@Solisidtor@anthonyloke Meneguk di air yg keruh😔 22 bln x buat pastu nk sembang skrg.. percaya Qada' dan Qadar, di upgrade pun klu org bwk laju sama je
Subsidi Naik, Ranking WCR Malaysia Turun?
Baru-baru ni Malaysia catat penurunan dalam World Competitiveness Ranking (WCR) 2024. Antara faktornya ialah kelemahan mata wang ringgit, penurunan eksport teknologi tinggi dan kenaikan subsidi.
Subsidi? Apa kaitan subsidi dengan WCR?
#subsidi #wcr #MITI #ThisIsWhereGlobalStarts #PemacuPotensiGlobal #TZA
Saya amat kesal dengan langkah @META menurunkan bahan yang dimuat naik di media sosial @malaysiakini dan @SinarHarian berhubung pertemuan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri @anwaribrahim bersama pimpinan Hamas.
@MalaysiaGazette pula dinyahaktifkan akaun mereka sehingga terpaksa membuka akaun baru kerana memuat naik futej berkaitan Palestin bulan lepas.
Bukan pertama kali perkara ini terjadi. Program di Axiata yang melibatkan Perdana Menteri juga pernah berdepan situasi sama.
Saya kecam sekeras-kerasnya tindakan ini dan meminta penjelasan daripada pihak Meta.
Saya juga akan membangkitkan isu ini bila bertemu dengan platform-platform media sosial pada bulan Jun nanti.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, saya terus ke Masjid Alwi di Kangar, Perlis bersama YAB Perdana Menteri ke majlis Program Perkampungan Sunnah - 'Jihad Memartabatkan Dakwah, Mempertahankan Ummah'.
Ini merupakan kali pertama seorang Perdana Menteri hadir ke program tahunan yang telah berlangsung selama 9 tahun dan menyatukan ummah bukan hanya di Malaysia, malahan dari negara-negara serantau.
Dato' Seri @anwaribrahim dalam tazkirahya menyampaikan kisah teladan dan contoh tatakelola kerajaan zaman Salahuddin Al-Ayyubi, yang mengakibatkan sebuah zaman yang gemilang pada waktu itu.
Alhamdulillah, rakyat juga dapat turut serta mendengar tazkirah melalui siaran langsung di @rtm_malaysia.
Semoga kita semua dapat meraih manfaat dan dapat mengambil iktibar ke arah membina sebuah negara yang maju dan makmur, bersama sebuah masyarakat yang bermoral dan berakhlak tinggi, insya-Allah.
#MalaysiaMADANI