Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut ( NFA)
OLEH MYNEWSHUB
KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kertas siasatan berhubung kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, yang ditemui maut di sebuah asrama di Kok Lanas, Kelantan pada 2013, telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) selepas siasatan menyeluruh gagal menemukan bukti mengaitkan mana-mana individu dengan kematiannya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata AGC telah meneliti semula kertas siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu, termasuk menjalankan siasatan lanjut berdasarkan naratif dan dakwaan yang dikemukakan oleh keluarga mangsa.
Menurut beliau, sepanjang siasatan, polis telah merakam keterangan daripada 84 saksi, manakala 45 sampel DNA dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia.
"Hasil siasatan yang komprehensif mendapati tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan mana-mana individu lain dengan insiden kematian si mati.
"Selepas meneliti keseluruhan keterangan yang diperoleh, tiada petunjuk yang dapat mengaitkan mana-mana individu dengan perlakuan sesuatu kesalahan. Oleh itu, kertas siasatan ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," katanya dalam surat pemberitahuan bertarikh 3 Julai, yang diterima peguam mewakili keluarga mangsa pada Isnin.
Dalam surat sama, AGC turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan yang dialami.
Kes kematian Wan Ahmad Faris sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas pelajar Tingkatan Empat dari Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas itu ditemui tergantung di dalam tandas asrama pada Disember 2013.
Laporan bedah siasat ketika itu mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut tanpa unsur jenayah.
Bagaimanapun, pada Jun 2016, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Wan Ahmad Faris berpunca daripada perbuatan seorang atau beberapa individu yang tidak dikenal pasti.
Susulan perkembangan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada Ogos 2025 mengesahkan polis membuka semula siasatan bagi meneliti semula kes berkenaan.
Bagaimanapun, selepas siasatan semula dijalankan, AGC memutuskan tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan mana-mana individu dengan kematian pelajar tersebut, sekali gus mengklasifikasikan kes itu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).-MYNEWSHUB
Bagus abg cina lagi sorang lebih bermasyarakat dan bertoleransi dalam hidup majmuk. Ingat mengingati amalan mulia. Terima kasih rakyat malaysia tak kira apa kaum, kita menjaga adab dan menjaga toleransi sesama kita 👍🏼👏🏼
LELAKI CINA BAWAK ANJING DI TEMPAT HALAL RNR, DITEGUR LELAKI CINA LAIN 😡🖕
Bukan setakat anjing je tak boleh, kucing pun tak boleh. Sebab it’s a food and beverage area. Boleh contaminated.
Kan ada sign kata no pets allowed selalu.
Apa pun salute bro cina tu tegur
#KiasuWatch
Hari terakhir Ammar Naqib kesayangan mama di MRSM Muar…
Berapa ramai lagi anak yang perlu menjadi mangsa sebelum isu buli di asrama dipandang serius?
Anak saya telah berhenti MRSM kerana didakwa tidak boleh focus belajar.
Dengan berat hati sy tunaikan permintaan ank untuk keluar dari asrama.
Setelah semua urusan selesai, baru anak maklumkam perkara sebenar.
Anak sy dibuli fizikal, di tumbuk di dada, di terajang di dada dan di siku oleh pelajar2 senior form 5.
Ada kawan2 lain juga mangsa buli mendiamkan diri kerana takut.
Berapa ramai lagi yang akn menjadi mangsa buli?? Sehingga terpaksa mengundurkan diri.
Saya hanya menuntut satu perkara: siasatan yang telus, keadilan untuk mangsa, dan tindakan sewajarnya jika benar berlaku salah laku.
Mohon perhatian YB Datuk Dr. Asyraf Wajdi.
Suara seorang ibu ini bukan untuk sensasi, tetapi demi keselamatan anak-anak di institusi pendidikan.
TRIGGER WARNING!!!
Penderaan kanak-kanak dipercayai dilakukan oleh bibik.
Video ini viral dalam group pembantu rumah.
Tidak diketahui di mana....dan bila ia berlaku
Çin'de dehşet veren bir olay yaşandı!
İki kız öğrenci, bir arkadaşlarını çatıdan atarak intihar süsü vermeye çalıştı. Korkunç girişim, bir öğretmenin olayı son anda fark etmesiyle engellendi
@remos_inspektor Sebab ni je. Lain kali jangan hina kelab lain ambik dana kerajaan negeri. Tapi kelab kau lagi hina rembat duit federal.🤣🫵🏻
Jangan lupa jilat kata-kata ni. 👅
An American revert who converted to Islam from Christianity reads Surah Fatiha with his kids in the car. ☪️❤️
Incredible how quickly they learned the chapter and can read it fluently ❤️🩹
@kamaghul Kesian dia…jangan macam tu sekali. Salah memang salah dan berdosa, jangan Malukan dia. Kesian dia pun perempuan jugk yg mungkin dah ditipu dan tertipu. Moga mereka dpt taufik dan hidayah, bertaubat sementara masih punya nafas