Sehingga saat ini, Hms masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dakwaan pihak Isrl yang menyatakan mereka telah berjaya membunuh YS.
Semoga Allah melindungi YS dan para pejuang Plstn.
KESATUAN UMAT ISLAM DALAM IBADAH HAJI,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan selamat menjalani ibadah haji kepada bakal haji pada tahun 1445H ini.
KKM kena permudahkan saringan TB yg skrg ni sgt mahal utk IGRA jika KKM serious ingin sifar TB pada 2030. Juga kesedaran terhadap keperluan menjalani saringan TB @KKMPutrajaya
Banyak kes yang lewat mendapat rawatan kerana sangka mereka telah disihir @ disantau.
Gejala tibi memang tipikal gejala santau kerana individu akan batuk teruk sehingga berdarah. Waktu siang mungkin sihat seperti biasa, tetapi gejala demam mula muncul selepas maghrib.
Thread
“Terkadang kesedihan itu datang tiba-tiba untuk mengugurkan dosa kita, sebab istighfar kita tak cukup untuk menghapus dosa-dosa kita yang terlalu banyak.”
- Ustadz Abdurrahman Zahier حفظه الله
Beza antara ahli politik dan ahli agama ialah yg pertama mempengaruhi guna persepsi manakala yg kedua guna prinsip.
Itulah realiti setakat ini.
Persepsi berubah-ubah, sedangkan prinsip tidak.
Sebaiknya prinsip digunakan untuk memperbetulkan persepsi dan bukan sebaliknya.
Doa sewaktu rasa tidak sedap hati/tidak tenang :
حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Letak tangan kat dada, ulang banyak kali. Insya-Allah hati akan jadi lega. ❤️
Ayat al-Qur’an terakhir yang dilafazkannya sebelum meninggal dunia semasa menyampaikan Kuliah Subuh pagi tadi adalah:
وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
Maksudnya: “…dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadrat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. [Surah Ibrahim: 48]
Saya amat terkejut dengan pemergian sahabat lama saya, Ustaz Dr. Soberi Awang pada Subuh hari ini.
Dengan bentuk kematian yang berlaku, saya dengan sangkaan baik yang tinggi menganggap ia adalah petanda almarhum meninggal dunia dalam husnul khatimah.
Daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا عَسَلَهُ؛ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا عَسَلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ، ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Apabila Allah SWT menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka Allah memberinya ‘asal. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa maksud ‘asal dari-Nya?” Baginda bersabda, “Allah berikan taufiq untuk beramal soleh, kemudian Allah cabut nyawanya dalam keadaan itu (husnul khatimah).”
Riwayat al-Tirmizi (2132), Ahmad (12214), Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah (393) dan Abu Ya’la (3756). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan isnadnya sahih mengikut syarat al-Syaikhain.
Saya telah mengenali sosok tubuh almarhum Dr. Soberi ini sejak tahun 1990-an lagi ketika saya melanjutkan pengajian Sarjana di Damsyik, Syria. Kami mengenali beliau sebagai anak muda yang sentiasa bersemangat dalam dakwah, dan mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.
Hubungan kami bertambah rapat apabila beliau menjadi pensyarah di kolej UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson, bersama-sama saya.
Masih jelas di ingatan usaha saya, bersama-sama beliau dan juga al-Fadhil Ustaz Muhammad Nafis bin Berhan berhempas pulas memperjuangkan penubuhan program Diploma Pengajian Islam bagi Kolej UNITI. Alhamdulillah, ia kekal sehingga ke hari ini.
Persahabatan kami diteruskan lagi apabila kami berdua berpindah dan meneruskan kerjaya di @usim . Beliau kekal di sana dan saya meletakkan jawatan untuk berkhidmat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Seingat saya, pernah beliau hadir bersama-sama Prof. Dr. Aznan Hassan mewakili Majlis Ulama ISMA bertemu saya semasa saya masih menjawat jawatan Mufti.
Saya menjadi saksi bahawa beliau adalah seorang yang gigih dalam usaha dakwah kepada masyarakat serta amat mendalam ilmunya khususnya ekonomi Islam.
Sesungguhnya, kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
Atas nama persahabatan yang dibina sekian lama, maka saya mengambil keputusan menziarahi keluarga beliau dan jenazah almarhum di Hospital Shah Alam sebentar tadi.
Mewakili Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan seluruh warga USIM, saya menzahirkan ucapan takziah dan berdoa kepada Allah, semoga Allah menempatkannya bersama dengan para anbiya’, siddiqin, syuhada’ dan solihin.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Maksudnya: “Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya.”
Hamba Allah yg dicemburui ramai ni ayah mertua saya,
Almarhum amanahkan satu-satunya anak perempuan dia untuk sy jaga, dan rela melepaskan buah hatinya pergi jauh ke Mesir semata-mata menemani sy dlm pengajian Master di sini, utamakan kepentingan ilmu & org lain brbnding diri.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian al-Fadhil Ustaz Dr Soberi Awang. Beliau merupakan timbalan pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS).
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.
I've become less interested in politics; I no longer believe it has the power to bring about meaningful positive change.
Instead, I firmly believe that positive change starts with us, within our control. When each individual takes responsibility, a true leader naturally emerges.
In my 20 years of life, I have come to the realization that a person needs their FATHER more in adulthood than in childhood. Some people might disagree with me, but adulthood is the time when you need someone to support you, someone standing behind you, offering warm comfort 1/2
PRK Kuala terengganu diadakan sbb MP guna Dana/majlis negeri utk kempen. Mana2 kaw yg guna Dana / majlis persekutuan utk kempen PRN jgn lupa pegi report.
Dan awani x sambung atau tulis dlm berita "12 ogos nanti undi gelombang biru Dan merah".
Dah 2023, semua pihak merasa jadi kerajaan. Rakyat masih ditakuk lama kalau masih ikut lagi pangkah org bg dedak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi umum peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu sebanyak RM250,000 manakala RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri itu.
#AWANInews#6NegeriMemilih