𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗨𝗦𝗨𝗟 𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜
Kita tunggu laporan RCI Tabung Haji didedahkan.
Insya-Allah, sebahagian dari yang ada dalam laporan RCI itu saya dah ulas lama dalam Parlimen, sejak 2016 lagi.
Untuk memudahkan memahami laporan RCI Tabung Haji jika dan bila didedahkan kelak, boleh tonton balik ucapan saya di Parlimen dalam bulan Mac 2016.
Boleh lihat sendiri macam mana ahli-ahli Parlimen Umno beriya tuduh saya konon saya buat-buat cerita.
Klik pautan berikut untuk menonton semula ucapan penuh saya berkenaan Tabung Haji pada tahun 2016:
https://t.co/REM9gXhQ1v
Saya bentangkan rekod kenaikan harga makanan dari 2011 hingga 2024 dalam penggulungan Belanjawan 2025.
Hakikatnya sesiapa pun yang jadi kerajaan, kita akan menggunakan data yang sama iaitu daripada DOSM. Sementara kita boleh berbeza pendapat, mengenai bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan atau pendekatannya, janganlah sehingga kita menidakkan data rasmi inflasi seolah-olah data itu tidak melambangkan keadaan sebenar rakyat kerana banyak perbahasan yang menjurus ke arah itu.
Data inflasi setiap bulan ini memberi dua gambaran penting.
Pertama, ia memberi trend peningkatan harga keseluruhan kerana angka inflasi adalah angka komposit yang menggabungkan kenaikan mengikut kategori seperti makanan mentah, makanan siap dibeli, makanan di restoran, elektrik, api pengangkutan dan sebagainya.
Sama ada data 2% atau 1.9% itu adalah data komposit yang telah pun dikira mengikut wajaran dan ini adalah standard antarabangsa bukan hanya digunakan di Malaysia. Kedua, data inflasi menunjukkan berapa tinggi kenaikan itu berlaku.
Jika kita amati laporan inflasi setiap bulan, ada saling kait antara angka inflasi keseluruhan dengan kenaikan mengikut kategori tertentu.
Bagi bulan September 2024, kadar inflasi adalah 1.8% dan kadar kenaikan harga makanan & minuman, kerana ini yang selalu dilontarkan. Angka inflasi itu banyak itu, 2% tapi kita di bawah ini terbeban dengan harga makanan dan minuman yang tinggi.
Jadi saya tengok satu persatu, kalau untuk September 2024, kadar inflasi keseluruhan 1.8%. Kadar kenaikan harga makanan dan minuman dan ini wajaran paling besar 29.8%, kadarnya hanyalah 1.6% lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya.
Kenaikan harga makanan dan minuman pada 1.6%, bagi September 2024 ini, boleh diberikan perspektif berbanding rekod-rekod kenaikan harga makanan dan minuman sejak 2011.
Saya semak tiap-tiap bulan, kenaikan harga barang dan minuman yang jadi komponen inflasi itu sejak tahun 2011 mengikut data DOSM.
Di antara tahun 2011 hingga 2018, kadar kenaikan harga makanan dan minuman adalah dalam lingkungan 2% hingga 5.7%.
Hanya beberapa bulan sahaja dalam tahun 2011 ke tahun 2018 itu yang kadar kenaikan harga makanan itu dalam lingkungan 2% kepada 3%.
Majoritinya adalah 3% hingga 5% iaitu lebih dua kali ganda daripada kenaikan yang kita ada sekarang ini September 2024. Kemudian, selepas Mei 2018, kerajaan bertukar, inflasi makanan dan minuman adalah paling rendah pada Julai 2018.
Daripada 2011 hingga ke 2024, inflasi makanan dan minuman adalah palng rendah adalah dalam bulan Julai 2018 iaitu 0.7%.
Kemudian kekal rendah hingga ke Mei 2019 tetapi mula naik kepada 1.2% iaitu kesan daripada penghapusan GST pada ketika itu.
Selepas itu, kenaikan harga makanan dan minuman naik semula daripada Jun 2019 itu dia mula naik dan melebihi 2% daripada itu dan hanya turun sekejap semasa COVID kerana permintaan kurang.
Itu pun semasa COVID, kenaikan harga makanan & minuman ini tak banyak beza daripada yang ada sekarang iaitu 1.3% hingga 1.9% julat dia.
Jadi dalam keadaan ekonomi merudum masa itu takda permintaan, berbanding dengan keadaan sekarang, kadar inflasi kenaikan harga barang makanan dan minuman boleh dibandingkan dengan zaman COVID yang ada sekarang ini.
Bermula Oktober 2021, kenaikan harga barang makanan & minuman mula naik mendadak dari 1.9% Oktober 2021 kepada 7.2% dalam bulan Ogos 2022.
Kenaikan harga makanan & minuman hanya mula turun secara signifikan mulai Mac 2023.
Mac 2023, 6.9% kepada 4.1% bagi Ogos 2023, kemudian 2% bagji Januari 2024 dan sekarang ini kekal 1.6% bagi September 2024.
Maknanya, jika kita teliti semua data ini dari 2011 hingga 2024, prestasi mengawal inflasi, terutamanya kenaikan harga makanan dan minuman adalah terbaik sejak Kerajaan Madani mengambil alih
Dari tahun 2011, hanya ada satu tempoh masa saja iaitu Julai 2018 hingga Mei 2019 akibat penghapusan GST yang mana kenaikan harga makanan dan minuman adalah lebih rendah daripada apa yang ada sekarang.
Saya huraikan semua ini supaya jangan mudah menuduh kerajaan memutar belit angka ekonomi.
Semua ini ada di segala laporan. Sedangkan jika dalam perbahasan, saya tengok dalam perbahasan ada yang sewenang-wenangnya mengatakan harga makanan naik sampai 30%, sampai 20% sedangkan data rasmi yang dikumpul itu keadaannya sangat berbeza dan DOSM inilah yang turut akan membekalkan data rasmi sekiranya pembangkang akan menjadi kerajaan ataupun semasa pembangkang jadi kerajaan dahulu, data yang sama itu jugalah yang digunakan
Saya menerima berita kembalinya ke rahmatullah mantan Timbalan Presiden PKR yang pertama, allahyarham Dr Syed Hussin Ali pada jam 130 pagi tadi.
Saya dimaklumkan oleh Kak Wan yang Dr Syed Hussin Ali menghidap kanser sejak 3 bulan lepas tetapi allahyarham meminta supaya ia dirahsiakan.
Berita itu dirahsiakan hingga kepada adiknya sendiri, Syed Hamid Ali (mantan Ketua Cabang PKR Batu Pahat).
Begitulah peribadi allahyarham semasa hidup. Beliau tidak mahu sebarang tumpuan kerana hidupnya diabadikan kepada perjuangan.
Saya mula mengenali beliau dengan rapat sejak 2003 iaitu tahun Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia.
Saya adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat termuda ketika itu, beliau pula adalah presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM).
PRM adalah parti yang melahirkan tokoh besar negara seperti allahyarham Ahmad Boestamam dan menjadi pembangkang yang berpengaruh dalam tahun 60an.
Selepas saya berhenti dari kerjaya korporat untuk kembali kepada parti sejak 2009, saya dan Dr Syed Hussin Ali berada dalam Biro Politik PKR (kabinet kanan kemimpinan parti) sejak 2010 hingga sekarang.
Dr Syed Hussin adalah beberapa pimpinan kanan yang bersama-sama kami berdepan dengan karenah sekumpulan lain yang memporak perandakan parti semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada di dalam penjara antara 2015 hingga 2018.
Walaupun kami yang membantu Kak Wan (presiden ketika itu) dilihat kecil, tidak ada kuasa dan wang, Dr Syed Hussin adalah benteng terakhir yang mempertahankan Presiden parti ketika diasak oleh kumpulan dalaman parti yang lain.
Saya banyak kenangan dan belajar dari beliau.
Pernah satu ketika, kereta saya rosak semasa balik dari Johor selepas berceramah sekitar tahun 2012. Beliau mendapat tahu dari Twitter yang saya tersadai di tepi lebuhraya. Selepas saya sampai di KL, beliau minta saya gunakan Perodua Alza milik keluarganya sehingga kereta siap dibaiki.
Selama beberapa minggu saya ke mana-mana dengan Perodua Alza yang dipinjamkannya.
Sejarah perjuangan Dr Syed Hussin panjang dan berliku. Beliau adalah antara intelek awal negara selepas kemerdekaan dan lulusan PhD dalam bidang sosiologi dan anthropologi dari London School of Economics (LSE).
Beliau adalah bekas pensyarah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa di Universiti Malaya dan bersama-sama dengan aktivis pelajar membela orang miskin yang memuncak dengan demonstrasi Baling 1974.
Kedua-dua mereka (Dr Syed Hussin Ali dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim) ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akibat penglibatan mereka dalam demonstrasi Baling.
Dr Syed Hussin Ali hanya dibebaskan 6 tahun kemudian dalam tahun 1980.
Dr Syed Hussin seorang yang sangat berdisiplin, terutamanya berkenaan ketepatan masa.
Kalau Dato’ Seri Anwar sekali pun yang lambat hadir ke mesyuarat, ia akan ditegur di dalam mesyuarat. Semua pimpinan PKR pernah ditegurnya kerana beliau tidak pernah lambat.
Beliau juga tidak pernah mengharapkan apa-apa dari perjuangan. Setelah PKR mula mentadbir Selangor dalam tahun 2008, parti terpaksa memujuknya berkali-kali untuk menjadi ahli Dewan Negara. Setelah diarahkan parti, barulah akhirnya beliau bersetuju.
Saya adalah Timbalan Presiden PKR yang ketiga selepas beliau (pertama) dan Dato’ Seri Azmin Ali (kedua).
Saya bersyukur sempat mengenali dan belajar dari beliau; dan sempat hadir ke Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya hari ini sebelum beliau dikebumikan.
Sedekahkah doa kepada seorang pejuang negara yang sukar diganti.
Hidupnya tidak mahu didendang,
Sakitnya dirahsia supaya tidak jadi beban,
Maka matinya wajar kita kenang.
Al-Fatihah.
Lessons for PN
As expected, the PH govt won the KKB contest, and PN lost severely, although the margin of victory surprised many people
Looking back, PH won big because PN had nothing to offer; absolutely nothing. The leaders are very old, not just in age but in ideas.
Muhiyuddin constantly talked about his considerable achievements as a national leader, but that’s in the past. What does he have to offer for the future? Nothing. It’s time he steps down
Bersatu has not been focusing enough to show it is a party of the future. They offer nothing new except bringing a patchwork of political alliances in the form of lifeless Gerakan and the new Indian party
Hadi only talks of the fear of DAP, of what happened to the Malays in Singapore. The scare tactics no longer work. It’s time he steps down
The Malays in Malaya are now looking for leaders who can help them find a place in the sun, not reminisce. In the absence of that, the Malays always resort to voting for the govt of the day. At least they may get a salary increase and a Raya bonus
It’s time the ulamaks step aside. Give the younger set a chance to revitalise the party. Offer the people something new. An Islamic economic model is more suited to help the poorer segment of our country.
PAS under Ulamaks has failed to capitalise on Islam as a social and economic catalyst. Pas has not been able to offer an economic master plan that can win votes. They should stop behaving like a cult movement with stale messages and instead become a dynamic political party that understands the needs of the voters.
PAS / Bersatu must now start changing their leaders. Have an extraordinary Congress. Bring up a new set of real political leaders who can give Anwar Ibrahim a fight. Otherwise, Anwar will be a Supreme leader for a long time; by default
Ada ke patut @NgaKorMing buat benda macam ini?
Sepanjang sebulan yang lepas saat kita digasak dengan sentimen perkauman, ada benda menteri cina ini buat tapi kita tak perasan.
Ada proposal yang dia cuba selit masa parlimen tapi kita terlepas pandang.
Baca lanjut.
Hoi pergi check dgn @anwaribrahim & Saifuddin Nasution, aku dah hantar surat February 2019.
Keputusan parti nak buat apa dgn surat tu, terpulang kpd parti.
Sibuk psl hal aku nak bersara betul2 ke tidak bila tak leh jawab isu yg ditimbulkan.