Bukan untuk dijadikan mainan golongan bangsawan.
Bukan untuk dijadikan hiburan masa lapang golongan elit.
Bukan untuk dijadikan alat percaturan politik.
Kenapa tak pukul sendiri? Kenapa upah orang? Yela kalau pukul sendiri nanti kena kejar balik jenuh la..nak lari dah la tak laju sebab gemuk, dengan leher berlipat lagi. Nak naik moto tak reti bawak pulak..
Harap semua berhenti tengok bola Malaysia, berhenti pergi stadium sampai polis dapat tangkap siapa yang pukul pemain, pengadil, wartawan dan pengkritik bola sepak.
Pendirian yang saya ambil sejak 14 tahun dulu ialah untuk melupakan bola sepak Malaysia.
BOIKOT.
Ia tidak boleh diselamatkan lagi.
Jadi sekali lagi saya menyeru semua peminat bola sepak di Malaysia, berhentilah menyokong Harimau Malaya dan liga bola sepak tempatan. Jangan datang stadium dan jangan tengok live di TV.
Layanlah bola sepak negara luar yang lebih bertamadun dan manusiawi.
Bila tak ada seorang pun rakyat yang peduli pasal bola sepak Malaysia sampai stadium kosong dan perlawanan live pun takde siapa tengok.
Konsep yang kita pakai ini sama saja konsep zaman kita kanak-kanak dulu.
Bila di padang bola ada seorang yang nak control semua benda, padang dia punya, bola dia punya, peraturan dia punya, pilih team mate pun dia saja boleh; kita semua elok blah sahaja main polis sentry atau aci nyorok.
Biarlah dia main bola seorang diri.
Jadi guna konsep yang sama untuk bola sepak Malaysia ini.
Biarkan ia mati.
Untuk saudara @thejoezakaria, moga segera sembuh dan dapat keadilan yang sewajarnya.
Jika tidak di dunia, di akhirat pasti.
Bertopeng, badan besar, lebih dari seorang, lepas pukul rakam untuk hantar report.. Semoga Joe dapat keadilan sewajarnya..
Akhyar Rashid & Haresh Deol hari tu pun sama.. Lepas pukul, rakam.. Sikit pun dia tak takut walhal stesen minyak tu banyak cctv.. Sebab dia rasa kebal..🤔
@Sauffie_84 Tu la kebodohan pmx..dia naikkan tax swasta yg vote dia selama ni, pastu bg benefit tu ke penjawat awam yg pemalas dan totok umno..dah parah dh puak dlm gomen tu smua kroni umno, mmg tak la dorg nak vote pkr or ph..naikkan gaji lg bodo btol polisi
Sejak Tanah Melayu merdeka hinggalah 60 tahun selepas itu, orang Melayu ditakutkan kononnya kalau tak undi UMNO maka orang Melayu akan terancam. Najib Razak pernah kata Melayu akan jadi bangsat.
Tahun 2018 UMNO kalah PRU. Alhamdulillah, yang terancam cuma kroni UMNO.