Aku pernah cakap Honda Malaysia lagi lima tahun akan bungkus kat Malaysia ni.
Sales Honda makin lama makin jatuh. Orang dah tak anggap Honda ni sebagai status symbol. Kau lepak mamak, letak kunci Honda atas meja orang tak pandang dah.
Jadi level level rempit baru ada duit sikit je
Ini jumlah jualan Honda
2024 : 81 600 unit
2025 : 72 301 unit
sasaran 2026 : 60,000 unit.
makin lama makin jatuh
Aku pun pelik sebenarnya sejak bila benda ni jadi, tapi bila tengok balik, aku sedar ini bukan masalah Malaysia je. Satu dunia jualan Honda jatuh.
Dia tak dapat nak bersaing dengan kereta China. Chery, Jaecoo, BYD semua ni bagi good value dalam pasaran. Kalau bajet 100k, banyak sangat dah pilihan elok yang ada. Pilihan yang bagi lebih banyak kepuasan pada pembeli.
Kau tengoklah spec apa Honda bagi. HRV baru tu, reverse kamera pun tak HD, kabur macam zaman 3GP. Dah 2026 kot. Kemonlah Honda.
Kalau nak banding dengan Chery Tiggo, langit dengan bumi beza. Kereta China punya reverse kamera, dia punya terang jelas macam izhar halqi.
Itu aku belum cerita harga Honda City yang tak masuk akal. Dekat 100k tapi spec macam kereta tahun 2010. Kau kedekut nak bagi spec elok kat market Malaysia kenapa?
Kenapa HRV Thailand dengan HRV Malaysia banyak beza spec? Belum lagi cakap pasal WRV, jual 100k tapi interior punya jahanam. Baik orang beli Ativa.
Zaman orang berebut rebut nak beli Honda sebab nak impress orang kampung dah lama habis. Orang kampung pun gelak je kau pakai Honda sekarang.
Sebab tu Honda kena berubah. Jangan anggap market Malaysia ni second class, bagilah spec yang elok, letak harga kompetitif.
Kalau tak, bye bye lah Honda.
Oleh: Hafizi Norizan
Bapak sesak nafas n tiada imbangan. Pesakit ada sejarah sakit jantung n umur 88. 1 jam call ambulance tak sampai2, last2, kata ambulance tak de! Aku drive balik n amik bapak aku utk ke emergency sg buloh! @anwaribrahim@DrDzul lagi nak potong bajet kesihatan?
Ledakan Virus Nipah Di India...Malaysia Juga Harus Berhati-hati
KOLKATA, India — Pihak berkuasa kesihatan India kini giat menangani wabak virus Nipah yang diklasifikasikan sebagai sangat berbahaya, dengan beberapa kes disahkan di negeri Bengal Barat (West Bengal) berhampiran Kolkata.
📊 Situasi Semasa
Lima kes jangkitan virus Nipah telah disahkan setakat ini di Bengal Barat, termasuk beberapa kakitangan kesihatan seperti doktor dan jururawat.
Hampir 100 individu telah diarahkan menjalani kuarantin selepas dipercayai melakukan kontak rapat dengan pesakit yang dijangkiti ketika usaha mengekang penularan dijalankan.
Antara yang dijangkiti termasuk kakitangan hospital dan ada yang dirawat di unit rawatan rapi.
🦠 Apakah Virus Nipah?
Virus Nipah ialah penyakit zoonotik (boleh berjangkit dari haiwan ke manusia), biasanya melalui kelawar buah atau babi, dan boleh merebak melalui kontak rapat. Ia tidak mempunyai vaksin atau rawatan khusus, dan kadar kematian boleh menjadi sangat tinggi.
🌏 Respons Antarabangsa
Thailand, Nepal dan Taiwan antara negara yang meningkatkan langkah pencegahan termasuk saringan kesihatan di lapangan terbang utama untuk penumpang dari India serta memantau gejala demam dan simptom lain pada kedatangan.
Taiwan turut mempertimbangkan untuk menaikkan klasifikasi Nipah sebagai Penyakit Kategori 5, satu tindakan kawalan penyakit yang ketat.
🧪 Usaha Kawalan Dan Pencegahan
Pihak berkuasa India telah mempertingkatkan pengesanan kontak, saringan kesihatan, dan kuarantin di kawasan terjejas untuk mengekang penularan.
Pesakit yang disahkan kini dirawat di hospital khusus penyakit berjangkit di kawasan Kolkata.
📌 Nota Kesihatan: Nipah bukan sahaja boleh menyebabkan gejala berat seperti demam dan masalah pernafasan, tetapi juga boleh membawa komplikasi neurologi serius, jadi pihak berkuasa kesihatan global menggesa orang ramai mengikuti amalan kebersihan dan nasihat rasmi.
Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif. @FAM_Malaysia@anwaribrahim@KBSMalaysia
RT kalau korang setuju FIFA ban Malaysia 5 tahun macam Indonesia.
Itu sahaja jalannya. Tak ada nampak jalan lain dah nak selamatkan bola sepak kita.
Semua dah jahanam dari atas sampai bawah. Dari kepala sampai ekor. Dari Presiden sampai ultras semua jahanam.
Kau bagitahu HR pasal manager yang toxic
Then dia cakap “thank you for being honest”
Kau pun keluar bilik HR dengan rasa lega
Tiba-tiba, boss kau dengan ‘random’ check kerja kau dan tiba-tiba kau dalam PIP
Moral of the story?
HR tak protect kau tapi protect company.
Faham?
Kalau Ramly Burger naikkan harga pun bagi aku wajar.
Soalan aku, kenapa KPDN atau other authorities macam KPKT tak pernah buat benda sama dekat developer bila mereka naikkan harga rumah gila²?
Atau MOT dekat airlines bila naikkan harga gila² musim perayaan?
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) cadang naikkan waktu bekerja petugas kesihatan kepada 45 jam seminggu.
Sekarang ni moral diorang tengah down sebab kurang staff, lagi nak tambah stress kerja diorang? Don’t be surprised if more people ca alip but.
Kerajaan akan beri insentif berbentuk kewangan bagi kenderaan berat yang memilih memasuki Pelabuhan Klang di luar waktu puncak
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata insentif itu yang akan memberikan RM15 untuk pergerakan dua hala, diperkenalkan untuk menambah baik keselamatan jalan raya
Kesian.
Orang nak bg motivation utk future generations.
Getting good result is a celebration of knowledge.
Even xdpt good result atleast you obtain the knowledge
elok la bergelek tiktok orang celebrate menang TitTok award. dapat la bunga rose ke singa ke. tap tap screen like.
Bodoh nya mak bapak yang sentap sekolah rai budak2 yang dapat result cemerlang masa SPM. Sekarang ni I dengar masa keputusan tu tak boleh dah bagi bunga atau bagi hadiah kepada high achievers sebab nanti yang bodoh terasa hati. NOK KAU BODOH TU BUKAN MASALAH ORANG LAIN YA!
Bodoh nya mak bapak yang sentap sekolah rai budak2 yang dapat result cemerlang masa SPM. Sekarang ni I dengar masa keputusan tu tak boleh dah bagi bunga atau bagi hadiah kepada high achievers sebab nanti yang bodoh terasa hati. NOK KAU BODOH TU BUKAN MASALAH ORANG LAIN YA!