POV
Salam Subuh.
Disclaimer; Post ini agak panjang, jika anda tidak suka, sila skip shj, habis cerita.
1. Dalam hati kecilku, aku memang mengharapkan REFORM berlaku setelah 22 tahun berada dibawah pemerintahan Dr. M (@chedetofficial). Ada yang kata, beliau memerintah secara "kuku besi", ada juga yang kata beliau memerintah secara "authoritarian". Benar atau tidak, terserah kepada penilaian anda.
2. Apabila PH menang PRU sebagai satu gabungan pada PRU14 yg merupakan kemenangan pertama sebagai gabungan politik, harapanku untuk melihat reforn berlaku mula kuat (walaupun tidak 100% memandangkan Dr. M yg diangkat menjadi PM). Bersangka baik, aku ingatkan Dr. M sudah benar² berubah & mahu bersama PH mentadbir negara & membuat reform.
Harapan itu berkecai bersama "debu runtuhan bangunan" kerajaan PH yg hanya bertahan 22 bulan. Reform entah kemana.
3. Kini, PH mengepala'i Kerajaan Perpaduan bersama lima gabungan utama; PH, BN, GPS, GRS, & Warisan selain mendapat sokongan dari parti² lain. PMnya pula dari PKR/PH.
Adakah kita melihat REFORM berlaku dibawah kepimpinan icon REFORMASI sendiri, @anwaribrahim?
Untuk berlaku adil kepadanya, betul lah dia perlu lebih masa & perlu kuasa mutlak (PH sebagai kerajaan) untuk melaksana reform secara total & efektif, mamun, apa yg berlaku didalam partinya dikesalkan ramai pihak.
Panggilan "Timb Presiden berBintikan Presiden" (yg dianggap ramai pihak sbg amalan nepotisma) dikatakan lari dari matlamat untuk reform?
Ramai berpendapat antara perkara yg perlu reform termasuklah membasmi amalan nepotisma, kronisma. Nah, jika amalan itu dilihat berlaku dalam salah satu parti utama yg menjadi kerajaan, bgmn hendak yakin perkara yg sama tidak berlaku diperingkat kerajaan?
4. Perpecahan yg berlaku dlm parti PKR tidak harus dipandang ringan oleh pimpinan tertinggi parti.
YDPA, Sultan Ibrahim bertitah; "Begitu juga apabila wujud lagi banyak parti politik atau kem dalam parti, maka rakyat akan berpecah belah dan makin benci membenci.
“Gunalah akal sebelum buat sebarang keputusan. Tidak ada hadiah yang lebih istimewa buat saya selain daripada rakyat yang bersatu padu,” titah baginda sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasminya.
Apakah ada yg bertanggapan YDPA tidak mengetahui & mengikuti pergolakan politik parti semasa? Sudah tentu perpecahan tidak menyenangkan baginda.
Isu pertandingan dalam pemilihan PKR baru² ini boleh dielak, namun diteruskan juga, jesteru ia mengundang tanggapan ada pihak yang berkepentingan meletakan "kepentingan peribadi" mengatasi kepentingan parti.
Semuga "siapa makan cili dia yg rasa pedasnya" ambil maklum & menghayati titah YDPA.
5. Saperti yang dilapor media, benarkah Anwar sedang berdepan ‘ujian paling getir’ mengekalkan keDAMAIan kerajaan perpaduan?
Tidak cukup dengan "tertumpasnya" Rafizi @rafiziramli sebagai orang No.2 parti, ia ditambah pula dengan dakwaan PKR "membuka pintu" utk membawa masuk @tzafrul_aziz yang dijangka akan atau boleh mengakibatkan pergeseran antara Umno & PKR menjelang Pru16. Ada yg berpendapat pengumuman TZ juga, satu "percaturan"; namun; selagi tiada bukti, ia tinggal sebagai tanggapan sahaja.
Menghairankan bila orang² kuat disekeliling Anwar yg dulu lantang "membahan" Rafizi sebelum pemilihan, kini se-olah² berada didalam "hibernation mode", malah ada yg terlihat terus senyap seolah sudah menjadi "bisu", bila Anwar & Nurul Izzah diserang & dikecam dlm hampir semua platform media massa.
Anwar & Nurul Izzah pula umpama pesilat² handalan yg sudah kehilangan "buah" (istilah dlm persilatan) untuk membalas "pukulan".
Aku tidak terkejut jika Anwar juga akan "membuka pintu" untuk menerima masuk @AzminAli & the gang, menerima parti PAS, Bersatu, dll untuk megekalkan jawatan PM bagi penggal kedua. Khabar angin sudah "bertiup" & menjadi bualan rakyat.
Elok² tak ada masa'alah cari masa'alah, tak sakit cari penyakit, sekarang terpaksa hadaplah apa juga yg mendatang. Kami hanyalah rakyat biasa yang akan terus memerhati.
Waullahualam.
𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈
1. Seperti yang dijanji reformasi sedang diadakan.
2. Beberapa dari reformasi yang dijanji termasuklah larangan bercakap berkenaan 3R.
3. Jika dahulu kestabilan negara tidak diutamakan sekarang untuk tentukan kestabilan negara diperkenal larangan menyentuh 3R. Kita lihat sekarang bagaimana amannya negara.
4. Mereka yang tidak menghormati reformasi ini sudah ditangkap dan digari.
5. Ini adalah SOP. Ia termasuk juga tidak ada ikat jamin. Jika dibenar ikat jamin maka rayuan akan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mahkamah yang lebih tinggi.
6. Ini juga adalah sebahagian dari reformasi, AG boleh henti 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘤𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯. Zahid yang sedang dibicara berkenaan 47 kes terselamat apabila AG henti 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘤𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯.
7. Tidak lama lagi mereka yang lesap berbillion Ringgit duit Kerajaan boleh dipenjara dirumah. Tetapi yang curi sepuluh ringgit hendaklah dimasuk dalam penjara supaya sedar pencurian yang besar sahaja yang perlu mendapat nikmat reformasi.
8. Kuasa Perdana Menteri sudah dinaikkan oleh Dewan Rakyat. Ini akan jamin keberkesanan pemerintahan yang amal reformasi.
9. Bertuah sungguhlah negara.
𝐃𝐑 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐓𝐇𝐈𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃
27 Jun 2024
Menteri Besar Selangor terlentang keletihan di atas jalan di Mina.
Walaupun pakej VIP
Tapi jiwa masih marhaen
Ini bukan wayang mop lantai macam ada orang tu yerr 🤭
Saya sdh tdk yakin dgn pemimpin2 MKT UMNO kerana mereka semua gagal melunaskan tanggungjawab yang diberi akar umbi. Akar umbi perlu bangkit menuntut kepimpinan baru. UMNO memerlukan pemimpin membawa suara akar umbi bukan membawa suara peribadi! @Alamurni@thanenthiran3@Bossbm17
Saya sdh tdk yakin dgn pemimpin2 MKT UMNO kerana mereka semua gagal melunaskan tanggungjawab yang diberi akar umbi. Akar umbi perlu bangkit menuntut kepimpinan baru. UMNO memerlukan pemimpin membawa suara akar umbi bukan membawa suara peribadi! @Alamurni@thanenthiran3@Bossbm17