๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ฎ๐ฒ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (JPPK) bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Projek Lebuhraya Kota BharuโKuala Krai (KBKK) Negeri Kelantan (Task Force) Bilangan 3 Tahun 2026 dan Reformasi Pengurusan Data Aset Jalan di Malaysia di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal itu memfokuskan kepada pembentangan status semasa pelaksanaan projek, meliputi prestasi fizikal, prestasi kewangan serta kemajuan Pengambilan Balik Tanah (PBT) bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, menepati perancangan dan sasaran yang telah ditetapkan.
Turut hadir ialah barisan pengurusan tertinggi KKR, JKR serta agensi-agensi berkaitan bagi memperkukuh penyelarasan dan kerjasama strategik.
Seterusnya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Pusat Akuatik Kota Bharu, Kelantan bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek yang merupakan sebahagian daripada pembangunan infrastruktur SUKMA Kelantan 2028. Beliau turut menjelaskan kepentingan penyelarasan yang berkesan serta pematuhan terhadap jadual pelaksanaan, spesifikasi, kualiti kerja dan aspek keselamatan bagi memastikan projek dapat disiapkan seperti yang dirancang seiring aspirasi "Delivery Is Our Priority".
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
JELI, 25 Julai 2026 โ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa telah menyertai YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dalam Lawatan Kerja KSU KKR ke Zon Timur bagi meninjau kemajuan Projek Jambatan Sungai Nibong, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.
Projek ini melibatkan pembinaan jambatan baharu sepanjang 237 meter serta jalan tuju sepanjang 257 meter mengikut piawaian R1.
YBhg. Dato' KPKR kemudiannya meneruskan lawatan ke tapak Projek Kompleks SUKMA Kelantan bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek. Di kedua-dua lawatan tersebut ,YBhg. Dato' KPKR mengingatkan pihak kontraktor supaya mematuhi perancangan kerja, mengurus sumber secara berkesan serta memastikan setiap skop kerja memenuhi spesifikasi dan standard kualiti yang ditetapkan agar projek dapat disiapkan mengikut jadual demi kepentingan rakyat.
Seiring aspirasi Malaysia MADANI, JKR Malaysia komited memperkukuh pemantauan pelaksanaan projek bagi memastikan setiap infrastruktur awam disiapkan mengikut jadual, memenuhi standard kualiti serta memberi manfaat kepada rakyat.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
LOKASI 2
๐๐ฅ๐๐ก๐, 25 Julai 2026 โ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Ibrahim bin Esa telahย menyertai YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dalam Lawatan Kerja KSU KKR ke Zon Timur bagi meninjau kemajuan Projek Pembaikan Mendapan Tambakan di FT036 Jalan Aring โ Jeneris (Pakej 6A: Aring ke Sempadan KelantanโTerengganu) melibatkan lokasi CH9000, CH12000 dan CH14000.
Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya
Lawatan ini bertujuan meneliti kemajuan pelaksanaan pembaikan sementara dan pembaikan kekal, menyelaras tindakan di tapak serta memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan.
Projek ini melibatkan pembinaan struktur bertingkat (elevated structure) dua lorong dua hala berpiawaian R3 di lokasi mendapan CH9000, CH12000 dan CH14000, serta pembinaan dan pembaikan jalan tuju sepanjang 900 meter. Apabila siap, projek ini dijangka meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan perjalanan pengguna di laluan FT036.
JKR Malaysia komited memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual, piawaian dan kualiti yang ditetapkan demi kepentingan serta keselamatan rakyat.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
๐๐ฅ๐๐ก๐, 25 Julai 2026 โ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Ibrahim bin Esa telahย menyertai YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dalam Lawatan Kerja KSU KKR ke Zon Timur bagi meninjau kemajuan Projek Pembaikan Mendapan Tambakan di FT036 Jalan Aring โ Jeneris (Pakej 6A: Aring ke Sempadan KelantanโTerengganu) melibatkan lokasi CH9000, CH12000 dan CH14000.
Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya
Lawatan ini bertujuan meneliti kemajuan pelaksanaan pembaikan sementara dan pembaikan kekal, menyelaras tindakan di tapak serta memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan.
Projek ini melibatkan pembinaan struktur bertingkat (elevated structure) dua lorong dua hala berpiawaian R3 di lokasi mendapan CH9000, CH12000 dan CH14000, serta pembinaan dan pembaikan jalan tuju sepanjang 900 meter. Apabila siap, projek ini dijangka meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan perjalanan pengguna di laluan FT036.
JKR Malaysia komited memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual, piawaian dan kualiti yang ditetapkan demi kepentingan serta keselamatan rakyat.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
GUA MUSANG, 25 Julai 2026 โ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, telah turun padang bersama YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, bagi meninjau kemajuan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3: Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang, Seksyen 3D: Bulatan Gua Musang ke Mentara sempena Program Lawatan Kerja KSU KKR ke Projek Negeri Kelantan.
Lawatankerja tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan projek, meneliti perkembangan semasa pelaksanaannya serta memastikan setiap fasa kerja dilaksanakan mengikut perancangan, spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.
Projek ini melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 10.5 kilometer, termasuk penaiktarafan jalan sedia ada, pembinaan jalan empat lorong dua hala serta lima buah jambatan.
Seiring aspirasi Malaysia MADANI, JKR Malaysia komited menyampaikan projek infrastruktur yang berkualiti, selamat dan mampan mengikut jadual pelaksanaan, selaras dengan komitmen Delivery Is Our Priority demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ #๐๐๐๐๐ซ๐ข๐ก๐๐ญ๐ข๐ง ๐๐๐๐
24 Julai 2026 - YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR), bersama YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan (CJ), diiringi oleh Dr. Azwan Ezzany bin Azmi, Jurutera Daerah Lipis telah berkesempatan menziarahi YBrs. Encik Amiruddin bin Abd Rahim, Mantan Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Sesi ziarah dimulakan dengan bacaan doa memohon agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat beliau dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan. Doa yang sama turut dipanjatkan buat seluruh warga JKR yang sedang diuji dengan kesakitan atau musibah.
Program Sesi Ziarah Mahabbah KPKR #JKRPrihatin merupakan manifestasi nilai kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan dalam keluarga besar JKR. Semoga amalan ziarah ini terus menjadi pemangkin dalam mengeratkan ukhuwah, menyemai semangat saling menyokong serta memperkukuh kebajikan warga JKR. Insya-Allah, inisiatif ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan seluruh warga Jabatan.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูููุฐูู ููุง ููุถูุฑูู ู ูุนู ุงุณูู ููู ุดูููุกู ููู ุงููุฃูุฑูุถู ููููุง ููู
ุงูุณููู ูุงุกูุ ูููููู ุงูุณููู ููุนู ุงููุนููููู ู
โDengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kemudaratan di bumi mahupun di langit. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.โ
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat beliau dan memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga. Amin Ya Rabbal โAlamin.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Sabo Dam merupakan struktur kejuruteraan yang dibina bagi mengawal aliran puing, memerangkap sedimen serta mengurangkan risiko limpahan bahan runtuhan ke laluan utama. Kaedah ini menjadi antara penyelesaian jangka panjang JKR dalam meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan rangkaian jalan Persekutuan kekal berfungsi dengan baik.
Pembinaan Sabo Dam di FT185 Seksyen 61.00, Jalan LojingโGua Musang, Kelantan dilaksanakan susulan kejadian aliran puing yang mengakibatkan kerosakan jalan serta gangguan kepada pengguna laluan tersebut.
Layari infografik ini untuk mengetahui latar belakang kejadian, penyelesaian teknikal yang dilaksanakan serta manfaat projek kepada rakyat.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
BINGKISAN INTEGRITI SIRI 2/2026
JAGA BATAS, AWASI IKHTILAT DI TEMPAT KERJA
Bingkisan Integriti Siri 2/2026 ini mengupas kepentingan menjaga batas pergaulan dan mengawasi ikhtilat di tempat kerja sebagai peringatan agar kita sentiasa memelihara profesionalisme, keharmonian rumah tangga serta nama baik perkhidmatan awam.
Marilah kita bersama-sama membudayakan integriti, memelihara maruah diri dan melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
โPrihatin, Bukan Menuduh. Laporkan Tingkah Laku Berisiko.โ
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Tindakan pantas JKR mengeluarkan arahan henti kerja (Stop Work Order) sejurus insiden konkrit terjatuh di Projek Jambatan 1 NilaiโLabu ke Bandar Enstek (MVV) berjaya memastikan keselamatan landasan KTMB dipulihkan dalam tempoh kurang 24 jam.
https://t.co/dfImgk2lXx
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
INSIDEN KONKRIT JATUH DI ATAS LANDASAN BERHAMPIRAN STESEN KTMB BATANG BENAR SEMASA KERJA-KERJA PEMBINAAN DECK SLAB JAMBATAN PROJEK MEMBINA JALAN BARU DARI NILAI โ LABU KE BANDAR ENSTEK (MVV), DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
INSIDEN KONKRIT JATUH DI ATAS LANDASAN BERHAMPIRAN STESEN KTMB BATANG BENAR SEMASA KERJA-KERJA PEMBINAAN DECK SLAB JAMBATAN PROJEK MEMBINA JALAN BARU DARI NILAI โ LABU KE BANDAR ENSTEK (MVV), DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
SEREMBAN, 23 JULAI 2026 โ Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi insiden konkrit yang jatuh di atas landasan berhampiran Stesen KTMB Batang Benar semasa kerja-kerja pembinaan deck slab jambatan sedang dilaksanakan.
Berdasarkan siasatan awal, insiden tersebut berpunca daripada kegagalan fungsi cantilever bracket untuk menampung konkrit semasa kerja-kerja pengkonkritan deck slab dijalankan.
Susulan kejadian itu, semua kerja pembinaan di lokasi telah dihentikan serta-merta bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan. Laluan KTMB turut ditutup sepenuhnya bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa memandang serius insiden berkenaan serta memberikan amaran keras kepada kontraktor yang terlibat. Beliau turut mengarahkan supaya tindakan pembaikan dan langkah mitigasi dilaksanakan dengan serta-merta bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.
JKR Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana kontraktor yang gagal mematuhi keperluan keselamatan di tapak pembinaan. JKR akan terus memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pekerja, pengguna serta orang awam sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap pelaksanaan projek.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2026- Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Dan Surat Setuju Terima (SST) bagi Program Cakna MADANI: Pelaksanaan Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya Tahun 2026 melibatkan Program Memperelok Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) Fasa 1 dan Fasa 2 serta Program Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI) yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, di JKR Workshop Kuala Lumpur.
Dalam usaha memperkukuh keselamatan jalan raya, KKR melaksanakan Program Blackspot bagi menangani lokasi berisiko tinggi berlakunya kemalangan serta Program LPKSI bagi meningkatkan keselamatan pejalan kaki. Bagi tahun 2026, Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan sebanyak 94 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia yang merangkumi 77 lokasi Program Blackspot dengan peruntukan RM27.85 juta serta 17 lokasi Program LPKSI melibatkan peruntukan RM5.2juta. Pelaksanaan projek-projek tersebut akan memberi manfaat kepada 11 negeri dan 36 daerah.
Turut berlangsung penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada 32 kontraktor bagi pelaksanaan Program Blackspot Fasa 2, serta penghargaan kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan Program Blackspot Fasa 1 dan Program LPKSI mengikut tempoh dan spesifikasi yang ditetapkan.
KKR dan JKR terus komited bahawa pelaksanaan Program Cakna MADANI ini akan menjadi antara inisiatif utama kerajaan dalam memperkukuh keselamatan Jalan Persekutuan secara berterusan melalui penyediaan infrastruktur yang lebih berkualiti, selamat dan mampan demi kesejahteraan seluruh rakyat.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026
22 Julai merupakan tarikh bersejarah yang memperingati perjalanan Sarawak dalam membina sebuah negeri yang maju, harmoni dan berdaya saing berlandaskan semangat perpaduan serta kepelbagaian.
Semoga sambutan Hari Sarawak 2026 terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh muafakat dan menjadi inspirasi untuk memperkukuh kemajuan negeri melalui pembangunan yang berteraskan kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan.
JKR Malaysia kekal komited memperkasa pembangunan infrastruktur yang berkualiti, selamat dan lestari demi menyokong kemajuan Negeri Sarawak serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026.
" Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai "
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Ke arah pembangunan yang lebih lestari, Penarafan Hijau JKR (pH JKR) diperkenalkan sebagai inisiatif bagi menggalakkan pelaksanaan projek jalan dan bangunan yang mengutamakan aspek kelestarian, kecekapan sumber serta kesejahteraan alam sekitar.
Melalui pH JKR, projek-projek yang memenuhi skop dan kriteria yang ditetapkan akan dinilai berdasarkan amalan pembangunan mampan, sekali gus menyokong aspirasi negara dalam memperkasa infrastruktur yang berkualiti, berdaya tahan dan mesra alam.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen JKR Malaysia dalam membudayakan pembangunan hijau dan memperkukuh penyampaian infrastruktur yang mampan untuk generasi kini dan akan datang.
Ketahui lebih lanjut mengenai objektif, skop pelaksanaan dan jenis pembangunan yang terlibat menerusi infografik ini.
Bersama kita membina infrastruktur lestari untuk masa depan yang lebih hijau.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
RUMUSAN & RESOLUSI PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK KERJA RAYA 2026
KOTA KINABALU, 20 JULAI 2026 โ Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya 2026 melabuhkan tirainya menerusi Sesi Rumusan dan Resolusi yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Datuk Seri Azman Ibrahim. Sesi kemuncak ini turut disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi, sebagai simbol komitmen berterusan kepimpinan Kementerian Kerja Raya dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memacu pembangunan infrastruktur negara.
Kemuncak program diteruskan dengan Sesi Menandatangani Resolusi Kolaborasi Strategik Kerja Raya 2026, yang mencerminkan iltizam bersama dalam memperkukuh sinergi, memperkasakan tadbir urus serta meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan sektor Kerja Raya.
Resolusi penting ini telah ditandatangani secara bersama oleh:
โช๏ธ Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya;
โช๏ธ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia;
โช๏ธ Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah;
โช๏ธ Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak; dan
โช๏ธ Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, yang merakamkan penghargaan kepada semua peserta, penganjur dan rakan strategik atas komitmen serta kerjasama sepanjang program, sebelum diteruskan dengan sesi bergambar sebagai simbol kesepakatan dan iltizam bersama dalam merealisasikan aspirasi sektor Kerja Raya.
Semoga segala resolusi yang dipersetujui menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih bersepadu, inovatif dan berprestasi tinggi, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memastikan pembangunan infrastruktur negara terus memberi manfaat kepada rakyat, memacu kemakmuran negara dan merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
KOTA KINABALU, 20 JULAI 2026 โ Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, telah menghadiri Sesi Executive Talk Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya yang bertemakan "Sinergi Keluarga Raya: Merangkum Resolusi 2025 dan Mengemudi Masa Depan Infrastruktur Negara" sempena Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia yang berlangsung di Le Mรฉridien Kota Kinabalu, Sabah.
Program berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia serta agensi-agensi di bawah KKR.
Turut diadakan beberapa sesi perkongsian strategik yang membincangkan pelbagai isu semasa, cabaran, inovasi dan amalan terbaik dalam pelaksanaan projek infrastruktur, sekali gus memperkukuh kerjasama serta perkongsian ilmu antara KKR, JKR dan agensi berkaitan.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara KKR, JKR dan agensi berkaitan melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik ke arah penyampaian infrastruktur yang lebih mampan, inovatif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak