Let the day go.
Youโve carried enough for one heart today.
Not everything needs to be solved tonight.
Let your mind rest.
A tired mind makes the future look heavier than it really is.
Tak semestinya pembuli kita dapat balasan.
Malah mungkin kita lihat mereka terus berjaya & bahagia.
Kita pula masih berjuang dengan trauma.
Tetapi itulah ujian dunia.
Di akhirat, kita & pembuli kita akan dapat keadilan sebenar.
Sementara itu, moga kita kuat & terus sembuh.
Youโre not behind.
You just keep looking at people who are on a different path from yours.
Slow down.
No one is rushing you.
Take your time. Youโre still becoming the person youโre meant to be.
Israel killed his mother and father.
Because of Israel, his leg was amputated.
Because of Israel, his left hand is now also at risk of amputation.
Donโt stop talking about Gaza.
Keenam-enam ilustrasi baru untuk Empayar 4 dah siap diupload! ๐ค
Kalau ada request/cadangan scene lain untuk saya lukiskan, bagitahulah. InsyaAllah saya usahakan.
Terima kasih sebab terus beri saya peluang untuk berkarya. Itโs been an honour doing this for you guys ๐
Umur yang panjang, dan kubur yang menepati sunnah.
Selain daripada topik berkenaan keturunan yang dikurniakan dengan kelebihan umur yang panjang, dalam Empayar 4 juga ada menyentuh tentang pilihan ketika penamat umur. Iaitu topik pusara yang menepati sunnah.
Dalam Empayar 4, Sastra meminta agar makam salah seorang tokoh agung yang baru syahid tidak diletakkan apa-apa binaan megah.
Malah, cukup sekadar sebuah batu sungai sebagai penanda untuk penziarah.
Boleh dilihat dalam latar belakang lukisan, terdapat binaan-binaan makam buat raja-raja dan pemerintah agung terdahulu di sebuah kawasan pusara diraja. Namun, Sastra tidak mahu hal itu dilakukan kepada tokoh yang seorang ini.
Bukan sahaja bagi mematuhi garis panduan kubur untuk tidak bermegah-megah, Sastra juga ingin mengelakkan risiko berlakunya amalan syirik.
Tokoh itu bukan sahaja berdarah keturunan raja yang disegani, malah ramai yang bersaksi kematiannya sebagai syahid.
Sastra bimbang, jika makam tokoh itu terlalu megah, rakyat yang datang menziarah akan mula melakukan hal yang melampaui batas.
Bermula dengan ziarah, rakyat akan mula mencium batu nisan atau binaan di kubur yang terlalu megah. Kemudian mula meminta-minta kepada orang yang telah mati kerana dianggap disegani dan mati syahid. Mulalah si mati itu dianggap sebagai wali. Tidak mustahil suatu hari nanti dibina patung untuknya lalu disembah.
Sastra memilih untuk mengelakkan semua mudarat itu.
Maka, satu batu sungai di bawah pohon tua yang rendang menjadi penanda makam tokoh tersebut. Tanpa sebarang hiasan yang nyata akan melanggar sunnah dan syariah.
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
๐ Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Legenda nenek yang bongkok dan nenek kebayan.
Ramai yang terkeliru menyangkakan dua jelmaan ini merupakan satu susuk yang sama. Ada yang tertukar-tukar antara kedua-duanya.
Hakikatnya, nenek yang bongkok dan nenek kebayan merupakan dua watak yang berbeza.
Nenek yang bongkok lebih berusia. Daripada watak itulah dikatakan lahirnya lagu rakyat, Nenek Si Bongkok Tiga.
Nenek kebayan pula lebih muda. Tidak bongkok seperti yang disalah sangka oleh kebanyakan orang. Malah nenek kebayan masih tegap dan kelihatan penuh bertenaga. Dipanggil nenek kerana memang hakikatnya usia jelmaan wanita itu sudah terlalu tua berbanding umur manusia biasa.
Persamaannya, kedua-dua jelmaan nenek ini dikatakan bukanlah manusia. Kedua-duanya dikaitkan dengan tokoh agung yang pernah masyhur di zaman dahulu. Hanya muncul di hadapan manusia yang terpilih sahaja.
Jangan risau, ini bukan cerita seram hahaha!
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
๐ Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Kisah di sebalik lagu Nenek Si Bongkok Tiga
Ilustrasi ini saya visualkan bagi menggambarkan salah satu adegan dalam buku Empayar 4. Iaitu adegan pertemuan Sastra dengan seorang wanita yang amat bongkok.
Dalam adegan ini juga, Sastra terdengar suara senandung di tengah hutan tebal mengalunkan irama lagu tertentu. Lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika bermain permainan Cari Cucu, bermain kejar-kejar. Lagu yang masyhur di seluruh Nusantara. Iaitu Lagu Nenek Si Bongkok Tiga.
Zahirnya kedengaran seperti lagu rakyat buat permainan kanak-kanak, namun pada liriknya juga dikatakan tersirat perkaitan dengan mahkluk ghaib yang digelar sebagai nenek si bongkok tiga.
Dikaitkan juga dengan saka, jin, syaitan dan sihir.
โNenek tua, banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti.โ
Jika diamati, lagu itu boleh difahami seolah-olah ada suatu lembaga (nenek) yang mencari calon yang sesuai (cucu) untuk diperturunkan saka atau ilmu sihir. Boleh jadi nenek itu jin atau syaitan, boleh jadi juga pengamal ilmu hitam.
Ada plot twist. Dikatakan juga dalam legenda masyarakat, nenek yang bongkok ini sebenarnya bukanlah watak yang jahat. Cuma, ia dimomokkan dengan unsur seram dan menakutkan dek kerana perincian sejarah sahih yang hilang.
Boleh jadi, nenek yang dimaksudkan dalam lagu ini benar-benar baik. Boleh jadi juga, ia memang jin atau syaitan yang ingin menyesatkan manusia.
Malah ada yang mengatakan nenek yang bongkok ini manusia biasa yang penuh ilmu dan hikmah, yang mendampingi para penguasa dan wira untuk membimbing mereka.
Tiada sesiapa yang benar-benar terbukti tahu akan kebenarannya. Hanya manusia yang terpilih sahaja akan โdicariโ oleh nenek yang bongkok ini. Tidak semua orang boleh ketemu dengannya.
Dikatakan juga, sebenarnya lirik yang masyhur dalam kalangan rakyat kebanyakan itu sebenarnya tidak lengkap. Jika dihayati lirik yang hilang itu secara menyeluruh, maka semakin jelaslah hakikat sebenar tujuan watak nenek yang bongkok tersebut.
Jadi, siapa sebenarnya nenek si bongkok tiga ini?
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
๐ Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf