Kampung Baru memang rizab Melayu yang dipanggil Malay Agriculture Settlement (MAS) berstatus freehold, tapi Kampung Sungai Baru bukan under MAS. Tanah asalnya milik PKNS berstatus leasehold 99 tahun. Banyak orang luar tak faham. Kampung Sungai Baru memang dekat kawasan Kampung Baru tapi bukan bawah MAS.
Kejam apanya @naimbrundage oii; "Caj kesesakan tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini". Itu respon sebenar YBM @DrZalihaMustafa. Kau tu yang kejam. Dok merapu sebar fitnah.
PM mana yang membela pesawah?
PM mana yang peduli kebajikan pesawah?
PM itu juga yang pesawah serang.
Sebab apa?
Sebab boleh.
Sebab pesawah tahu mereka boleh bersuara.
Sebab mereka tahu PM itu walk the talk.
Sebab selama ini pesawah ditekan, ditakutkan dan diperbodohkan.
Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang Kerajaan sepenuhnya.
Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta.
Jika guna jet Eksekutif Kerajaan, kos perlu ditanggung Kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara. Namun dengan perkongsian ini, kos untuk Kerajaan hanya RM1.6 juta.
Saya ulang, Kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan.
#MalaysiaMADANI
#ZamanEdan
Tu namanya pembangkang lembu kenyang atau mandul.. Ada pun tk menambah, takde tk mengurang
Asyik sibuk psl istilah dgn blackrock, pastu gelak gelak mcm kerang busuk..
Gaji RM7,000 sebulan dah tak layak dapat subsidi RON95? Kalau belum dimuktamadkan kenapa umum dahulu? Tak buat homework ke?
YAB Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 tahun depan.
Banyak komen di luar sana dan saya faham ini peluang yang baik untuk membuat kandungan TikTok.
Pertamanya, saya ajak kita semua menghadam dahulu apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri:
1. Tidak ada kenaikan harga RON95 kepada golongan yang berada dalam 85% terbawah dari segi kedudukan sosio-ekonomi. Nak mudah cakap, 85% daripada kita akan terus bayar harga RON95 seperti biasa, jadi tidak timbul soal subsidi ditarik, rakyat dibebankan seperti yang diwar-warkan
2. Bagi golongan yang berada di dalam 15% teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar harga pasaran
Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ni macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan.
B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data.
Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15% paling tinggi.
Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain yang mempengaruhinya, termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya.
Sudah tentu penentuan T15 ini adalah merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.
Proses untuk memuktamadkan kriteria yang menentukan kedudukan sosio-ekonomi sesebuah keluarga yang lebih adil ini sedang berlaku.
Eyh kenapa umum tak bincang dulu?
Pelbagai perbincangan mengenai kaedah yang lebih adil itu telah dibincangkan sebelum ini. Di Parlimen pun saya telah nyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Kaedah-kaedah yang dicadangkan dan dipertimbangkan juga telah dibentangkan dan dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan.
Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri.
Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat.
Still tak puas hati, kenapa umum masa Belanjawan sedangkan perincian belum dimuktamadkan?
Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan.
Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan, yang melibatkan dasar-dasar dan projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya.
Kalau ikut Syed Saddiq yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan sebelum boleh diumum di dalam Belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang Ahli Parlimen.
Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda.
Takkanlah hanya kerana kalah di PRK Nenggiri, mereka yang menang dituduh bersama Dajjal.
Saya tak berniat untuk menghina ulama atau bekap sesiapa.
Namun, janganlah terlalu melebih dalam menulis, nanti org kata PAS khawarij, kita marah.
Please PAS, jangan macam ni..🥲
Ada 3 Kejayaan Malaysia yang ramai tak perasan baru baru ini
1) Jabatan Warisan Negara menemui 70,000 bahan pra sejarah semalam di tapak pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri, Gua Musang Kelantan
2) Malaysia berjaya dikecualikan dari larangan eksport beras oleh India hasil rundingan dijalankan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Malaysia jugak mendapat tambahan kuota eksport beras dari India sebanyak 200,000 tan kepada 370,000 Tan berbanding 170,000 tan pada tahun lepas
P/s Malaysia perlu import 750,000 tan beras setahun bagi memenuhi keperluan rakyat. Sebab pengeluaran padi kita hanya mampu penuhi 65% keperluan rakyat
3) Amazon Web Services mengumumkan akan menambah pelaburan sehingga RM 29.2 Bilion sehingga 2038. Dijangka akan menambah RM 57.3 Bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dan membuka 3,500 peluang pekerjaan baru
Semalam aku survey untuk ayam sahaja. Hari ini korang boleh tengok survey daripada budak ini. Dia survey terhadap 123 jenis barang dan lihat dapatannya sama seperti yang aku dapat.
Jadi benar dan terbuktilah bahawa penyasaran subsidi diesel (bukan harga diesel naik ye!) tidak memberi impak kepada harga bahan mentah.
Yang terpaling best, terbuktilah bahawa sekelian walaun gagal dan salah sama sekali bahawa harga bahan mentah akan naik dengan penyasaran subsidi diesel ini. 🤫
Terbaik Kerajaan MADANI. 🫶🏼
Jom tengok!
Macam ni cerita pasal rusuhan anti Islam di UK
Baca sampai habis
Semua bermula dengan kejadian tikaman di Southport, UK iaitu 32 km Utara Liverpool. 3 kanak kanak perempuan disahkan terbunuh dengan 2 berusia 6 dan 7 tahun. 10 Cedera terdiri daripada 2 orang dewasa dan 8 kanak kanak lagi Cedera dengan 5 kritikal
Masalah yang berlaku sekarang ini ialah selepas kejadian ini. Tersebar maklumat palsu di media sosial menyatakan suspek yang tikam kanak kanak tu ialah orang Islam
Jadi rakyat UK marah lah dan buat protes dan mula serang para pelarian dan mereka yang beragama Islam
Padahal suspek tu bukan orang Islam. Dia beragama Kristian berusia 17 tahun bernama Axel Rudakubana. Berasal dari Banks, Lancashire dan dilahirkan di Cardiff. Suspek dikatakan ada rekod jenayah cuba membunuh. Suspek itu telah ditangkap Polis Merseyside
Penyebaran maklumat palsu ni jadi lagi teruk sebab ada beberapa pempengaruh(INFLUENCER) UK yang menyebarkan lagi kebencian terhadap golongan pelarian, minoriti dan orang Islam di UK susulan kejadian ini. Ada yang dipelopori politik berhaluan kanan
Susulan arahan PM UK, Keir Starmer meminta Pasukan Keselamatan UK mengawal keadaan. Kawalan keselamatan ditingkatkan di semua masjid masjid di UK terutama England. 400 orang ditahan dalam protes ini setakat ini dengan rusuhan berlangsung menentang polis di Manchester, Liverpool, Tamworth, Rotterdam dan Belfast di Northern Ireland
Setakat ini Pasukan Keselamatan UK menyiasat kes tikaman di Southport sebagai kes berkaitan keganasan
Sekarang dah 6 hari rusuhan di UK. PM Keir Starmer mengadakan mesyuarat di Bilik Taklimat Pejabat Kabinet(Cobra) di Pejabat PM atau lebih dikenali sebagai Downing Street setiap hari
Tahukah anda sebelum famous nama Blackrock ada satu syarikat Israel namanya "Zim" dah bertapak kat Malaysia sejak 2005,
tapi skrg dah kena tendang dari Malaysia oleh sorang PM.
PM mana?
Tengok video mamat ni!
"Apa guna tendang keluar Zim kalau terima Blackrock?"
Cantekk soalan ni.
Mamat ni terang jugak dalam bahasa paling mudah.
Kalau tak faham jugak try telan kismis 2 botol.
Obor perjuanganmu akan terus menyala dan membakar semangat kami untuk terus menyanggah kezaliman dan kebobrokan.
Jalur perjuangan ini tidak mudah kerana penindasan dan penderitaan selama berdekad lamanya ini hanya akan membenih kekuatan baharu dan semangat buat para pejuang.
Setelah ramai anggota keluarganya syahid di jalan perjuangan, kini giliran Ismail dibedil rejim pengecut.
Saya amat berharap semangat kita tidak mudah luntur dan goyah dan mesti kekal kuat mencipta kemenangan.
Semoga syurga buatmu, sahabat.
Jargon kena ban 6 bulan sebab Blackrock? ❌
Jargon kena ban 6 bulan sebab lawan PMX? ❌
Jargon kena ban 6 bulan sebab bela Palestin? ❌
Jargon kena ban 6 bulan sebab memfitnah didalam Parlimen terhadap seorang staff EPF melalui surat layang ✅
Macam mana nak faham maksud defisit dan hutang terkumpul kerajaan dalam bahasa mudah?
Kalau kita tengok, kerajaan sekarang ni fokus turunkan defisit. Tapi hutang terkumpul iaitu RM 1.22 trillion menaik.
Ni contoh mudah:
Ali ada kawan baik bernama Roslan. Roslan ni dia sangat kaya dan ahli perniagaan jutawan.
Ali sebenarnya ada gaji RM 10 ribu sebulan dari perniagaannya. Gaji Ali sebenarnya cukup. Cuma Ali ada masalah urus duit.
Ali suka melancong luar negara dan boros. Setiap bulan Ali belanja lebih dari income dia. Gaji dia RM 10 ribu tapi belanja dia RM 11 ribu
Jadi dia hutang RM 1000 sebulan. Jadi Ali defisit RM 1000 sebulan. Kalau Ali tak ubah cara dia belanja, lepas 12 bulan hutang terkumpul akan jadi RM 12 ribu. Tu belum masuk interest.
Kemudian Ali jumpa Roslan mintak tolong. Dia nak pinjam duit. Roslan bukannya tak nak bagi. Tapi bila dia tengok cara Ali berbelanja dia risau Ali akan jadi lebih teruk.
Roslan cakap dengan Ali. Kalau kau betulkan balik cara kau belanja aku bagi pinjam.
Jadi sejak itu Ali tak ada pilihan. Dia terpaksa buat perubahan berat. Dia dah tak boleh boros. Perubahan ni Ali tak suka. Tapi dia tahu dia mesti kena buat.
Isteri dan anak-anak Ali tak suka. Sebab Ali dah tak boleh bawa mereka melancong ke luar negara bersakan lagi.
Tapi Ali tak ada pilihan. Dia tahu dia kena buat sesuatu untuk kebaikan keluarganya walau mereka tak suka.
Sejak dari tu, Ali cuba baiki cara urus duit dia. Daripada dia hutang (defisit) RM 1000 sebulan, dia turunkan jadi RM 500 sebulan.
Bulan seterusnya Ali turunkan lagi defisit dari RM 500 sebulan kepada RM 300 sebulan. Tapi disebabkan Ali masih lagi defisit setiap bulan, hutang terkumpul Ali sebelum ni iaitu RM 12 ribu akan meningkat.
Cuma, beza di sini ialah kenaikan dalam hutang terkumpul tu jadi perlahan.
Lepas beberapa bulan, Ali jumpa Roslan semula. Ali tunjukkan Roslan dia berjaya ubah cara dia belanja dan jadi lebih baik.
Walau hutang terkumpul Ali meningkat, tapi defisit bulanan Ali menurun. Ini membuktikan Ali ada disiplin dan Roslan mula yakin padanya.
Atas keyakinan ini, Roslan bagi Ali pinjam RM 10 ribu. Dengan wang ni, Ali buat modal perniagaan.
Disebabkan Ali dah berubah menjadi orang yang lebih disiplin, perniagaan Ali berjaya buat untung.
Ali bukan saja boleh bayar hutang Roslan tapi disebabkan perniagaan dia untung, ada pelabur lain yang minat nak labur dalam perniagaan Ali.
Makin ramai pelabur minat labur dalam perniagaan Ali maknanya dia sekarang ada cash injection yang baru dan boleh kembangkan perniagaannya lebih besar.
Ini semua berlaku sebab Ali ada semangat nak berubah. Kalaulah Ali terus dengan defisit RM 1000 tadi, akan sampai satu masa di mana hutang terkumpulnya menjadi terlalu tinggi dan Ali takkan mampu bayar lagi komitmen bulanan.
Bila benda ni berlaku, Ali takkan dapat pinjam dari Roslan dan dia kena pinjam Ah Long. Ali akan terjerumus ke dalam masalah hutang lebih teruk lagi.
Nampak tak dalam kes ni, kuncinya bukanlah pada hutang terkumpul tu. Kuncinya ialah pada defisit Ali.
Kalau Ali berjaya kawal defisit tu, hutang terkumpul itu boleh diuruskan.
Semasa Malaysia berhadapan dengan pandemik Covid 19, defisit kita sangat teruk lepasi 6 peratus.
Tapi keadaan ni tak boleh berterusan. Fokus kerajaan kini ialah turunkan defisit, naikkan keyakinan pelabur.
Dah tentulah hutang terkumpul akan naik. Tapi fokusnya tetap pada turunkan defisit. Sebab ini kunci nak baiki hutang kerajaan.