⚠️ Don’t stop talking about Dr. Hussam Abu Safiya ⚠️
Urgent new health warning issued: FREE DOCTOR ABU SAFIYA! #FreeAbuSafiya
Dr. Abu Safiya, a Palestinian pediatrician, is in grave danger. He’s been detained by Israel without trial for over 560 days and it’s been reported his health is rapidly deteriorating. The latest from his lawyer is that he fears he’ll die.
Doctors like Dr. Abu Safiya should be protected, and yet he and other Palestinian medics are being systemically detained and tortured when they could be saving lives.
Sign the petition today calling for his immediate release: https://t.co/nZGqKqBZqD
Family belah bapak aku nismilan. Knowing them, subject yang diorang lebih berminat ialah bab harta. Diorg seboleh mungkin xnk miskin. That's why PAS susah nk bertapak kt sana. And that's why byk² negeri kubu kuat BN, N9 jatuh dulu. Harta no. 1, bangsa no. 2. Ingat ni dlm kempen.
Khabib Nurmagomedov posts on Instagram that the World Cup final will be between Israel-loving Argentina and Palestine-loving Spain.
"I know who I’m supporting."
NAMA JALAN
Masa PRN ni, rasanya kita kena selalu semak fakta. Propaganda dan fitnah merata.
Semalam kawan sis masukkan dalam group. Katanya, tolong check kan propaganda ni. Betul ke Kerajaan Negeri Sembilan suka hati tukar nama jalan ke nama Cina? Ini buat Melayu marah.
Banyak kali dah kita jumpa ini propaganda. Setiap kali pilihanraya.
Sis pun semaklah. Rupanya ini propaganda half truths atau separuh benar.
Pada 2023, MB N9 umumkan serentak:
♦️ Jalan Sikamat ditukar nama ke bekas Mufti, Dato’ Sheikh Mohd Murtadza.
♦️Jalan Temiang ditukarkan kepada nama Dr Chen Min Han, tokoh tempatan di sana.
Maknanya apa sahaja PBT buat ialah iktiraf semua tokoh yang berjasa tak kira kaum dan agama.
Di Malaysia ni bukan Melayu ialah 42%, mereka pun warga negara yang berjasa.
*************
Sama saja apa yang MCA buat ketika mereka dalam Kerajaan. Mereka akan tukar jalan ke nama Cina juga. Kalau berkelayakan.
Contoh2 nya:
Nama jalan ketika MCA menjadi parti komponen Kerajaan Persekutuan. Banyak mereka letak nama pemimpin mereka sendiri.
🟦Jalan Yap Ah Loy
(Kapitan Cina KL Ketiga)
🟦Jalan Yap Kwan Seng
(Kapitan Cina KL Terakhir)
🟦Jalan Cheng Lock
(Presiden MCA Pertama)
🟦Jalan Tun Tan Siew Sin
(Presiden MCA)
🟦Jalan Leong Yew Koh
(Setiausaha MCA Pertama)
🟦Jalan Loke Yew
(Presiden Pertama Dewan Perniagaan Selangor)
🟦Jalan Chan Sow Lin
(Perunding Jurutera Pertama)
🟦Jalan Choo Cheeng Kay
(Pelombong Bijih Timah)
🟦Jalan Kia Peng
(Pengasas Rotary Club KL)
*************
Pada tahun 2010 pun, di Melaka
🟦 Jalan Pelanduk Putih ditukar nama ke Jalan Rev Seet Kim Beng.
Saya rasa apa Kerajaan N9 bawah Tok Min buat smart. Dia imbangkan. Bagi satu kepada tokoh masyarakat Cina. Dia bagi kepada bekas Mufti juga pada masa yang sama.
Lagi pun kita ni Malaysia. Boleh hidup harmoni bersama.
Mari selalu semak fakta melawan propaganda.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
REFORMIS & POPULIS
🟦 Bila dia buat Reformasi hilangkan monopoli Touch n Go & Puspakom, baik untuk Rakyat. Ada pilihan lain dan tambah murah pula. Tetapi Kroni Kapitalis mula membenci dia.
🟦 Bila dia buat reformasi pencen penjawat awam. Bukan melenyapkan terus pencen tetapi mengganti nya dengan KWSP, baik untuk kantung negara. Tetapi orang Kerajaan tak puas hati.
🟦 Bila dia tarik subsidi pukal dan buat subsidi tersasar, baik untuk fiskal negara. Rakyat marah, kalau boleh kita nak subsidi selamanya.
🟦 Bila dia nak buat 2 penggal Perdana Menteri, Asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, orang politik marahkan dia dan cuba mencantas juga.
Semua benda yang dibuat punya satu persamaan.
Ia memberi manfaat jangka panjang kepada negara, tetapi kos politiknya dibayar hari ini.
Satu perkara yang wajib juga diketahui, dia berjaya buat semua ini, tanpa menang pilihanraya dengan majoriti mudah atau 2/3 di Parlimen.
***********
Dalam podcast JPO saya pernah suarakan seorang Reformis kena bersedia untuk berkhidmat sepenggal sahaja. Kerana Reformasi2 yang hendak dibuat ini tidak popular, bukan untuk kita senang sekarang. Tetapi untuk negara dan anak2 kita di masa depan.
Makanya, bila dia berjaya buat semua ini, yang PM terdahulu susah nak commit, dia nescaya takkan dapat kredit.
Politikus lain takkan memuji. Rakyat pun tak paham apa impaknya pada mereka.
Yang kita tahu, itu kerja PM lah.
Siapa suruh nak jadi PM?
Nak reformasi sgt, sekarang hadap la.
**************
Dia pulak cuba jadi Reformis yang populis. Dia turunkan harga petrol subsidi ke RM1.99, tiada yang benar2 kisah.
♦️Yang Melayu marahkan dia isu lambakan kuil dan ladang khinzir. Bila dia cuba menjaga sensitiviti Melayu Islam, Bukan Melayu akan kata dia serupa Taliban.
♦️Yang Bukan Islam marah dia nak batalkan konsert tengah bandar, kata mereka “ini hak kita”. Bila dia benarkan, Melayu pula maki dia kata Liberal.
Politik jongkang jungkit ini yang semua PM kena hadap.
****************
Makanya kita mula lalui lagi saat ini.
Love & Hate dengan Perdana Menteri. Tambah di saat akhir penggal. Perasaan kita meluap2 nak mencantas.
Itu sebab di zaman digital dan cybertroopers. Susah mana2 PM nak bertahan lama. Kecuali anda control media berpuluh tahun jua.
Kita lihat sejarah:
Tun Abdullah- sepenggal
DS Najib- 2 penggal
Tun M- 22 bulan
TS Muhy- 18 bulan
DSIS- 13 bulan
DSAI ni sudah 44 bulan memerintah. Sikit lagi nak habis penggal. Tak tahu apa nasibnya penggal depan.
Kalau layak saya yang marhein ini berikan pandangan.
Just go back to the basic.
Be the reformist you are.
Deliver the promise.
Susah REFORMIS nak jadi POPULIS pada masa yang sama.
Tambah yang orang nampak. Sakau hanya di sana, di sini macam tertutup mata.
******************
Sebelum yang nak naik penggal depan, tak tahu insaf ke tidak, masukkanlah reformasi yang ada. Sekat pemusatan kuasa.
Kalau boleh, PMX buat reformasi politik sekarang.
Dengan gubal Akta Dana Politik & Akta Keharmonian Kaum. Ini sgt crucial. Supaya orang politik tak salah guna dana negara. Atau terlampau mainkan isu kaum dan agama.
Dah alang-alang semua parti membenci anda. Buatlah mana baik untuk negara. Kalau pun mereka cuba gagalkan, sejarah akan mencatit anda mencuba.
Saya rasa kalau pun memerintah sepenggal dan orang membenci anda, generasi masa depan akan berterima kasih jua.
Institusi yang baik melindungi negara walaupun pemimpinnya bertukar.
Contohnya, Mandela pemerintahannya sepenggal sahaja, tetapi sampai sekarang legasinya diketahui seluruh dunia.
Kalau sekiranya tiada rezeki dia untuk sambung penggal kedua, doakan siapapun penggantinya adalah the lesser evil pada negara.
Kalau tak sekali lagi, love and hate relationship kita wujud dengan Perdana Menteri baru. Dan akhirnya kita rasa haru biru.
Salam hormat,
Liyana Marzuki