10 tahun lepas, buat pertama kalinya saya belajar kisah-kisah Anbiya' dalam al-Quran.
Antara perkara "pelik" yang saya jumpa ialah kisah-kisah dalam al-Quran tidak ada yang lengkap sepenuhnya.
Perasan tak mesti ada bahagian tertentu kisah yang tak diceritakan?
Seorang sahabat saya kongsikan video airdrop bantuan dari pesawat tentera Indonesia untuk mangsa banjir di Aceh.
Bantuannya berterabur jauh, bukan jatuh di satu lokasi.
Adakah ini disengajakan atau kompromi teknikal atau apa?? Mari kita lihat dari sudut sains...
Nak buktikan apa tu tebuk hafazan kat concertlah?
Orang suka hiburan pun boleh hafaz quran?
atau
Hafiz/ah pun boleh berhibur dan berlagha?
atau
“don’t judge a book by it’s cover”?
Malam ini, cuba baca Surah al-Mulk.
Surah ini selain menjadi pelindung daripada azab kubur, juga menjadi peringatan agar kita tidak hanyut dalam kelalaian.
Bila sampai ayat kedua nanti, berhenti sekejap dan renungkan ayat ini:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ
“Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan ...” (al-Mulk: 2)
Perasan tak yang Allah SWT sebut kematian dahulu dan baru kehidupan?
Susunan kalimah al-Quran bukan kebetulan dan ada hikmah yang mendalam.
Para ulama tafsir menyebut beberapa rahsia di sebalik penyusunan ini.
Antaranya ialah kerana kematian itu adalah asal bagi semua makhluk.
Kita diciptakan daripada tiada kepada ada.
Daripada keadaan mati kepada hidup.
Kemudian selepas melalui kehidupan dunia, kita akan kembali kepada kematian.
Namun kematian selepas itu bukanlah pengakhiran.
Sebab kematian bukan ketiadaan secara mutlak.
Kematian hanyalah perpisahan antara tubuh dan roh.
Sebuah perpindahan dari satu alam ke alam yang lain.
Bila kita mati, kita berpindah dari dunia menuju ke Akhirat.
Sebab itu kata al-Imam al-Qurtubi:
خَلَقَكُمْ لِلْمَوْتِ وَالْحَيَاةِ، يَعْنِي لِلْمَوْتِ فِي الدُّنْيَا وَالْحَيَاةِ فِي الْآخِرَةِ
"Allah SWT menciptakan kamu untuk mati dan hidup, iaitu mati di dunia dan hidup di Akhirat."
Maka hidup yang kita lalui sekarang ini bukanlah hidup yang sebenar.
Ia cuma peluang yang sementara untuk beramal, mengumpul bekalan dan membetulkan arah tujuan.
Di Akhirat kelak barulah kehidupan itu benar-benar bermula.
Sumber: Tafsir al-Qurtubi
Fakhri Fadzli
Sudan sekarang ada perang saudara antara tentera kerajaan (SAF) dan pemberontak (RSF).
Yang tengah bunuh orang ni RSF.
Masalah ni bukan baru sehari dua. Kalau nak jejak betul-betul, puncanya bermula dari kejatuhan Omar al-Bashir pada tahun 2019.
CAMANA SUDAN BOLEH JADI PERANG SAUDARA?
Segalanya bermula pada Rampasan Kuasa 2019 di mana terdapat protes besar besaran dari rakyat dan tentera hendak jatuhkan Presiden Omar Al Bashir yang memerintah Sudan sejak 1989.
Selepas Omar Bashir jatuh. Satu Kerajaan Tentera-Rakyat ditubuhkan namun Tentera bertindak rampas kuasa pada Oktober 2021.
Rampasan Kuasa 2021 ini dibuat oleh Jeneral Abdul Fattah Burhan iaitu Panglima Angkatan Tentera Sudan dan Timbalannya yang juga Ketua Rapid Support Forces RSF iaitu Jeneral Mohamad Hamdan Dagalo
Selepas rampasan kuasa 2021 itu. Hamdan dan Burhan berbincang mengenai hala tuju Sudan dan mereka tidak bersetuju dalam banyak perkara
Antaranya ialah kemasukan 100,000 anggota RSF ke dalam Tentera Kerajaan Sudan dan siapa akan ketuai Tentera Sudan selepas itu. Mereka berdua berdegil tidak mahu hilang pengaruh dan kuasa dan masing-masing takut bahawa mereka akan diancam atau dibunuh.
Akhirnya berlangsung ketegangan pada 23 April 2023 selepas sekian lama perbincangan antara dua pihak berlangsung tegang. RSF digerakkan ke seluruh negara dan Tentera Sudan lihat benda tu sebagai ancaman dan berlaku pertempuran
RSF kawal hampir seluruh Khartoum sebelum ditawan semula Tentera Sudan pada Mac 2025.
SIAPAKAH RAPID SUPPORT FORCES RSF?
RSF ditubuhkan pada 2013 dari Militan Janjaweed yang bertindak menentang pemberontak di Darfour. Mereka pernah dituduh melaksanakan Genocide dan pembersihan etnik ke atas populasi bukan Arab di sana
Selepas pemberontak di Darfour tewas. Jeneral Dagalo telah buat satu tentera yang kuat dan turut terlibat dalam Perang di Yaman dan Libya
RSF turut mengawal beberapa Lombong Emas utama di Sudan dan menyeludup Emas itu ke UAE. UAE sudi terima kerana UAE sudah lama hendakkan barangan pertanian dan Emas dari Sudan.
UAE sokong RSF sebab Sudan sebelum ini tolak hendak ada perjanjian perdagangan barangan pertanian dan Emas dengan UAE sebab Sudan nyatakan perjanjian itu tak adil dan memihak kepada UAE dan bukannya Sudan
Sebagai balasan RSF seludup Emas ke UAE. UAE memberi sokongan dari segi dana dan senjata untuk RSF memerangi Tentera Kerajaan Sudan dipimpin Jeneral Burhan. Bila RSF naik nanti. Mereka boleh buat deal baik dengan UAE. UAE menafikan secara rasmi tetapi banyak bukti di lapangan menunjukkan penglibatan UAE.
Antaranya kenyataan Kementerian Pertahanan UAE membantah serangan ke atas RSF, penemuan senjata dan Passport UAE di kubu pertahanan RSF serta laporan Perisikan US yang mendapati UAE menghantar senjata ke Sudan melalui Chad
RSF sudah mengawal seluruh Darfour dan sebahagian besar Kordofan sekarang ini
KAWASAN YANG DIKUASAI RSF DAN TENTERA SUDAN(GAMBAR KEDUA)
Gambar kedua memamparkan Peta Penguasaan Sudan setakat 27 Oktober 2025
- Merah Jambu memamparkan kawasan dikuasai Tentera Kerajaan Sudan termasuk Ibu Negara Sudan Khartoum. Seluas 58-62 peratus Sudan. Ada kawasan Merah Jambu dalam kawasan RSF tetapi hanya ada kepentingan Türkiye, Rusia, Mesir dan Iran dari segi Ekonomi. Tiada Tentera Sudan di situ
- Hijau ialah kawasan dikuasai RSF. Oren dan Kuning ialah Militan Tempatan yang bersama RSF
- Maroon itu ialah Pergerakan Pembebasan Selatan SLM yang menolak Perjanjian Damai Darfour 2006 dan memerintah sendiri dengan rakyat seramai 300,000 orang. Mereka tak terlibat dalam Perang Saudara ketika ini
Cili - cabai - lada boleh jadi indikator bagaimana sesebuah negeri tu pelabuhan besar atau tidak.
Kebanyakan negeri Pantai Barat guna cili sebab jaringan pelabuhan & penjajahan.
Negeri2 Utara stuck kat cabai (cabya dari India) sebab duduk bawah Siam.
Kelantan masih pakai...
Sebenarnya situasi di Sudan sangat teruk sebenarnya. Ada aspek lebih teruk dari Gaza
Pernah suatu ketika Wanita Sudan minta Mufti mereka keluarkan Fatwa agar mereka boleh bunuh diri sebab tak tahan dirogol berulang kali
PBB dah merekodkan kekejaman yang dilakukan bukan sahaja Pihak RSF disokong UAE tapi Tentera Kerajaan Sudan jugak
Sebab tulah Perang ni Neraka Tuan Tuan sekalian
Lebih 150,000 orang terbunuh dan 12 Juta kehilangan tempat tinggal. Mereka jugak kelaparan, susah cari bekalan air. Dan takda jaminan esok mereka hidup sebab pertempuran berlangsung di mana mana sahaja
Bila ditangkap mereka diseksa, dikurung, dirogol dan dilayan macam binatang.
Dalam menutup aib, jadilah seperti malam, Menyelubung rahsia, tenang dan dalam.
Dalam bab janji, jadilah seperti langit.
Gelap dan terang bersilih ganti.
Apa yang pasti, tetap kembali membawa mentari.
#mevlana
Please help push for the release of Dr. Hussam Abu Safiya.
His illegal imprisonment by Israel is set to expire on Sept 10. The government of Kazakhstan is set to release a list of evacuees from Gaza on Sept 11.
Please help pressure and urge for the release of Dr. Hussam Abu Safiya so that he can be reunited with his family.
Release all Palestinian political prisoners. Free them all. Free Palestine.
Ada org dia usaha sekali je, Allah kasi.
Ada org dia doa sekali je, Allah kasi.
Ada org dia kene usaha dan doa sekali, baru Allah kasi.
Dan ada orang, dia kene usaha, usaha, usaha & doa banyak kali, baru Allah kasi.
Sebabnya Allah tau tahap kita hargai sesuatu tu macam mana. Allah nak kita hargai, apa yang Dia beri.
TERKINI
Dr Nadir An Nuri dilantik menjadi Ketua Misi atau Chief De Mission Global Sumud Nusantara. Beliau akan mengkoordinasi segala pergerakan konvoi Global Sumud Flotila menuju ke Gaza .
Dr Nadir akan duduk di kapal pemerhati dan kapal pemerhati bertanggungjawab merekodkan segala kejahatan yang Zionis lakukan dan bukti itu akan dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ dan pihak berkaitan supaya Israel dikenakan tindakan undang-undang dibawa ke muka pengadilan
Datuk Dr Sami Al Arabi akan menjadi Pengarah Pusat Pemerintah Global Sumud Nusantara yang akan berpangkalan di Malaysia dan bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal keselamatan berkenaan misi ini. Datuk Sami juga dilantik sebagai Jurucakap Rasmi Global Sumud Flotila
Buat masa ini misi kekal berjalan mengikut jadual di mana mereka akan bertolak esok. Meskipun terdapat serangan dron ke atas Kapal Family yang dinaiki Greta Thunberg
Dr Nadir masih menunggu laporan rasmi dari Tunisia berkenaan situasi pagi tadi