Top Tweets for #USIMPrihatin
Seramai 19 orang pelajar Tamhidi dari kategori asnaf menerima bantuan tunai dana kewangan melalui Program Bantuan Awal Pendidikan ke Menara Gading di bawah inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).
#USIMPrihatin
#TamhidiUSIM

Pasukan sukarelawan USIM hari ini menghantar 40 orang pelajar dan 5 orang staf bersama Yayasan Sukarelawan Siswa KPT bagi menyertai misi bantuan banjir di Besut, Terengganu.
#USIMPrihatin

PENCARIAN SUKARELAWAN PELAJAR MISI BANTUAN BANJIR 2022
Bahagian Hal Ehwal Pelajar sedang mencari sukarelawan pelajar untuk meyertai Misi Bantuan Banjir USIM 2022.
Tarikh tutup: 26 DISEMBER 2022
Daftar sekarang https://t.co/Rruyyhzcx5
#USIMPrihatin

Sumbangan Tabung USIM PRIHATIN (Bantuan banjir)
Hulurkan sumbangan kepada komuniti dan warga USIM yang terkesan akibat bencana banjir melalui portal Jom Infaq USIM di https://t.co/eoMEEq1MPj dan klik ‘Tabung USIM Prihatin’
#USIMPrihatin
#USIMJagaSemua

Khidmat membawa manfaat. Itulah sumbangan bakti dan kepakaran pelajar serta pensyarah Fakulti Pergigian USIM dalam program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera Kampung Panchor, Jempol, Negeri Sembilan.
‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’
#USIMPrihatin
#KPTPrihatin

Alhamdulillah pasukan sukarelawan Misi Bantuan Prihatin Banjir USIM telah selesai misi pertama bantuan di Baling, Kedah.
Terima kasih kepada semua sukarelawan dan orang awam yang menyertai serta para penyumbang wang tunai dan barangan bagi misi ini. @MOHEOfficial
#USIMPrihatin

Liputan Berita Pasukan Sukarelawan KPT Prihatin yang turut disertai USIM bersama 3 IPTA lain di DIDIKTV.
Syabas semua sukarelawan @ukm_my @uitmofficial @twt_UniMAP
@MOHEOfficial @DrNorainiAhmad @drzul_albakri @ntv7malaysia
#USIMDiMedia
#USIMPrihatin
Pengerusi Lembaga Pengarah USIM @drzul_albakri turut bersama sukarelawan USIM bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian daripada USIM dan YADIM kepada penduduk Kampung Padang Dan di Kupang, Kedah.
@MOHEOfficial @YadimOfficial
#USIMPrihatin

Pagi ini pasukan sukarelawan Misi Bantuan Prihatin Banjir USIM di Baling, Kedah sedang mempersiapkan bungkusan sumbangan yang akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas.
Sumbangan berupa tuala, selimut, sabun, berus gigi dan makanan yang menjadi keperluan utama.
#USIMPrihatin

Inisiatif USIM dalam membantu pelajar berkenaan isu kenaikan harga barang melalui penyediaan bantuan berbentuk ready-to-eat food kepada pelajar melalui Central Kitchen yang diuruskan oleh Pusat Islam USIM.
@DrNorainiAhmad @PusatIslamUSIM @drzul_albakri
#USIMPrihatin

Pasukan sukarelawan Unity KPT Prihatin USIM telah tiba di Masjid Kg. Kuala Kuang, Baling, Kedah pada jam 4.30 pagi ini.
Tazkirah Subuh juga disampaikan oleh Ustaz Md Yunus Abd. Aziz, Pensyarah USIM bersama penduduk kampung dan sukarelawan USIM.
@MOHEOfficial
#USIMPrihatin

Pelepasan kumpulan sukarelawan Misi Bantuan Prihatin Banjir USIM ke Baling, Kedah yang disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Sharaani.
Semoga segala usaha murni ini dipermudahkan urusannya dan dilindungi oleh Allah SWT.
@drzul_albakri @MOHEOfficial
#USIMPrihatin
USIM HANTAR SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR KE BALING, KEDAH
Sukarelawan Misi Bantuan Prihatin Banjir USIM telah digerakkan pada jam 9 malam tadi
Pelepasan kumpulan sukarelawan ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani
#USIMPrihatin

PENGUMPULAN BARANGAN KEPERLUAN MANGSA BANJIR DI BALING, KEDAH
Barangan keperluan boleh disumbangkan ke lokasi pengumpulan di Pusat Sukan USIM bermula 5-14 Julai 2022
Maklumat lanjut, hubungi 013-3060563 (Faisal) / 019-9366252 (Ali)
@drzul_albakri @MOHEOfficial
#USIMPrihatin

Sukarelawan Misi Bantuan Prihatin Pasca Banjir USIM ke pantai timur telah dilepaskan oleh Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) pada jam 12.55 tengah hari tadi.
Semoga Allah merahmati perjalanan mereka
#USIMPrihatin
#SiswaBersamaRakyat
Hari ini pasukan sukarelawan USIM membantu membersihkan kawasan rumah Encik Mohd Shahizat Shamshol, seorang usahawan ternakan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur di Kampung Pasir Besar, Gemas.
Dengarkan kisah beliau
#USIMPrihatin
#SiswaBersamaRakyat
#KPTPrihatin
Hari ini pasukan sukarelawan USIM membantu membersihkan kawasan rumah Encik Mohd Shahizat Shamshol, seorang usahawan ternakan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur di Kampung Pasir Besar, Gemas.
Dengarkan kisah beliau
#USIMPrihatin
#RakyatDiHatiSiswa
#SiswaBersamaRakyat
3 buah bas USIM yang membawa pelajar dan staf hari ini meneruskan misi Bantuan Prihatin Pasca Banjir di 3 buah tempat di Gemencheh, Negeri Sembilan.
Antaranya Taman Pinggiran Sg. Klamah, Taman Sg. Gemas dan Taman Pasir Besar
#USIMPrihatin
#RakyatDiHatiSiswa
#SiswaBersamaRakyat

Salam 2022. Awal pagi ini pasukan Misi Bantuan Prihatin Pasca Banjir USIM telah mula bergerak ke Kampung Tanjung Kerayong dan Rumah Pangsa Bukit Bendera di Temerloh, Pahang.
Sama-sama kita doakan semoga usaha bantuan di sana berjalan lancar.
#USIMPrihatin
#RakyatDiHatiSiswa

Dik, timo kasih yo bantu acik dan penduduk kg kek Jolobu.
Acik, ni bljr tak tinggi mano, tapi nk posan bljr rajin² yo .. paling ponting jago adab dan amanah ilmu.
Nampak simple nasihat acik ni tp membekas kat hati kami. 🥲.
#DariUSIMUntukJolobu #USIMPrihatin
Last Seen Hashtags on Sotwe
Most Popular Users

Elon Musk 
@elonmusk
241.6M followers

Barack Obama 
@barackobama
119M followers

Cristiano Ronaldo 
@cristiano
114.2M followers

Donald J. Trump 
@realdonaldtrump
111.8M followers

Narendra Modi 
@narendramodi
107.2M followers

Rihanna 
@rihanna
98.7M followers

NASA 
@nasa
92.4M followers

Justin Bieber 
@justinbieber
91.8M followers

KATY PERRY 
@katyperry
89.9M followers

Taylor Swift 
@taylorswift13
83.8M followers

Lady Gaga 
@ladygaga
75.3M followers

Virat Kohli 
@imvkohli
73.2M followers

Kim Kardashian 
@kimkardashian
70.8M followers

YouTube 
@youtube
68.8M followers

Neymar Jr 
@neymarjr
66.2M followers

Bill Gates 
@billgates
65M followers

Selena Gomez 
@selenagomez
63M followers

The Ellen Show
@theellenshow
62.3M followers

CNN 
@cnn
61.8M followers

X 
@x
60.7M followers






























