Sembang kedai kopi boleh macam-macam, tapi tengok data ni baru tahu realiti. ๐ Pelaburan RM378.5 bilion, defisit makin turun ke 3.1%. PMX senyap-senyap buat kerja baiki ekonomi kita. Apa pendapat korang?
#MyCommunityNews#NegeriSembilan#EkonomiteruskukuhbawahPMX
Bersama lebih 500 pelajar di Politeknik Kuching, Sarawak pagi ini dalam Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Kami mengimbau sejarah Malaysia, perjuangan, pengorbanan dan perjalanan panjang yang membawa kita kepada sebuah negara yang merdeka.
Generasi muda perlu sentiasa mengenali, menghargai dan memelihara sejarah. Jangan sesekali kita sia-siakan perjuangan nenek moyang yang telah berkorban demi kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.
Perpaduan Malaysia dibina atas persefahaman seluruh rakyat. Perbezaan bukan alasan untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan untuk kita saling memahami, menghormati dan membina masa depan bersama.
Dalam membina masa depan negara, anak muda juga perlu berpegang teguh kepada nilai integriti. Jauhi rasuah. Tolak salah guna kuasa. Jauhi perkauman sempit dan faham keagamaan yang ekstrem. Jangan gadaikan maruah dan masa depan hanya kerana kepentingan sementara.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
Bismillahirrahmanirrahim.
Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita mendoakan semoga YAB Timbalan Perdana Menteri dikurniakan kesembuhan yang segera dan diberikan kesihatan baik yang berpanjangan.
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, kekuatan dan perlindungan-Nya ke atas beliau.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Sehari di Melaka, padat dengan amanah dan semangat kenegaraan.
Daripada meninjau kemajuan projek di Kem Terendak hingga ke Program Semarak Kenegaraan bersama warga ATM, setiap persinggahan membawa satu matlamat; turun melihat, mendengar dan memastikan amanah dilaksanakan untuk rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
PLATFORM MEDIA SOSIAL DIBERI TEMPOH SELARAS MEKANISME TANGANI KANDUNGAN SCAM, JUDI DALAM TALIAN
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan, penyedia platform media sosial kini diberi tempoh untuk menyelaras mekanisme dalaman masing-masing bagi memastikan tindakan
PENDEDAHAN RCI TABUNG HAJI: TIADA SIAPA KEBAL DI SISI UNDANG-UNDANG
Pendedahan berkaitan RCI Tabung Haji membuka ruang kepada tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku. Prinsipnya jelas, tiada individu yang kebal daripada siasatan
PRESTASI KDNK SUKU KEDUA MALAYSIA DIUNJUR PADA TAHAP BAIK
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2026 diunjur berada pada tahap yang baik.
Kenyataan tersebut dibuat menjelang pengumuman rasmi angka
KERAJAAN PERPADUAN KEKAL STABIL, PERKEMBANGAN POLITIK NEGERI TIDAK JEJASKAN KERJASAMA โ MENTERI KOMUNIKASI
Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal kukuh dan
MELAYU BERPECAH BUKAN KERANA BANGSA, TETAPI SENGAJA DIPECAH-PECAHKAN DEMI SURVIVAL POLITIK
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) berpandangan perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan berpunca daripada bangsa itu sendiri, sebaliknya didorong
DAKWAAN BERHUBUNG PENGISYTIHARAN HARTA, ISMAIL SABRI AKAN DIDAKWA DI IJN
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa berhubung pengisytiharan harta di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BERSATU โAUTOMATIKโ KELUAR PN, TAK PERLU PENJELASAN RASMI?
Bersatu Keluar PN secara automatik, tapi betul ke semudah itu?
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan bahawa Bersatu telah terkeluar daripada Perikatan Nasional (PN) secara automatik memandangkan parti
RCI TABUNG HAJI: SPRM TAHAN LIMA INDIVIDU, SIASATAN DITERUSKAN
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menahan lima individu dalam siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji.
Tiga tangkapan terbaharu melibatkan
Dalam lawatan ke Melaka ini, saya meninjau projek penambahbaikan lapang sasar serta tapak projek pembinaan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak, yang dijangka siap mengikut perancangan.
Hospital ini kelak akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan di samping memastikan akses kepada rawatan yang lebih cepat, selesa serta berkualiti. Penambahbaikan lapang sasar pula akan menyediakan kemudahan latihan yang lebih moden, selamat dan kondusif bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan anggota.
Saya kemudian beramah mesra dan menyantuni warga Kem Terendak dalam Program Semarak Kenegaraan, sambil mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan sahaja terletak pada keupayaan pertahanannya, tetapi juga pada semangat patriotisme, perpaduan dan iltizam untuk terus berbakti kepada tanah air.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara menerusi Belanjawan 2027, dengan memberi tumpuan kepada pemodenan aset dan prasarana, peningkatan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta kebajikan anggota yang menjadi benteng utama kedaulatan negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat di Masjid Ar-Rasyidin Alor Gajah, Melaka.
Khutbah Jumaat yang disampaikan mengajak kita menghayati kehadiran Rabiulawal dengan menelusuri sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyuburkan rasa mahabbah terhadap Baginda dalam setiap sisi kehidupan.
Sebelum itu, saya turut singgah menikmati makan tengah hari di Restoran Sultan Salai, Simpang Ampat sambil beramah mesra dengan masyarakat setempat. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan membawa keberkatan buat kita semua, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Alhamdulillah, berkesempatan mendengar pesanan ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah sebelum program di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka bermula petang ini.
Pesanan beliau antara lain mengingatkan kita bahawa perpecahan, kebencian dan fahaman melampau hanya membawa kepada kehancuran. Sebaliknya, Islam mengajar kita menjadi rahmatan lil โalamin dengan menyemai kasih sayang, saling menghormati dan mengutamakan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Semoga kita terus memperkukuh ukhuwah, menghindari perpecahan serta bersama membina Malaysia yang aman, makmur dan diberkati. Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Kemegahan Malaysia bukan hanya diukur pada pencapaian pembangunan, tetapi pada kekuatan rakyatnya yang hidup bersatu dalam kepelbagaian.
Lebih membanggakan, kebersamaan merentas agama, bangsa, kaum dan latar belakang menjadi tiang seri yang mengukuhkan keamanan serta kemakmuran negara.
Kita mempunyai masyarakat Melayu, Cina, India serta pelbagai etnik lain, di samping institusi pendidikan termasuk sekolah agama dan Maahad Tahfiz yang berkembang dalam semangat saling menghormati. Keadaan ini tidak datang dengan sendiri, tetapi lahir daripada kesediaan kita untuk menerima kepelbagaian sebagai kekuatan.
Justeru, sewaktu Program Karnival Gelombang MADANI, saya ingatkan hadirin
supaya terus menolak kebencian, prasangka dan perpecahan. Peliharalah keamanan yang kita kecapi hari ini agar Malaysia terus kekal sebagai tanah air yang aman, makmur dan diberkati untuk generasi akan datang.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Kemajuan yang sebenar tidak boleh dicapai dengan mengorbankan bukit-bukau, pantai, hutan dan khazanah alam secara sewenang-wenangnya.
Pembangunan yang merosakkan alam sekitar bukanlah pembangunan yang manusiawi. Sebaliknya Malaysia mesti terus maju dengan berpaksikan keseimbangan antara pembangunan, pemeliharaan alam dan tanggungjawab terhadap generasi akan datang.
Sewaktu program Hari Landskap Negara 2026 malam ini, saya tinggalkan pesanan tersebut bahawa pembangunan negara tidak boleh hanya diukur melalui kemajuan fizikal semata-mata, tetapi juga pada sejauh mana kita memelihara nilai kemanusiaan dalam membangunkan persekitaran.
Dalam kerangka Islam, manusia itu menggalas amanah untuk memakmurkan bumi, menegakkan negara serta membina masyarakat yang sejahtera. Justeru, landskap dan persekitaran bukan sekadar elemen hiasan, tetapi sebahagian daripada asas pembentukan kota dan negeri yang lestari, indah serta berdaya huni.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata PMX
Berita selanjutnya di ruangan komen
#themalaysiapress#bangsamalaysia#informasiberfaktamembukaminda
Peruntukan sektor pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Oktober depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita selanjutnya di ruangan komen
#themalaysiapress#bangsamalaysia#informasiberfaktamembukaminda