Anwar Ibrahim kena scam dengan Zahid Hamidi. Bebaskan zahid dari 47 kes, akhirnya zahid langgar semua kerusi di Johor, Negeri sembilan dan seluruh Malaysia.
Dari dulu aku berpesan,
Jangan dihulur tangan selumbar,
Dari dulu aku berpesan,
Jangan tertidur di pelukan ular.
Hari ini, dia nampak berdiri seorang melawan "Sistem Corrupt".
Ketika bekas rakan seperjuangan sudah selesa dengan sistem yang pernah mereka tentang dahulu.
Dia sanggup meninggalkan jawatan Menteri,
Dia berani mengkritik kerajaan,
Dia tak gentar mempertahankan prinsip.
Untuk apa semua ini?
Demi prinsip yang tidak boleh dijual beli dan demi masa depan negara yang kita cintai.
Ingat !
Rakyat sentiasa berdiri teguh bersama pemimpin yang berani menegakkan kebenaran.
Sekian
#TSR
#TangkapAzamBaki
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Putrajaya, pada Jumaat.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Baca lanjut di: https://t.co/YKCk7oDE3N
#AWANInews
This is a good judgement to remind Malaysians that Malaysia is not a dictatorship but a nation bound by its constitution, which can be changed if 2/3rd of people's reps (MPs) agree to change, whose reps can be changed by the people every 5 years.
Selain melawan orang kayangan, aku juga mengajar Kelas Demokrasi untuk pengundi2 baharu yang minat nak belajar bagaimana sistem politik di Malaysia berfungsi, dan nak fahamkan kuasa yang ada di tangan rakyat. Ini satu video Kelas Demokrasi tentang tiga level kerajaan di Malaysia.
Tak kira berapa banyak laporan polis dibuat, aku bersedia untuk berdepan dengan apa2 siasatan atau dakwaan, dan sedia pertahankan hak aku untuk bersuara.
Kita rakyat bukan hamba. Aku tak akan tarik balik atau padamkan tweet tu.
Kuasa tak perlu disembah. Kuasa wajib dipersoal.
𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗧𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗧
Tahniah kepada semua yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Jemaah Menteri minggu ini, terutamanya kepada Ahli Parlimen Johor Baharu, Saudara Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Ledang, Tuan Syed Ibrahim.
Yang minta saya ulas mengenai rombakan kali ini, jangan lupa tonton podcast YBM Jumaat ini, 19 Disember jam 9 malam.
Saya simpan komen saya untuk podcast.
Semua orang tahu Saudara Akmal dan Tuan Syed Ibrahim adalah kawan rapat saya, sebelum politik pun.
Akmal adalah junior saya di sekolah, walaupun kami tidak pernah jumpa.
Tahun 2009, semasa itu saya adalah CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Akmal baru habis belajar dari US dalam ijazah ekonomi dan sains aktuari.
Dia email saya untuk diambil bekerja kerana minatnya dalam bidang politik. Semasa di US, dia pernah menjadi sukarelawan dalam kempen Presiden Obama.
Dua kali dia tulis email hantar CV, dua kali saya tolak.
Bukan sebab CV dia tak bagus, saya tak mahu dia sia-siakan ijazahnya yang baik. Saya nasihatkan dia mula kerjaya sebagai aktuari, buat duit banyak-banyak, timba pengalaman korporat, kemudian sepuluh tahun cari saya balik.
Sebab saya tahu Akmal ingat Malaysia ni macam US.
Graduan yang bagus boleh habiskan beberapa tahun menjadi penyelidik atau pegawai di pejabat politik, kemudian bertukar ke kerjaya korporat.
Masa itu, di Malaysia, kalau dah ada rekod kerja dengan pembangkang, tak de GLC atau MNC nak ambil bekerja.
Tapi Akmal keras kepala, lebih kurang macam saya keras kepala.
Dia hantar CV buat kali ketiga.
I always reward persistence. Bila ada seseorang yang gigih mencuba berkali-kali, maknanya orang itu mungkin akan berjaya.
Maka Akmal jadi pegawai saya bermula tahun 2009. Sejak dari itu, Akmal jadi tanggungjawab saya.
Bila saya meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk menubuhkan Pusat Pemberi Maklumat Nasional (NOW) dalam tahun 2012, Akmal ikut sekali.
Masa Akmal dengan saya di NOW, saya perasan dia ada bakat terpendam, iaitu kebolehan menyamar.
Bila kami selidik sesuatu aduan rasuah atau penyelewengan, kami kena siasat untuk sahkan terlebih dahulu.
Masa itu mudah sebab orang tak kenal saya atau Akmal. Dialah yang selalu jadi mangsa berlakon untuk menyamar dan mengesahkan bukti.
Akmal pernah menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan lembu dengan saya semasa kami membongkar skandal NFC.
Dia juga pernah menyamar sebagai ejen hartanah nak sahkan keluarga menteri duduk di sebuah rumah milik seorang yang dituduh kes rasuah.
Ketika itu juga, Akmal selalu ikut saya berceramah. Dia pemandu tidak berbayar.
Tanpa pengetahuan saya, dia berulang-alik ke JB untuk menghidupkan PKR JB sejak awal 2014. Masa itu, orang JB tak pandang PKR dan JB tidak pernah dimenangi pembangkang.
Tahun 2014, Akmal jadi antara Ketua Cabang PKR termuda dan saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR.
Dari situlah saya terpaksa terima hakikat yang Akmal nak buat kerja gila merebut Parlimen JB dari UMNO. Saya cakap itu kerja gila, tapi dia berkeras.
Kempen trak INVOKE bermula dalam bulan September 2016 di JB, sebelum menjelajah ke seluruh negara.
Masa berkempen di JB, Akmal masih pakai kereta Kelisa berbelas tahun yang dia beli tunai bila balik dari US. Saya cakap kat dia macam mana nak menang pergi kempen pakai Kelisa.
Jadi kereta pertama yang dia beli di Malaysia adalah atas nama saya. Lepas jadi timbalan menteri baru dia jual kereta itu.
Saya dapat tahu mengenai ura-ura pelantikan Akmal menjadi Menteri Ekonomi lebih awal, seminggu sebelum diumumkan.
Akmal tanya pandangan saya.
Saya ingatkan beberapa perkara sahaja.
1) Jawatan dan pangkat ini sementara
2) Kalau kita ambil sesuatu kerja, buatlah sehabis baik
3) Pujian dan makian orang tidak bantu kita di akhirat, hanya kerja yang ikhlas dan baik yang boleh jadi pahala.
Sebab jawatan Menteri dan Timbalan Menteri itu adalah satu jerat.
Kalau kita culas, tidak amanah, kita yang dijerat.
Kalau kita rajin, ikhlas, kerja kita ada kesan, maka ia menjadi jerat yang baik untuk mendapat pahala.
Kisah pasal Ahli Parlimen Ledang, Tuan Syed Ibrahim, nanti saya cerita dalam episod seterusnya.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri @anwaribrahim atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menggalas amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam Kerajaan MADANI.
Saya percaya setiap keputusan yang diambil oleh YAB Perdana Menteri dibuat dengan penuh pertimbangan, berlandaskan kepentingan negara serta keperluan untuk memastikan pentadbiran Kerajaan MADANI terus stabil, berfungsi dan fokus kepada agenda reformasi yang telah digariskan.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Jabatan Wilayah Persekutuan serta agensi-agensinya atas komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang tempoh saya menerajui portfolio ini. Dalam tempoh hampir dua tahun, pelbagai isu legasi yang berlarutan telah dapat ditangani secara berperingkat, termasuk usaha tegas membanteras kartel bazar yang sekian lama menekan penjaja kecil dan peniaga mikro.
Melalui pelaksanaan Program Usaha Jaya Insan (PUJI), Kerajaan MADANI di Wilayah Persekutuan juga telah berjaya menoktahkan miskin tegar, sekali gus membuktikan bahawa pendekatan bersasar, bersepadu dan berteraskan data mampu membawa perubahan sebenar kepada kehidupan rakyat.
Di Wilayah Persekutuan Labuan, fokus pemerkasaan ekonomi tempatan terus digerakkan melalui inisiatif pelancongan dan kebolehhubungan, termasuk pengoperasian semula feri ekspres Labuan–Kota Kinabalu serta pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan Jambatan Labuan–Menumbok yang kini berada pada fasa pelaksanaan.
Saya mengucapkan tahniah kepada YB Hannah Yeoh atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu. Semoga beliau dapat meneruskan agenda pembangunan Wilayah Persekutuan demi kesejahteraan rakyat.
Saya juga mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang baharu dilantik. Sebagai anggota Kerajaan MADANI, saya akan terus memberikan sokongan penuh kepada agenda MADANI serta dasar-dasar reformasi yang sedang dan akan dilaksanakan demi negara dan rakyat.

Saudi Arabia has banned photography and videography in Masjid al-Haram and Masjid an-Nabawi.
Alhamdulillah, now people can focus more on their acts of worship rather than live-streaming.
May Allah grant us all sincerity.
SUARA Pemimpin daripada National Union of Bank Employees / NUBE.
A leader's Voice from the National Union of Bank Employees/NUBE.
Mesej to Finance Minister:
Bila Menteri jadi alat bank, RAKYAT JADI MANGSA !
When Ministers become tools of the banks, the PEOPLE BECOME VICTIMS!
Apa masalah TMJ ni sebenarnya? Kenapa nampak seolah-olah dia boleh bertindak sesuka hati dan buat apa sahaja yang dia suka tanpa sebarang had, sempadan atau akauntabiliti yang jelas, tanpa batasan undang-undang?
Sejak aku melibatkan diri dalam dunia aktivisme, aku dah kena kejar polis, kena pukul polis, kena tangkap, kena siasat, kena dakwa sampai dijatuhkan hukuman penjara, sejak zaman PM4 hingga ke zaman PMX hari ni.
Tak kira siapa PM, jangan takut mengkritik politikus dan pemerintah.