RM1,500 elaun minyak.
Rakyat isi minyak guna duit sendiri, ulang-alik kerja tiap hari pun tak pernah cecah angka tu.
MP pula dapat tetap... jalan atau tak, isi atau tak, tetap masuk.
Kalau itu benar kos tugas, buatlah claim & audit.
Bukan elaun pukul rata yg nampak macam hak automatik.
Rakyat disuruh berjimat.
Subsidi disasar.
Fiskal diketatkan.
Jadi soalan mudah:
kenapa pengorbanan sentiasa bermula dari bawah... bukan dari bangku Parlimen?
Arab Saudi menghantar permohonan rasmi meminta bantuan Malaysia untuk menjadi orang tengah mendamaikan keadaan di Timur Tengah dan Perang US Iran ketika ini lapor The Rakyat Post
PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Angkatan Tentera Malaysia takkan terlibat dalam sebarang konflik di Timur Tengah dan Malaysia kekal teguh memilih jalan damai dan rundingan untuk mencari keamanan dan pendamaian
Rakyat Malaysia mohon berhati-hati
Jangan rasa Perang US Iran takkan ada effect kepada kita
Kerajaan hanya boleh tahan subsidi RON 95 selama 2 bulan
Semua dah boleh mula berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja
Harga minyak naik maka harga barang akan naik. Harga barang naik kos sara hidup naik. Peniaga ni once dah naik harga memang takkan turun dah haha. Peniaga kan. Inflasi Malaysia dijangka naik daripada 1.6 peratus kepada 2.2 peratus. Maksudnya harga barang dijangka naik
Cukai vape ❌️
Cukai rokok dan heated tobacco ✅️
Semasa perbahasan belanjawan 2026, YB @teresakok mempersoalkan kenapa tiada cukai dalam Belanjawan 2026, sedangkan cukai untuk rokok dan heated tobacco dinaikkan. Pelik kan?
Dalam perbahasan sama juga YB Teresa memaklumkan nilai industri vape pada 2023 berjumlah RM3.48 bilion dan terus meningkat setiap tahun. Bayangkan berapa banyak kutipan cukai yang dapat diperolehi daripada industri vape?
Jadi kenapa tiada cukai untuk vape? Kenapa tiada kawalselia khusus untuk industri vape? Kenapa layanan berbeza untuk rokok dan heated tobacco? Mungkin @drdzul selaku Menteri Kesihatan dan PMX merangkap Menteri Kewangan @anwaribrahim ada jawapannya.
Oh ada mesyuarat ASEAN lagi. Jadi ada operasi demi ‘menyelamatkan’ gelandangan.
Setiap kali KL menganjurkan acara dunia, warga miskin kota disorokkan sementara, bawa ke kem jati diri katanya. Demi menjaga imej ibukota, ini sahajalah penyelesaian yang termampu dilakukan kerajaan
siapa ada idea macam mana nak handle budak kecik yang buat serabut dalam kedai. mak ayah buat x pelik je anak dia kejap2 datang tunjal ikan dalam aquarium, kejap2 bukak peti. (nada ingin tahu)
Makin banyak kita bantu, makin banyak masalah baru muncul. Bantuan yang kerap akan membunuh rasa bersalah, melahirkan rasa layak.
Kali pertama dia minta, dia malu.
Kali kedua, dia minta dengan alasan.
Kali ketiga, dia datang dengan harapan.
Kali keempat, dia datang dengan keyakinan bahawa kita akan tolong.
Apa yang Cikgu Fadli Saleh luahkan ni adalah luahan ramai guru guru termasuk kawan kawan aku yang jadi guru. Inilah apa yang cikgu cikgu rasa di sekolah
Kembalikan kuasa merotan untuk kembalikan kuasa mendidik kepada para guru. Itu tujuan dia. Sebab dalam gambar itulah situasi di sekolah sekarang
Lepas tu KPM, JPN, PPD hairan kenapa ramai Guru letak jawatan sebab tak lagi berminat dengan Institusi Pendidikan.
KPM sepatutnya membela Guru Guru. Bukan menindas guru guru. Bila Guru luahkan cadangan dan pandangan. KPM memilih untuk ambil Tindakan Tatatertib berbanding mengambil pertimbangan dalam cadangan itu