@gajuspedas@osman_EX5Hitam Balik kampung paling sadis. Orang tanya kerja apa- jwb kerja kilang trus fikir slek. Dia ingat dlam kilang ade operator je gamaknye.
PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT
โโโAwas, penulisan ni panjang. Sengaja aku nak post jugak utk simpan di Twitter aku sebagai rekod utk rujukan masa depan. โโโ
Hari ni hari pengundian. Hari ni menentukan pimpinan mana yg akan berada di barisan hadapan utk mendepani PRU-16. Sebagai ahli parti yg takde kepentingan apa-apa dalam parti, aku cenderung menyokong @rafiziramli tanpa sedikit pun menafikan sumbangan besar NIA. Kenapa? Ok ni sudut pandang aku.
PASCA-LANGKAH SHERATION
Pasca-Langkah Sheraton, Keadilan ambil langkah tegas memecat Kartel Azmin utk bersihkan parti drpd pengkhianat. Keadilan pd waktu tu sgt lemah. Sejak aku menganggotai parti ni, itulah detiknya aku saksikan sendiri Keadilan berada pd tahap yg paling barai. Aku tertanya-tanya, adakah impian nak tgk Anwar jadi PM boleh dicapai atau tidak. Tgk pd umur beliau pun, masa dah tak byk. Mcm mana parti nk hadap PRU15 dlm keadaan yg barai tu? Kalau ikut NIA, kita perlukan dua PRU lagi utk Anwar jadi PM. Maksudnya, PRU17 baru Anwar dpt jadi PM.
๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐
Banyak perkara yang ditimbulkan kebelakangan ini, untuk memberi alasan kenapa saya perlu dikeluarkan dari kepimpinan kanan KEADILAN, adalah tidak bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.
Terkini, tohmahan kononnya Nurul Izzah bertanding kerana saya akan meletakkan jawatan dan telah mengosongkan pejabat.
๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐๐ถ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ:
๐ฎ๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ YAB Presiden menasihatkan supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden di pelancaran bersama Mesyuarat Agung Tahunan PKR Selangor. Beliau meminta saya diberi laluan mudah.
๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden meminta saya kekal bertanding sebagai Timbalan Presiden. Beliau hadir ke acara rumah terbuka Kementerian Ekonomi.
๐ญ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Pemilihan cabang berlangsung bagi minggu kedua. Keputusan pelik (termasuk badan tanpa kepala, undi hilang) memuncak dan pola keputusan menunjukkan sesuatu tidak kena.
๐ฎ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Sdr Saifuddin Nasution Ismail datang berjumpa di pejabat saya dan kami berbincang lebih 4 jam. Saya maklumkan ada gerakan yang mahu saya tidak lagi menjadi Timbalan Presiden. Saya maklumkan saya terbuka untuk tidak bertanding, sekiranya itu menghentikan kekacauan yang berlaku. Saya nyatakan tidak ada keperluan untuk menggoncang kestabilan parti dan kerajaan hanya untuk mengeluarkan saya. Saya juga akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi kerana prinsipnya mestilah pimpinan parti yang dipilih yang menganggotai Kabinet.
๐ฎ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Saya nyatakan perkara yang sama kepada beliau. Beliau tidak bersetuju. Beliau memaklumkan aduan-aduan mengenai sistem dan keputusan di peringkat cabang akan dibincangkan di dalam MPP Khas yang telah dipanggil keesokan hari.
๐ฎ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP Khas berlangsung dalam keadaan tegang dan menemui jalan buntu. Mesyuarat berakhir tanpa ada sebarang persetujuan yang jelas mengenai aduan-aduan.
๐ฎ๐ฐ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Oleh kerana tiada jalan penyelesaian yang jelas diputuskan oleh MPP Khas, saya membuat keputusan mengambil cuti untuk berjumpa seberapa banyak cabang yang tidak berpuas hati. Surat memohon bercuti dihantar kepada YAB Presiden. Surat hanya memohon cuti, tidak timbul soal meletak jawatan atau tidak bertanding kerana saya akur dengan permintaan YAB Presiden sebelum itu untuk saya kekal bertanding.
๐ฎ๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden menelefon dan mohon berjumpa. Saya mohon untuk saya selesaikan perjumpaan saya dengan akar umbi dan bersetuju berjumpa pada 30 April.
๐ฎ๐ต ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP bersetuju untuk mengadakan audit bebas ke atas sistem dan keputusan pemilihan di peringkat cabang, untuk mengatasi masalah defisit kepercayaan kepada sistem menjelang pemilihan pusat.
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Beliau sekali lagi mengulangi permintaan untuk saya mempertahankan Timbalan Presiden dan kekal dalam kabinet. Saya menyatakan pandangan saya bahawa sesiapa yang menang Timbalan Presiden mestilah mewakili parti dalam kabinet dan saya wajar menarik diri jika kalah. Jika tidak, PKR dilihat tidak berbeza dari parti lain yang berkisar mengenai kedudukan dalam kerajaan.
๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kenyataan-kenyataan media yang disusun oleh individu tertentu (sebahagiannya adalah Setiausaha Politik PM sendiri) mula keluar untuk menunjukkan saya ditolak ketua cabang dan pimpinan kerajaan dari PKR. Kenyataan-kenyataan ini menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah.
๐ณ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Dalam satu kenyataan media, saya mengesahkan saya akan bertanding dan mengalu-alukan penyertaan calon lain.
๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden. Nurul Izzah tetap bertanding walaupun tahu bahawa saya akan mempertahankan jawatan.
๐ญ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kempen HIRUK bermula.
๐ญ๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saudara Saifuddin memohon untuk saya pertimbangkan permintaan Nurul Izzah untuk berjumpa dengan saya.
๐ฎ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saya berjumpa Nurul Izzah dan Saifuddin di rumah Saifuddin. Inti pati perbincangan akan saya ulas di perenggan seterusnya.
Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah mendraf surat meletak jawatan, atau menyatakan tidak akan bertanding. Alasan yang diberikan konon Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar. Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh YAB Presiden sendiri.
Saya juga tidak pernah berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini. Selepas bercuti selama 4 hari untuk berjumpa dengan akar umbi, saya kekal menjalankan tugas menteri seperti biasa.
Jika benar Nurul Izzah bimbangkan kekosongan jawatan Timbalan Presiden, Saudara Saifuddin boleh sahaja bertanding sebagai timbalan. Lebih mudah, Nurul Izzah boleh berhubung dengan saya untuk mengesahkan, seperti mana beliau sering berhubung di tahun-tahun 2021 dan 2022 untuk memujuk saya kembali aktif ke arah persediaan PRU2022.
Dalam pertemuan terakhir pada 20 Mei, Nurul Izzah sekali lagi merayu kepada saya untuk membantunya selepas pemilihan parti. Ada gambaran beliau menawarkan jawatan kepada saya. Saya nyatakan di awal perjumpaan saya tidak berminat dan akan menghormati keputusan pemilihan.
Alasan yang diberikan ialah kebimbangan beliau dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat bakal menimbulkan masalah kepada YAB Presiden dan parti. Secara jelas, beliau berkongsi kebimbangan mengenai niat mereka, rekod mereka, amalan politik mereka dan kesannya kepada parti.
Inilah sebenarnya jawapan kepada soalan โAda Apa Dengan Hiruk?โ
Saya tidak pandai bermuka-muka. Saya diketahui di dalam dan luar parti yang saya tidak selesa dengan beberapa kumpulan, yang pada pandangan saya, tidak menggambarkan reformasi politik yang dibawa PKR. Amalan mereka banyak berkisarkan wang dan keghairahan mereka untuk mendapatkan jawatan bertentangan dengan janji reformasi yang dibawa parti.
Saya konsisten menolak mereka.
Atas alasan ini, saya dituduh ego. Setiap kali ada pemilihan, kumpulan ini bekerjasama untuk menolak calon-calon yang tidak mengamalkan perkara yang sama.
Saya dituduh memburukkan parti apabila mengkritik amalan-amalan ini secara terbuka.
Akhirnya, setelah kumpulan-kumpulan ini diyakini akan membarisi kepimpinan baru PKR, saya juga yang dirayu untuk melawan mereka di dalam parti.
Jika Nurul Izzah bimbang mengenai amalan mereka, Nurul Izzah sepatutnya tidak bersekongkol dengan mereka demi untuk menang jawatan Timbalan Presiden.
Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau selepas ini. Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.
Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.
#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025
ROBIN HOOD
Setiap Perdana Menteri kita perlukan dana untuk berkuasa. Itu no brainer. Hari ni kita imbas sejarah bagaimana semua PM kita kumpul dana untuk memerintah Malaysia.
PM1- Tunku Abdul Rahman
Dari negara yang dijajah pada mulanya, hasil buminya yang melata diambil orang berkurun lama.
Bila nak merdeka, kita start dengan zero ya. Maka 3 sekawan dari berlainan bangsa, Tunku bersama Tun HS Lee and Tun Sambathan gerakan misi kemerdekaan.
Untuk tampung perbelanjaan, Tunku jual rumah dan harta pusaka, mohon sumbangan Raja Melayu juga. Kawan2 berlainan bangsa meminta kepada taikun dan orang kaya. Ada juga tercatat dalam sejarah, Melayu bangsawan bergodok bergadai emas dan berlian untuk menuntut kemerdekaan.
Itu sumbangan mereka yang termeteri sepanjang zaman.