Kongsi Kuliah Subuh Jumaat. Kata ustaz, manusia ni tidak suka kesedihan.
Tapi kesedihan selalu membuatkan manusia kembali dekat dengan Allah.
Jarang manusia jadi dekat dengan agama ketika dia gembira.
Sebab tu ujian hidup ni, kadangkala memberi hikmah yang kita tidak sangka.
Tak salah untuk sedikit memilih dalam mencari pasangan.
Tiada orang yang mati kerana lambat memilih. Tetapi ada orang yang mati kerana tersilap buat pilihan.
Jangan berkahwin semata-mata kerana penat orang tanya, atau sebab dah terlalu lambat jadi ambil saja mana yang ada.
Tak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur bukan bermakna kita mengharamkan apa yang Allah dah halalkan.
Sama seperti orang yang tak bersetuju dengan poligami, bukan bermakna dia menolak syariat.
Apa yang menjadi kerisauan sesetengah pihak itu berasas. Dengarkan hujahnya, jangan cepat sangat jatuh hukum.
Begitu juga mereka yang menyokong perkahwinan bawah umur, bukan bermakna dia itu pedofilia atau manusia jahat yang tidak bertanggungjawab.
Ia bukan hitam putih.
Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza. Mempunyai kehendak dan keperluan yang berbeza.
Apa yang bagi kita buruk, boleh jadi itu adalah pilihan yang terbaik untuk orang lain. Kerana setiap yang Allah halalkan, pasti ada hikmahnya. Jika bukan untuk kita, ia adalah hikmah bagi orang lain.
Berdiskusilah dengan aman. Tegakkan hujah dengan penuh adab. Tapi kalau sekadar mahu bergaduh menghabiskan masa senggang, iya terpulang.
orang tua meminta bantuan kita, itu tandanya kita lah anak yang paling banyak khidmat (birrul walidain)
sebaliknya, sedihlah jika ibu bapak tidak pernah meminta bantuan apa apa karena birrul walidain itu bukan main beratnya, makanya Allah kasih pahalanya gak main main juga.
FAKTA RINGKAS AL-QURAN.
• Al-Quran ada 114 Surah. 6,236 Ayat. 77,439 perkataan. 604 muka surat.
• Diturunkan selama 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
• Terdapat 4,475 Ayat Al-Quran dan 86 Surah yang turun di Makkah. Di Madinah pula diturunkan sebanyak 1,761 Ayat Al-Quran dalam 28 Surah.
• Ayat Pertama turun : Surah Al-'Alaq (Ayat 1-5). Surah ke-96.
• Ayat Terakhir turun : Surah Al-Baqara (Ayat 281). Surah ke-2.
"Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun."
--
• Surah Terpanjang : Al-Baqarah
• Surah Terpendek : Al-Khauthar
• Ayat Terpanjang : Al-Baqarah (ayat 282) tentang hutang.
• Jumlah Ayat Sajadah : 15 tempat.
• Surah yang ada 2 Ayat Sajadah : Al-Hajj (18 dan 77)
--
• Ketua Proses Pengumpulan Al-Quran : Zaid bin Thabit.
• Proses penulisan Al-Quran dilakukan zaman Saidina Uthman. Dikenali sebagai Resm Uthmani.
• Pertama kali guna khat Nasakh tahun 1694.
--
• Surah yang nilainya 1/3 Al-Quran : Surah Al-Ikhlas
• Nama Nabi yang dijadikan nama Surah dalam Al-Quran. Yusuf, Ibrahim, Yunus, Hub, Muhammad, Nuh
• Nama Haiwan yang dijadikan nama Surah dalam Al-Quran. Al-Baqarah (lembu betina), Al-An'am (haiwan ternakan), An-Nahl (lebah), An-Naml (semut), Al-Ankabut (labah-labah), Al-Fiil (gajah)
• Hari yang disebut dalam Al-Quran. Jumaat (Surah Jumu'ah) dan Sabtu (Surah An-Nahl).
• Nama Sahabat yang disebut dalam Al-Quran. Zaid bin Harithah (Surah Al-Ahzab : 37)
• Manusia yang dijanjikan azab api neraka dalam satu surah. Abu Lahab dan isterinya (Surah Al-Masad).
-
• Ada 4 cara bacaan Al-Quran.
- Riwayat Hafs (Imam Asim). Diamalkan majoriti negara Muslim.
- Riwayat Warsy. Diamalkan di Asia Tengah
- Riwayat Ad-Duri. Diamalkan di Sudan
- Riwayat Qalun. Diamalkan di Asia Tengah.
“Kalau Allah sayang, kenapa Dia uji?”
Soalan ini bukan @muzzashark sahaja yang tanya.
Ramai yang fikir perkara yang sama.
Cuma tak semua berani luahkan.
Tapi sebelum kita bincang tentang ujian, kita kena tanya satu soalan yang penting:
Apa tujuan hidup kita sebenarnya?
Insya Allah kita dapat fahami jawapan semua ini dengan memahami beberapa konsep.
Pertama, "Dunia adalah tempat ujian, bukan tempat balasan".
Imam al-Tabari kata:
أَنَّ الدُّنْيَا دَارُ بَلَاءٍ ثُمَّ دَارُ فَنَاءٍ، وَأَنَّ الْآخِرَةَ دَارُ جَزَاءٍ ثُمَّ دَارُ بَقَاءٍ
Saya sangat suka dengan cara Nabi ﷺ ajar kita untuk menjadi tenang dengan ketidakpastian.
Nabi ﷺ ajar kita supaya kita kawal apa yang kita mampu, apa yang tidak mampu kawal kita serah kepada Allah.
قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ
Pembetulan
Sahabat saya, Ustaz @Muzuzxck menegur tentang jawapan yang saya beri di sini.
Jadi saya betulkan semula:
1. Menurut mazhab Syafie dan majoriti fuqaha (legal scholars), sampai saja ke rumah ibu ayah, dah tak boleh jamak qasar.
“Amalan apa yang Allah terima sehingga aku diuji sebegini”
Mula-mula saya dengar kalam ini, terasa pelik. Eh, biasanya orang lain kalau berlaku musibah, akan bertanya dalam diri “dosa apa yang aku lakukan”, tetapi berbeza pula kalam ini.
Aku jarang sekali cerita hal aku dan family. Tapi hari ni taktahu kenapa,tapi aku nak sangat kongsi
Seperti yang segelintir rakan X tahu, aku dah jadi abah kepada serg anak lelaki berumur 2bulan.Aku nama kan dia Tuah, sebab bagi aku, terciptanya dia dengan sangat ajaib bagi kami
Kita nak buat amal soleh, nak buat ibadah banyak, mungkin tak mampu.
Justeru Allah bantu kita menggugurkan dosa yang lalu dan membanyakkan pahala dengan datangnya ujian.
Jika dirimu sedang diuji, maka jangan berduka cita. Allah sedang memberikan yang terbaik buat kita.
Ada yang tidak puas hati dengan usul RUU untuk Mufti Wilayah berlandaskan aqidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah mazhab al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah. Mereka membantah tanpa sedikit rasa ingin tahu berkenaan mazhab aqidah al-Asha'irah itu sendiri. Bahkan mereka sanggup
Menziarahi makam Imam Abu Mansur al-Maturidi, salah seorang imam dalam aliran akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang terletak di Samarkand, Uzbekistan.
Manhaj al-Maturidiyyah disusun berdasarkan lima karya utama Imam Abu Hanifah, iaitu al-Fiqh al-Akbar, al-Fiqh al-Absat, al-Risalah, al-'Alim wa al-Muta'allim dan al-Wasiyyah.
Pengajian akidah Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut aliran akidah al-Maturidiyyah tidak akan lengkap tanpa melalui kitab-kitabnya yang terkenal seperti Bad’ al-Amali (al-Ushi), Umdat al-Aqidah (al-Nasafi), Sharh al-Aqidah al-Tahawiyyah (al-Taftazani), Usuluddin (al-Bazdawi), dan Tabsirat al-Adillah (al-Nasafi).
Setiap para ulama akidah Ahli Sunnah wal Jamaah samada dalam kalangan al-Ashairah, al-Maturidiah, dan Ahl al-Hadith ada sumbangannya yang tersendiri kepada ummah.
Zaman mereka telah berlalu. Apa yang tinggal pada kita adalah ilmu mereka yang terdahulu, untuk diuruskan dengan penuh toleransi (al-samahah), bagai menarik rambut dalam tepung. Kerana akhirnya, semua ingin ke syurga.