BREAKING: Israeli Forces have committed ANOTHER massacre in Deir Al Balah - beheading numerous displaced Palestinians seeking shelter. *NSFW https://t.co/AANU9QtTLg
KEMASKINI
UMAT ISLAM CHINA MAKIN TERANCAM
BBC melaporkan bahawa sebanyak 2/3 Masjid milik Islam Uyghur di Xinjiang telah dimusnahkan Kerajaan China sejak 2017. New York Times melaporkan sebanyak 8,500 buah masjid di seluruh Xinjiang atau 1/3 dari keseluruhan masjid di negeri itu sudah dimusnahkan sejak 2017
Sejak 2018 Pihak Berkuasa China melarang kanak kanak bawah 16 tahun dari menyertai upacara ibadat atau pembelajaran Umat Islam di Linxia. Di beberapa tempat di China antaranya Zhengzhou dan Henan. Jumlah jemaah yang boleh solat di masjid dikurangkan sehingga 60 ke 70%. Kerajaan China turut melaksanakan larangan memuat naik bahan bahan agama Islam secara dalam talian selain melarang kanak kanak berusia 18 tahun ke bawah memasuki masjid atau melaksanakan segala ibadat Islam
China juga sekarang mengubah reka bentuk Masjid agar tidak menonjolkan sebarang seni Islam sebaliknya dibina dengan Seni Bina China. Antara yang terjejas ialah Masjid Doudian Beijing yang terkenal dengan keindahan kubah dan minaretnya kini sudah ditukar dengan seni binaan Pagoda China
2,312 Masjid sudah dimusnahkan atau diubah suai sejak 2018 lapor Financial Times
Ada di antara dewan utama ibadah Masjid di China turut dimusnahkan selain kini meletakkan slogan slogan Parti Komunis China di masjid masjid
Di Ningxia. Sebanyak 90% Masjid sudah dibuang segala seni bina Islam dan digantikan dengan Seni Bina China. Di Gansu sebanyak 80% Masjid terlibat dalam perkara sama. Beberapa negeri di China turut sudah memansuhkan Sijil Halal kerana pemasaran sijil halal dalam pasaran penjualan barangan dianggap memperomosikan ekstremis agama
Dilaporkan ini merupakan sebahagian daripada kempen menghapuskan pengaruh Islam di China dan mahu mereka diasimilasikan sepenuhnya dalam budaya dan agama China
Orang Islam Hui iaitu salah satu daripada 2 kaum Islam terbesar China terus menentang dengan menghalang beberapa ubahsuai masjid namun gagal
Ada juga yang ditangkap atas alasan menentang keganasan padahal mereka menentang Kerajaan China yang mahu menghalang Umat Islam beribadat terutama di Xinjiang. Peralatan pemantauan turut diletakkan di kebanyakan kawasan di Xinjiang dan Polis Xinjiang turut mendapat latihan dari Israel bagi mengawal Umat Islam di sana
PERANG ISRAEL-PALESTIN | Israel telah menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas, jauh mengatasi jumlah yang digugurkan di Dresden, Hamburg dan London semasa Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Anadolu (AA).