Aku mungkin tak boleh cakap untuk pihak semua cikgu. Tapi isteri aku cikgu dan ada kawan-kawan cikgu.
Sebahagian cikgu sekarang bertambah pening bila sistem UPSR, PMR ini tak ada sebab ia ganti dengan sistem penilaian yang lebih membebankan.
Hang bayangkan, setiap topik dan sub-topik dalam satu subjek itu, cikgu kena bagi markah untuk setiap murid. Bayangkan satu murid untuk 20 topik misalnya. Jadi kena bagi markah untuk 20 topik. Itu belum sub-topik. Itu baru seorang dan satu subjek.
Piawai penilaian ini pun tak ada skema. Ikut cikgu sendiri.
Kadang nak bagi cantik atas kertas, pentadbir suruh bagi markah lulus je.
Dengar cerita, UPSR dengan PT3 nak dikembalikan semula. Baguslah. Budak-budak ni at least ada target nak dikejar.
Geli hati tengok orang tua yang bantah exam ni dikembalikan. Mesti diorang tak perform UPSR dengan PMR dulu 😂
BAYI SAYA DAH BOLEH MAKAN, TAPI NAK BAGI MAKAN APA?
Makanan pelengkap yang diberikan kepada bayi perlulah mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Pastikan bayi anda diberi makanan yang seimbang
Ini kes sebenar AKPK bantu turunkan bayaran bulanan bank. Dapat kurangkan komitmen RM1,000 sebulan.
Bagi yang hadapi masalah kewangan, rujuk je AKPK. Mereka boleh bantu. Percuma!
Orang kita malu nak jumpa AKPK. Ego yang akhirnya membawa muflis.
@imranwashere Di sekolah, sepatutnya yang ajar pendidikan jasmani adalah guru yang ada background sukan. Tapi itu lah, ini lah subjek yang paling tak dititikberatkan di sekolah.
setiap kali service perodua aku boleh jimat rm200. caranya?
lepas depa keluarkan invois, kalau tengok banyak sangat harganya, aku akan cakap " saya nak yang ada dalam website sahaja"
lepas tu, terkulat-kulat akak tu reprint balik invois baru. selagi dia print apa yang ada dalam website, selagi tu aku refuse to sign any form.
masalahnya benda yang dia tambah tu adalah sebelum inspection. kalau belum inspect, kenapa perlu tambah macam-macam?
lainlah lepas inspect, dia cadangkan untuk repair sekian-sekian. which mostly aku xkan repair dekat situ sebab depa markup kawkaw.
lepas tahu ada yang perlu di servis, aku akan pergi dekat bengkel yang aku percaya.
Esok hari Jumaat.
Ketika khatib duduk antara dua khutbah dan selepas Asar sampai Maghrib ialah waktu mustajab doa.
Harap seluruh Malaysia sama-sama doakan:
Semoga semua yang bersuhbahat dalam kes simbah asid kepada Faisal Halim takkan hidup tenang sampai mereka mampus.
Ajaib dunia hari ini. Membunuh beribu jiwa, kemudian hanya kata "tersilap". Tetapi tetap juga ada yang mengaku 'manusia' menyatakan sokongan mereka bersama zionis.
Moga Allah melaknat zionis, Netanyahu dan konco mereka.
Israeli occupation forces massacred nearly a hundred innocent civilians who took refuge in Rafah, thinking it was safe. This is genocide!
#RafahUnderAttack#RafahMassacre
@__fatihahh Haha, dengan anak ni kena reverse psychology. Boleh jawab macam ni balik
“Memang mama kena elak sebab bersepah. Cuba kalau kemas, bersih agak agak senang tak mama jalan? Perlu elak tak?”
Jawapan ikut kreativiti mommy tapi kena tanya dia soalan yang boleh buat dia berfikir.
Saya tak nafikan jaga anak lebih dari seorang ni emosi kita akan bertukar sebab saya pun mama to 2 kids.
But then, kita kena reflect diri juga macam mana kita minta tolong atau bagi arahan pada dengan anak.
Contoh beza arahan dan suruhan:
“Pergi kemas mainan tu, kalau tak mama buang!”
“Alamak sepahnya mainan kakak. Kalau adik ambik lepas tu termakan, macam mana? Nanti adik sakit. Boleh kakak tolong mama kemas mainan? Ajak adik kemas sekali okay”
Nampak perbezaan?