Tukar maksud 8 perkataan ini agar tidak keliru kerana telah diguna sebagai nama parti politik😁
Bersatu kpd berpadu
Bersama kpd berserta
Pejuang kpd pembela
Amanah kpd tanggungjawab
Keadilan kpd kebenaran
Muda kpd remaja
Wawasan kpd masa depan
Warisan kpd khazanah dll
#BNJohor
Malaysia betul betul guna kuasa Diplomatik habis ni
Sbb minyak kena block kat Negara Arab
Malaysia skrg akan dapat minyak dan gas dari 5 negara Suriname, Kanada, Brazil, Turkmenistan dan Rusia
Dengan skrg Iran pun offer benda sama kat Malaysia
Inilah kelebihan bila kita baik dengan semua orang.
Saya sedar tiada manusia yang sempurna, dan masih ada kekurangan yang sentiasa saya muhasabah. Namun amanah ini tetap saya galas dengan seluruh jiwa raga, kerana setiap langkah yang diambil adalah demi memastikan masa depan bangsa dan tanah air sentiasa terbela.
18 𝘔𝘦𝘪 2026
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯
𝗡𝗶𝗸 𝗡𝗮𝘇𝗺𝗶 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢
The cycle of fragmentation is now complete:
1. Mahathir's deputy was sacked and formed PKR (1998)
2. Najib's deputy was sacked and formed Bersatu (2016)
3. Anwar's deputy left and rebranded an old party, Bersama (2026)
4. Muhyiddin's deputy was sacked & set to form new party too
Side By Side, Setia Atas Prinsip
Pada hari saudara Rafizi memaklumkan akan mengumumkan hala tuju beliau dan saudara Nik Nazmi pada esok, 17 Mei 2026 telefon saya tidak berhenti dari dihubungi rakan-rakan PKR samada pimpinan pusat, negeri mahupun peringkat cabang.. Hanya dua perkara disentuh.. Rakan pimpinan pusat meminta saya tidak bersama Rafizi manakala yang lain tanya jika boleh sertai..
Saya mengenali sosok Rafizi bukan baru malah seawal penglibatan saya dalam PKR.. Nak cerita panjang memang malas tetapi banyak sejarah saya dengan beliau dan ramai tahu saya berada dalam pasukan beliau dalam Pemilihan PKR 2018, 2022 dan 2025.. Dan ketika kempen Ayuh Malaysia PRU2022 saya menjelajah semenanjung bersama pasukan ini..
Saya setia bersama beliau bukan kerana sosok Rafizi tetapi idealisma dan prinsip yang dibawa.. Beliau konsisten dengan prinsip yang diperjuangkan dan saya suka kempen yang realistik berpandukan data..
Saya melihat pelaksanaan idea beliau yang membantu Pakatan Harapan menumbangkan rejim Barisan Nasional pada 2018 dan berjaya mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 2022.. Namun ya, satu 'idea' itu yang dulu mengangkat ramai pimpinan parti di kerusi empuk pemerintahan kini menganggap 'idea' ini sebagai ancaman..
Lagi 26 hari sahaja lagi maka genaplah 20 tahun perjuangan saya bersama Keadilan.. 20 tahu menabur keringat, airmata dan darah.. Dua penggal sebagai Ketua Cabang Tuaran.. Namun jika Jebat sanggup ditikam Tuah yang dipertahankannya dulu kerana menentang kezaliman, maka saya lebih rela bersama Jebat demi prinsip dan keadilan..
Maka esok apapun hala tuju yang saudara Rafizi umumkan, saya akan bersama beliau dan tidak akan berundur walau selangkah.. Biar hilang kedudukan, jangan hilang prinsip.. Bismillahi tawakkaltu alallah.. #tsr #RealReform
Tan Sri Azam Baki mengalirkan air mata ketika menyampaikan ucapan terakhir sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini.
#malaysiagazette#AzamBaki
Ucapan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung pada 18 November 1991 yang menyentuh berkenaan Raja-raja Melayu. Zaman ini kebanyakan pemimpin UMNO termasuk MB Selangor (menantu Sultan Selangor) ada krisis dengan Raja2 Melayu.
Dr. Muammar Ma'ruf, pendakwah dari Indonesia dan berceramah di Indonesia. Sangat fasih berbahasa Melayu, tak ada loghat Indon sedikit pun. Bahkan menggunakan istilah2 Malaysia. Tak sebut "mobil" tapi sebut "kereta". Walhal tengah berceramah di hadapan orang2 Indonesia 👍🏻❤️
Baca ni kalau nak selamatkan rumah tangga anda.
Lelaki sanggup korban kebahagiaan demi keluarga.
Perempuan sanggup korban keluarga demi kebahagiaan.
Lelaki dididik untuk tanggung.
Untuk pikul. Untuk diam dan buat.
Pergi cari duit buat kerja yang dia benci. Balik rumah penat. Gaji habis untuk bil dan anak. Dalam kepala dia, dia dah jalankan tugas.
Dia tak fikir untuk tanya isteri setiap malam, “sayang, you happy tak hari ni?” Sebab dalam framework dia, kebahagiaan bukan checklist harian.
Kebahagiaan datang dari membina sesuatu bersama, tahun demi tahun.
Tapi falsafah moden ajar perempuan benda yang berbeza.
Dia ajar kebahagiaan tu syarat.
Bukan hasil. Syarat untuk stay.
Kalau hari ni tak fulfilled, kau ada hak untuk fikir balik.
Kalau bulan ni tak rasa “seen”,
consider options.
Kalau tahun ni rasa kau dah grow lebih dari pasangan, dah tiba masa untuk angkat kaki.
Tak cakap ni jahat, cuma asymmetric.
Dua orang masuk dalam akad yang sama dengan dua set ekspektasi yang berbeza langsung.
Lelaki fikir, “ini kewajipan seumur hidup.”
Perempuan diajar fikir,
“ini patut buat aku happy.”
Bila perasaan happy fluctuates , dan dia akan naik turun sebab perasaan tu seperti cuaca…. Drama bermula.
Isteri hari ini dididik oleh internet, drama barat dan timur tanpa tapisan, influencer yang ajar “you deserve better”.
Dia tak salah dengar semua tu,
sebab dia normal.
Tapi suami kena counter dengan kehadiran solid.
Bukan cuma duit. Bukan cuma bil yang dibayar.Tapi masa.
Mata yang tengok dia bila dia cakap. Telinga yang dengar bukan untuk reply, tapi untuk faham.
Generasi atuk kita boleh melepasi model “kerja sampai mati, balik rumah penat, anak besar sendiri”.
Sebab isteri zaman tu kahwin dengan ekspektasi sama.
Mereka cari fulfillment dalam komuniti, keluarga besar, jiran.
Sekarang semua tu dah hilang. Dan beban emosi yang dulu dipikul secara kolektif, sekarang jatuh atas bahu satu lelaki sahaja.
Man to man.
Hadirkan diri buat pasangan anda sekarang bukan esok lusa.
It’s time for that deep talk.
Thanks me later.
Saya doakan yang baca sampai habis ni kekal sehingga akhir hayat dan bertemu kembali di syurga yang kekal abadi.
Amin.
P/S untuk perempuan
Kau tak boleh menuju kebahagiaan.
Sebab dia bukan destinasi. Dia bayang.
Dia hanya muncul bila kau berhenti kejar dia, dan mula berkorban untuk sesuatu yang lebih penting dari diri sendiri.
Yang kejar bayang, hilang dalam perjalanan.
Yang berkorban, jumpa dia tanpa sedar.
"There will be many viruses in the future. They create a virus and spread it around the world so capitalistic companies can make massive profits [off selling the vaccine].”
-- Gaddafi