Terima kasih @setel sebab dah boleh check balance BUDI25 mulai 30/9.
Bagi yang dah ada app Setel + dah verify MyKad hangpa:
1. Update Setel ke versi terkini
2. Klik BUDI95
3. Key in phone number, OTP bagai
4. Dia akan check eligibility. Kalau lulus dia akan tunjuk page ‘eligible balance’.
4. Turn on ‘Use BUDI25’
Tu je kot. Mulai 30/9 bila pi Petronas boleh terus guna Setel macam biasa. Takyah pi kaunter (melainkan nak beli kopi Mesra Petronas) + takyah tunjuk MyKad setiap kali nak isi. Khalas
Bermula hari ini, setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 melalui Mykad secara terus (one-off).
Anda boleh berbelanja di mana-mana kedai terpilih untuk membeli 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya seluruh Malaysia.
Kadang sedekah RM1, esoknya ada org belanja makan.
Kadang sedekah RM5, tiba-tiba ada saja rezeki dtg.
Kadang sedekah RM10, tiba-tiba terselamat dari kecelakaaan.
Sedekahlah,
Murah rezeki tak semestinya harta,
Panjang umur, sihat tubuh badan tu juga rezeki.
Bila saya meningkat usia ni, saya banyak diam sahaja walaupun tak setuju.
Jika saya ada pendapat, saya akan utarakan. Jika ada yang tak setuju dan saya tak setuju dengan pendapat tersebut, itu pun saya banyak diamkan sahaja.
Elakkan konflik pendapat yang tak perlu.
Tun Faisal mohong pait!
Sekali imbas pun boleh tau poster ni palsu.
Buah tempatan tak kena cukai.
Buah import yg marhaen makan spt epal, oren, limau mandarin, kurma pun tak kena cukai.
Gula yg kita selalu beli pun akan kekal RM2.85 sepaket sbb itu barang kawalan.
Ikan, ayam, daging, sayur, minyak masak, telur, beras, dll pun tak kena cukai sbb tu barang keperluan harian.
Di poster tulis sebab SST Daya Saing Negara Turun?
Tahun ni Malaysia naik 11 anak tangga.
2024 : 34
2025 : 23 ↗️
Cuba lagi @tunfaisal! 💪🏻
Jom sama-sama baca doa awal tahun dan akhir tahun pada petang ini. Semoga Allah memberikan pengakhiran dan permulaan yang baik bagi tahun ini dan akan datang.
Bila doktor sendiri pun recommend minum green tea untuk rawat jerawat dari dalam, kau tahu lah benda ni bukan hype semata. 😊
Salah satu cara paling simple & berkesan: minum green tea setiap pagi.
Puasa Arafah termasuk puasa sunat yang bersebab.
Makruh puasa sunat hari Jumaat itu hanya untuk puasa sunat mutlak (tanpa sebab).
Jika hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka dibenarkan untuk puasa hari Jumaat bersendirian tanpa perlu mendahulukan puasa hari Khamis.
Wallahua’lam
Ini rupa tandas di Arafah. Takde Flush. Tempat kita pijak tu plastik je. Hampir semua tandas kena squat.
Kalau tandas bangunan baru 2 tingkat, dalam 30 pintu, ada 5 je kot tandas duduk. Korang kena berlatih squat dari rumah. Lelagi yang badan besar.
Satu benda kena hati-hati kat tandas di Arafah ni, banyak smartphone jatuh dalam lubang tandas. Memang takkan dapat ambil.
Sebab kawan tu nak jaga kain ihram (tiada tempat sangkut). Kena sangkut kat pintu tandas. Pastu nak pegang phone, nak kena squat lagi, pastu kaki tiba-tiba cramp.
Memang disaster. Phone jatuh kat lantai, kemudian menggelongsor masuk ke lubang tandas.
Jadi, tak payah bawa smartphone ke tandas lebih selamat.
Lagi satu, airnya panas-suam. Lagi panas dari air suam order kat mamak. Better cuba kat tangan dulu. Sebab kat luar suhu cecah 48-50ºC. Ramai orang menjerit dalam tandas, agaknya mereka main pancut je air kat situ.
Kawan-kawan gelakkan je kat luar.
Doa banyak-banyak agar ujian tandas ni tak jadi penghalang ibadah haji kita nanti.
Begitulah cerita tandas di Arafah.
Kalau ada plan nak kahwin dengan pilihan hari tu, semak & bincang 17 benda ni dulu dekat pasangan korang.
Kalau asyik bersangka baik je, tu yang jadi dalam NGL.
“Salam mien... Laki aku.. Bini aku...”