Aku meluat bila orang asyik kritik kata eleh tolong Palestin je atau tolong Gaza je. Rakyat Malaysia sendiri miskin tak ditolong
Aku geram je
First sekali siapa kata kita tak tolong orang miskin kat Malaysia. Banyak gila NGO NGO Malaysia yang terlibat dengan Palestin tolong rakyat Malaysia waktu bencana alam waktu banjir. Hang je yang kalut tak membaca tak mencari
Kedua. NGO NGO Malaysia atau Kerajaan Malaysia tak pernah paksa sesiapa yang nak menyumbang untuk Gaza. Semua bantuan kebanyakannya melalui sumbangan dan ia daripada hasil sumbangan rakyat Malaysia yang ikhlas. Siapa nak sumbang sumbang siapa tak nak sedekah ikut hang. Takda sapa paksa takda sapa marah
Ketiga. Duk salahkan Kerajaan kata tak tolong orang miskin. Siapa kata. Bantuan Kerajaan Malaysia ke Gaza hanyalah sebanyak RM 200 Juta dan sebahagian daripada bantuan itu digunakan pulihkan Hospital Al Shifa di Utara Gaza dan bantuan lain lain. Itu sangat kecil berbanding bantuan Kerajaan kepada rakyat Malaysia khususnya orang miskin
Sejak 2021 lagi Kerajaan nak pastikan takda orang miskin tegar kat Malaysia.
Sebagai contoh. Tahun lepas. Ogos hingga Oktober 2024. Kerajaan berjaya hapuskan kemiskinan tegar untuk 15,017 keluarga atau sekitar 65.6 peratus.
Bermula Disember 2023 lagi 126,372 keluarga miskin tegar berjaya Kerajaan bantu keluar dari kemiskinan dalam masa 7 bulan. Sampai Julai mereka dah tak miskin tegar dah. Kadar Miskin tegar turun dari 0.2 peratus kepada 0.09 peratus
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli cakap Malaysia ada lebih kurang 211 bantuan untuk rakyat . Bermacam-macam jenis
Bantuan SARA. 2.2 Juta rakyat Malaysia dibantu dengan Kos RM 2 Bilion. Berapa untuk Gaza hanya RM 200 Juta
Bantuan keseluruhan untuk Sumbangan Tunai Rahmah dan SARA. RM 13 Bilion pada 2025 dan RM 15.3 Bilion pada 2026. 9 Juta orang rakyat Malaysia dibantu. Bantuan ke Gaza hanya RM 200 Juta
Bantuan Subsidi Budi RON 95 Madani. RM 800 Juta untuk 13.1 Juta pengguna pada bulan pertama pelaksanaan termasuk 23,000 Nelayan dan Petani dan pengguna bot berdaftar di Sabah dan Sarawak. Bantuan Gaza hanya RM 200 Juta
Aku boleh listkan banyak lagi bantuan kepada rakyat Miskin yang kerajaan buat. Tapi di atas cukup jadi bukti yang meskipun Kerajaan tolong Gaza. Kerajaan tak pernah lupa rakyat sendiri. Apa salahnya kerajaan nak bersedekah sedikit. Kita sendiri pun hutang rumah kereta banyak masih jugak sedekah kat Masjid Surau org susah. Sedekah tak pernah mengurangkan rezeki malahan tambah rezeki.
Ni baru Allah uji kita dengan duit. Allah tak uji lagi dengan kita bantu Gaza pergi perang. Hang ingat perang pakai tentera je tak pakai duit?.
Cukuplah rakyat Malaysia fikir jumud. Sebab tulah kena selalu follow perkembangan negara. Tgk Belanjawan. Tgk debat Parlimen. Jangan ikut taik politik
@BWFScore Senang sangat tengok reaksi& emosi Chentoh lepas juara dunia ni. Harap dapa kekal begini. Dan dapat revenge balik kt france nanti.. An se young pon dah revenge dgn yamaguchi
Remember when Saleh found that Palestinian boy lying on his mother’s grave at night?
He showed us their pain and strength, being our eyes and ears in Gaza. Through him, we felt their suffering and love. He inspired us all. What a beautiful soul. We’ll miss you, Saleh. 🌹💔😢
@oneandonlyzie@vermillonblue@BWFScore Pemerintah mana2 tak ada yang sempurna. Tp skrg bersyukur kita brada di Malaysia dari tengok negara luar lagi parah. Harap Indonesia baik baik shj lepas ini