian diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan
๐ป Pelaksanaan dasar Bekerja dari Rumah (BDR) bermula 15 April bagi mengurangkan penggunaan bahan api
Dalam masa yang sama, Kerajaan telah bertindak menampan impak krisis tenaga global menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat, dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion setakat ini. Hasilnya, rakyat terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter, manakala sektor perniagaan, nelayan dan golongan yang layak terus menerima subsidi diesel.
Usaha juga sedang dipergiat untuk mempelbagaikan sumber bekalan tenaga negara bagi menjamin kesinambungan bekalan dalam jangka panjang.
Namun di saat negara berhempas pulas berdepan krisis, ada pihak yang menyebarkan berita palsu untuk mencetuskan kekeliruan, semata-mata meraih keuntungan politik murahan dan kelangsungan politik sempit. Tindakan ini adalah pengkhianatan kepada negara.
Dalam saat mencabar ini, negara memerlukan kebijaksanaan, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memastikan kestabilan ekonomi, jaminan bekalan tenaga dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sambil menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara.
Dalam pertemuan tersebut, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Foto: RPO
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Saya telah arahkan agar siasatan penuh, terbuka dan telus dijalankan berhubung kematian anak kita, Zara Qairina di Sabah. Tidak kira siapa pun yang terlibat, orang kenamaan atau orang biasa, tiada tolak ansur! Setiap kematian mesti disiasat tanpa cubaan melindungi mana-mana pihak demi keadilan.
Namun kita tidak boleh jadikan tragedi ini sebagai modal politik. Jangan bina istana di atas pusara. Menggunakan kesedihan keluarga untuk menyerang atau membina keuntungan politik adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Nyawa yang terkorban bukan bahan permainan untuk diperalatkan.
Atas syak wasangka dan mengikut lunas undang-undang, Peguam Negara telah mengarahkan supaya mayat digali semula untuk bedah siasat. Langkah ini penting untuk memulihkan keyakinan rakyat bahawa kebenaran tidak disembunyikan.
Saya tegaskan sekali lagi, ini Kerajaan MADANI. Tiada sesiapa, termasuk VIP, akan dilindungi jika bersalah. Pembunuh tetap pembunuh, dan undang-undang mesti ditegakkan demi memastikan setiap nyawa dihargai serta keadilan ditegakkan.
#MalaysiaMADANI
Insya-Allah, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.
Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
โGURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKANโ
Alhamdulillah hari ini kita bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru ke-54 bagi tahun 2025 dengan mengangkat tema yang amat signifikan iaitu โGuru Pemacu Reformasi Pendidikanโ.
(Kenyataan penuh di Facebook Datoโ Halim Khomiza)
Kesinambungan Program MADANI Rakyat diteruskan di Tawau, Sabah dalam mendekatkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh hubungan antara rakyat dan agensi kerajaan.
Impak cukup besar dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti dan pameran yang memberi maklumat, khidmat nasihat selain meningkatkan kesedaran rakyat terhadap dasar, program dan perkhidmatan kerajaan lantas menyokong pembangunan sosioekonomi melalui penyampaian maklumat peluang perniagaan, kerjaya, dan latihan kemahiran.
Program ini selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, nilai-nilai murni, dan kemampanan yang menyeluruh demi masa depan yang lebih baik.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
12 Mei 2025
#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja
Hari Wesak adalah peringatan penting terutamanya dalam mengangkat nilai-nilai universal yang mencakup persoalan serta prinsip belas, kerukunan dan kedamaian. Di Malaysia, sambutan Hari Wesak lantas mengajak serta menjentik nurani masyarakat untuk bersama menyemarak karamah insaniah dan menyuguh prinsip hormat yang tulus sesama insan di tengah kemajmukan. Justeru, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Mengakhiri lawatan ke Sabah, saya sempat mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di Tawau sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Dalam sidang media, saya maklumkan bahawa kestabilan politik nasional dan negeri adalah keutamaan yang perlu diambil kira dan diteliti semua pihak.
Justeru, perbincangan perlu diadakan dalam mencari kesepakatan yang lebih luas dan mengambil sikap yang lebih terbuka bagi mencapai kestabilan politik negara.
Tanpa kestabilan, segala usaha pembangunan dan kebajikan rakyat sukar untuk dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.
Terima kasih Tawau dan sampai berjumpa lagi!
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Warmest congratulations to Prime Minister Lawrence Wong on leading the Peopleโs Action Party (PAP) to victory in Singaporeโs general election.
I wish you and your team continued success as you carry forward the responsibilities of leadership in this new term.
The prosperity and security of Malaysia and Singapore are indivisible. We are bound not only by geography, but by enduring ties of kith and kin. As we look to the future, our two countries are building a habit of deep collaboration at all levels โ a vital foundation as we navigate profound challenges to global order and international trade.
Together, our two countries have the opportunity to make the JohorโSingapore Special Economic Zone a shining example of what neighbours can achieve, with conviction and shared purpose.
We look forward to deepening this special relationship in the years ahead.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP
Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan PETRONAS-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.
Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya.
Sementara itu, atas dasar kepentingan bersama, semua pihak harus menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan.
Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Arkib
Penghargaan setingginya kepada @AlboMP tatkala Parti Buruh yang dipimpin beliau berjaya merangkul kemenangan pada Pilihanraya Umum Australia yang baru selesai.
Keputusan yang sangat meyakinkan itu ternyata mencerminkan cita dan nurani yang ampuh dari rakyat Australia. Sebagai rakan yang baik kepada Malaysia, Australia punyai peranan yang tidak kecil terutamanya di rantau Asia Pasifik. Keprihatinan yang ditonjolkan saudara Albanese kepada Asia Tenggara semasa penggal pertama beliau sangat mengujakan, dan Malaysia berharap agar semangat itu diteruskan dengan iltizam yang diperbaharui.
Di saat wujudnya pelbagai tantangan baharu kepada rantau ini, saya bersedia untuk bekerjasama lebih rapat dengan beliau terutamanya dalam usaha dan upaya kita mempertahankan kestabilan, memperkukuh daya tahan selain membentuk masa depan dan kesejahteraan yang dikongsi bersama.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Reuters
Heartiest congratulations to Australian Prime Minister @AlboMP on securing a second term following a spirited election campaign. That the result was called so swiftly on election night speaks volumes โ a clear and confident verdict from the Australian people.
Australia plays a pivotal role in the Asia Pacific. The Albanese governmentโs attention to Southeast Asia during its first term did not go unnoticed, and we hope that spirit of engagement will continue. As our region faces new tests and transformations, we look forward to working together to uphold stability, enhance resilience, and shape a future of shared prosperity.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP
Saya amat bersimpati dengan beliau dan beliau juga bergantung harap sepenuhnya kepada suami bagi menjalankan aktiviti seharian. Sempena lawatan, saya menyampaikan sumbangan berupa sebuah kerusi roda bagi kegunaan dan berdoa agar beliau kembali sembuh seperti sediakala. Aamin
03/05/2025
Ziarah kasih ke atas saudara Ahmad Shukri bin Ayob dan pasangannya Satiroh bte Senapi di Kampung Batu Menunggul Pendang pada hari ini. Di khabarkan yang Satiroh bte Senapi mengalami masalah kesihatan (stroke) sekian lama.
Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan.
Saya juga titipkan pesan agar beliau dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air.
Kerajaan MADANI akan pergiat usaha menyokong anak-anak seni tempatan untuk menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Dalam kerangka kerja di Indera Mahkota, saya sempat menziarahi saudara Mohd Fuad bin Abd Malek, seorang ayah yang tabah melalui ujian membesarkan anak kecil yang kurang bernasib baik di Indera Mahkota 2.
Si cilik, Ayyash Waseem, yang baru berusia dua tahun disahkan menghidap masalah jantung sejak lahir. Saya turut difahamkan baru-baru ini Ayyash telah selesai menjalani prosedur pembedahan melibatkan jantungnya. Insya-Allah, satu lagi pembedahan dijadualkan ketika anak ini berusia lima tahun nanti.
Saudara Mohd Fuad yang mengusahakan tanaman bunga kantan untuk menampung kos rawatan dan keperluan dua orang anak yang masih bersekolah. Beliau memaklumkan kos rawatan mencecah RM600 sebulan menjadikannya satu angka yang cukup mencabar bagi seorang ayah yang bekerja sendiri.
Saya hadir mewakili YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri @anwaribrahim untuk menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap ujian yang sedang dilalui keluarga ini.
Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban, dan semoga anak ini terus kuat melawan ujian kesihatan yang dihadapinya.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#KerajaanMADANI