๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025
Reformasi was and is always much bigger than any person's political ambition
Its an idea, of islah ๐ก
Never a personal agenda
Any genuine reformists
Will always reject any anti-reformasi politics (warlord, nepotism, crony capitalism, bootlicking, anti-HangNadim, lavishnes)
Real juga pergi pesta buku pun terdengar orang borak politik dan kutuk PKR ni. I swear I heard this one guys said "memang lepas ni aku undi PAS". I guess Anwar, Izzah, and all the clowns in PKR are underestimating the effect of this partyโs election result.
Ada jenis-jenis penyokong tegar PKR yang selama ni tak pernah sampai hati nak kritik Anwar atas dasar hormat.
Tapi tengok hari ini dalam sejarah, ramai yang kali pertama terlalu marah dengan Anwar.
Tiada pengakhiran yang baik yang boleh datang daripada pengkhianatan.
@rafiziramli I canโt believe Iโm saying this but sejahat2 Azmin Ali, at least he was honest of his animosity towards you, unlike your two-faced โfriendsโ in the party today
Rafizi knows who is behind the scenes. Not Zaliha, Fuziah, Ramanan, Kamil or Farhan Fauzi. But it is Anwar itself
Pemilihan 2022 dia arah ubah keputusan Ketua Wanita. Dari Rodziah kpd Fadhlina.
Now he used the same way to get rid of Rafizi Ramli from the Deputy President's post
Rafizi's downfall reveals the constant tension between principles and pragmatism in Malaysian politics.
His principled black-and-white technocratic approach - refusal to work with political parties who were old foes - made him impossible to manage in Anwar's coalition of warlords.
His recent sulks over his petrol subsidy initiative being transferred to MOF, the divisional losses of his key men, and going on abrupt leave in the midst of the US tariff tensions, likely sealed his fate. For someone to have been so close to the top, Rafizi was certainly politically naive, and sad to say, arrogant.
Meanwhile, astute banker and soon to be ex-UMNO member, Tengku Zafrul - well-connected among elites - positions himself perfectly. Rafizi's attack on the 5-year membership rule was never about Ramanan; it was intended for Zafrul.
Now watch as Zafrul not only inherits Rafizi's economic portfolio but potentially his parliamentary seat too. Zafrul's biggest weakness is that he has no grassroot support.
Anwar chose political survivability over reformist idealism. In Malaysia's complex power matrix, being "too good" for elite networking becomes a fatal flaw. And Nurul understands this too.
Will Rafizi make a comeback? Perhaps. They will run back to him sooner or later, because this coalition may not survive the next GE. #MalaysianPolitics #RafiziDownfall #ZafrulRising
Dia yang buat aku benci, setia kita ni bersyarat. Setia kita pada idea bukan figura. Dan aku benci orang anggap kita akan terus bodoh menurut. Tidak, rakyat tak bodoh tapi kau layan kami macam orang bodoh dengan kenyataan bodoh sepanjang 2 minggu ni. Cukuplah
Kebanyakan mereka dalam HIRUK adalah fence sitter. Korang boleh syok sendiri dengan perwakilan berbayar kau, tapi tunggu PRU16- korang akan rasa tsunami rakyat tolak PKR.
All the best yang jerit nama Ramanan dalam dewan malam ni.
Ramai kata penyokong2 HIRUK akan kekal sokong parti menghadap PRU16 walaupun selepas kalah pemilihan ni.
Korang betul2 understimate orang reformis tulen dan probono ni ๐
Semua parti politik sama je. Tak ada yang bersih. Dulu masa susah, sembang lain. Dah dapat kuasa dan jawatan, terus jadi setan. Kembalilah kita ke era BN balik untuk ajar puak-puak ni.
Tell your daughter to pull out and end this whole clusterfuck. The rakyat are observing PKR, and having @n_izzah as your Timbalan is a bad optic for the party.
The ๐ฒ๐พ we have today is not just because of one person. Not Rafizi Ramli. Not Nurul Izzah and not Anwar Ibrahim. The Malaysia we have today is because the rakyat pushed for a better nation when it wasn't easy, when it wasn't cool & when doing so meant time in the lockup.