KKDW DAN NADMA AKAN SELARAS DAN SEGERAKAN BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT PARLIMEN SEKIJANG
Senggang masa di Parlimen tadi saya ambil masa berjumpa dengan YAB @DrZahidHamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan juga Menteri yang bertanggungjawab terhadap Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Terima kasih saya ucapkan kerana beliau sempat meluangkan masa dalam kepadatan jadual untuk berjumpa bagi membincangkan beberapa isu yang terkait dengan Parlimen Sekijang.
Saya maklum kepada YAB TPM berkenaan kejadian ribut yang berlaku di Sekijang dua hari lalu. Alhamdulillah, beliau beri jaminan bahawa @kkdw_gov dan @mynadma akan selaras dan segerakan bantuan yang sepatutnya kepada mangsa.
Antara perkara lain yang dibincangkan adalah berkaitan persediaan menghadapi cuaca tidak menentu di daerah Segamat, khususnya di Parlimen Sekijang termasuk potensi banjir di mana ada keperluan untuk menilai pembinaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang lebih selesa.
Selain itu, saya juga turut bangkitkan berkenaan pembinaan jambatan yang menghubungkan FELDA Medoi dan FELDA Kemelah yang memerlukan tindakan segera dari pihak KKDW.
Secara tuntasnya, perbincangan sebentar tadi adalah positif untuk kemaslahatan rakyat di Parlimen Sekijang.
#DrZ
#DemiSekijang
#MalaysiaMADANI
RM2.913 Juta duit zakat NAFAS dihabiskn utk pgrm politik tahun 2016, 2017, 2018.
Duit itu sepatutnya diberikn kpd lebih 900 ribu anak ahli peladang nak masuk U saat pengilang cekik darah turunkn harga belian padi kpd RM1,400, penipuan benih padi sah, baja & racun oleh kartel
KONTEKS
Ada kawan baik saya (peminat Duck) text semalam. Dia tak paham, kenapa orang marah dengan Vivy dan FV. “Biasalah tu, risiko pelaburan. Kadang hit and miss. Orang lain pun rugi juga”
Sebab saya ni membesar di kampung, dia di Subang dan Damansara, worldview kami berbeza. Dulu di Uni, bila tiba hujung bulan, saya dah start cari Maggi. Dia seperti lazimnya, boleh lagi layan McD. Beza saya borderline B40 dan dia T20.
Selalu benda2 macam ni, saya kena bagi konteks sikit. Ini konteks saya bagi dia semalam. Kenapa kes FV and Vivy ini lain maciam orang marah.
1. Di kala Kerajaan kata hutang negara tinggi, subsidi satu2 kena tarik lagi. Ada antara kita yang kena bayar harga petrol penuh tahun depan. Dapat pula tahu ada set T10 dapat RM47juta duit Kerajaan, rugi pulak senang2 dimaafkan. Tu nescaya la mengundang makian.
2. Dalam kata menerima pelaburan duit Kerajaan, lifestyle si penerima pula super kayangan. Kita faham dia bukan jual produk sgt, she’s selling her lifestyle. Tapi konteks nya, Kerajaan melabur berpuluh juta dalam syarikat nya. Rugi memanjang sejak mula2. Tapi yang ditonjolkan dalam media, bukan sgt produk sendiri. Tetapi segala macam barangan kayangan yang harga ribu riban. Ada handbag yang capai ratus ribu ringgit. Of coz orang akan mengungkit.
Dah jadi macam MO founder komestik timbang kilo pula. Beza nya demografik dan taste sahaja. Founder lain mungkin tunjuk duit berkepuk dan gelang emas Wonder Woman sampai ke lengan. Vivy cukup dengan baby blanket Hermes dan beg Berkins.
3. Dalam kata dia Entrepreneur berjaya, boleh bagi kelas pula. Dia dapat dana Kerajaan untuk perkasakan bisnes FV dalam talian, dia pilih untuk buka kedai fizikal. Di KLCC dan BV dengan mewah sekali. Bila trend terkini orang tak beli di kedai lagi. Dia akui dia silap percaturan, berkembang terlalu cepat. Ambil pekerja ramai2. Sebagai orang yang dah boleh bagi kelas nak meniaga, bukankah itu cardinal sin paling major? Jangan kembangkan niaga tak ingat dunia.
*****************
Saya bagi 3 konteks je dulu, untuk dia hadam. Last2 baru dia faham.
Yer, dunia orang kayangan dan orang di jalanan berbeza. Tapi tak bermakna kita tak boleh bertanya dan bersuara. Tambah bila dana datangnya dari rakyat biasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Tidak timbul isu PMX terima maaf atau tidak. Apa yang disebut PMX ialah beliau "terima baik" permohonan maaf yang dibuat, dan ternyata tidak mengenepikan malah mengubah fakta bahawa negara telah menanggung beban kerosakan yang besar akibat skandal 1MDB.
Justeru, segala hujah yang cuba mempertahankan kecurangan tersebut telah dipadamkan melalui permohonan maaf oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak.
No one is above the law. Proses keadilan harus dan mesti ditegakkan.
Alhamdulillah, Republik Indonesia (RI) secara rasmi telah menerima dan menyaksikan pelantikan Presiden dan Naib Presiden RI yang baru iaitu Jeneral (B) Prabowo Subianto serta Gibran Rakabuming Raka di sidang Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Senayan, Jakarta.
Saya hadir dalam majlis yang penuh bermakna dan penting ini dalam konteks tinta sejarah demokrasi Indonesia serta perkembangan politik serantau selain sebagai tanda penghormatan buat bangsa Indonesia.
Insya-Allah, Malaysia akan terus menjadi rakan strategik Indonesia selain meningkatkan jambatan rasa dan ikatan persahabatan kedua negara bersaudara ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden RI ke 7, Bapak Joko Widodo atas sumbangan dan kerjasama yang beliau terus hulurkan kepada Malaysia sepanjang beliau menjadi Presiden mulai 20 Oktober 2014 hingga 20 Oktober 2024.
Dengan perjalanan panjang politik Bapak Prabowo Subianto dengan segala tantangan dan mehnah yang dilalui, saya yakin beliau akan berkhidmat sepenuh hati serta akan turut sama dengan Malaysia membangun kerukunan dan mengangkat martabat dan harkat rantau ini ke tingkat yang lebih baik.
#MalaysiaMADANI
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelajar UiTM Dungun yang kembali ke rahmatullah malam tadi.
Kes yang sangat menyayat hati dan saya sendiri terkesan akan kejadian ini.
Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya.
Saya menyambut baik pengumuman oleh satu lagi syarikat gergasi teknologi dunia Oracle, terkait pembukaan pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah US$6.5 bilion.
Keputusan Ini mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat-syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau.
Kejelasan dasar dan pendekatan kerjasama strategik yang dilaksanakan Kerajaan MADANI telah berjaya menarik pelaburan daripada syarikat teknologi utama dunia seperti Amazon Web Services, Microsoft, Google dan terkini Oracle. Keseluruhan projek yang diumumkan oleh syarikat-syarikat ini sehingga kini melibatkan pelaburan keseluruhan yang dianggarkan bernilai US$16.9 bilion (RM70.3 bilion).
Penting bagi tenaga kerja dan syarikat tempatan merebut peluang sebaiknya daripada pelaburan-pelaburan ini. Dalam beberapa siri perbincangan bersama pelabur termasuk pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersebut, saya tekankan kepentingan perluasan manfaat jangka panjang kepada Malaysia, termasuk pembangunan pusat kecemerlangan, fakulti AI dan pemerkasaan kumpulan masyarakat.
Saya yakin dengan sokongan semua pihak, matlamat dan sasaran Ekonomi MADANI akan dapat dicapai, Insya-Allah.
==================
I welcome the announcement made by another global technology giant, Oracle, to open their first public cloud center in Malaysia with an investment amounting to US$6.5 billion.
This decision reflects the confidence and commitment of global companies in Malaysia's potential as a regional gateway for cloud infrastructure and supporting the growth of the regional artificial intelligence (AI) ecosystem.
The clarity of policies and strategic cooperation approach implemented by the MADANI Government has successfully attracted investment from the world's leading technology companies such as Amazon Web Services, Microsoft, Google and most recently Oracle. The entire project announced by these companies so far involves an estimated investment worth US$16.9 billion (RM70.3 billion).
It is important for local workforce and companies to seize the best opportunities from these investments. In a series of discussions with investors including the top management of these companies, I emphasized the importance of expanding long-term benefits to Malaysia including the development of centers of excellence, AI faculty and the empowerment of community groups.
I am confident that with the support of all parties, the goals and targets of MADANI Economy will be achieved.
#MalaysiaMADANI
Semalam saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi membaikpulih pasar ikonik Siti Khadijah di Kota Bharu. Sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan sebelum ini. Insya-Allah, saya akan pastikan ia siap mengikut jadual dan para peniaga dapat berniaga dengan selesa.
#MalaysiaMADANI
Malaysia strongly calls on all parties in the Middle East to urgently de-escalate the heightening tensions that are destabilising the region.
The continued aggression and attacks by Israel in Lebanon, Syria and Yemen are deliberate attempts to divert the global community’s focus from its brutal atrocities and acts of genocide against Palestinians in Gaza and the West Bank. This escalation is plainly aimed at keeping Israel’s current political leaders in power and out of prison, sacrificing innocent lives at the altar of one man’s political career.
We must urgently prevent a dangerous cycle of action and reaction, which threatens to draw even more parties into the conflict, further deepening instability and broadening the scale of destruction.
Malaysia urges all concerned parties to take immediate action to reduce hostilities and establish conditions necessary to prevent a broader regional conflict from erupting.
Photo: AFP
Saya seterusnya mengadakan tinjauan bagi melihat perkembangan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha (20JLH) Fasa 2 dan Sistem Agihan di Belakang SK Pasir Hor, Jalan Pasir Hor, Kota Bharu.
Dalam sesi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), saya dimaklumkan bahawa tahap kemajuan projek yang bernilai RM54.9 juta ini berada pada tahap 13%.
Insya-Allah, projek yang akan siap pada 2026 ini dijangka dapat meningkatkan liputan bekalan air terawat kepada rakyat di sekitar Kota Bharu.
#MalaysiaMADANI
Usai Istiadat di Istana Negeri, Kubang Kerian, saya langsung ke Pasar Besar Siti Khadijah bagi bertemu para peniaga dan warga Kelantan.
Saya zahirkan penghargaan kepada komuniti peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah dan menyentuh keperluan untuk membangunkan lokasi ini sebagai hub ekonomi utama masyarakat setempat khususnya bagi penduduk Kota Bharu.
Untuk itu, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi kerja-kerja pembersihan, membaik pulih bumbung dan tandas, mengecat bangunan Pasar Besar Siti Khadijah serta kerja-kerja pendawaian elektrik.
Saya percaya proses naik taraf mercu ikonik negeri Kelantan ini mampu memberi manfaat kepada semua peniaga dan para pengunjung.
Dalam kesempatan sama, saya turut umumkan Kerajaan MADANI memperuntukkan RM8 juta bagi menampung kos projek membina dan menyiapkan Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim. Peruntukan ini akan disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.
Insya-Allah, saya dan rakan-rakan pimpinan akan terus bekerja keras serta bekerjasama membantu rakyat negeri Kelantan.
#MalaysiaMADANI
Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V atas pengurniaan Darjah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan. Alhamdulillah.
Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat.
Dirgahayu Tuanku!
#MalaysiaMADANI
Ketika meluncurkan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini, saya singgung pertikaian mengenai keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan di negara ini sejak puluhan tahun lalu.
Umpamanya Dasar Ekonomi Baru yang diluncurkan pada 1971 dengan inisiatif yang secara langsung membasmi kemiskinan dan menstruktur masyarakat. Namun tiga tahun kemudian tercetus peristiwa Baling di mana
kelompok termiskin dalam negara bangun membantah berikutan pelaksanaannya dianggap tidak sampai pada maksudnya.
Peristiwa ini harus menjadi kejutan dan tamparan untuk menyedarkan golongan elit penguasa, elit ekonomi, penjawat awam, masyarakat sivil dan peniaga bahawa dasar yang diputuskan harus menyantuni dan menyelesaikan masalah rakyat di akar umbi.
Saya turut menegur wacana dan forum ekonomi anjuran pelbagai pihak yang jarang sekali membicarakan perihal permasalahan kemiskinan rakyat secara serius sedangkan ia amat mengesankan negara, khususnya golongan rentan yang dianggap tercicir dan terpinggir daripada arus pertumbuhan perdana.
Terkadang pelaksanaan inisiatif membasmi kemiskinan itu tidak membantu memerdekakan rakyat miskin dari segi ekonomi, sebaliknya hanya cukup untuk mereka meneruskan hidup dan perlu terus bergantung kepada penguasa, sekali gus mewujudkan sindrom kebergantungan seperti yang diungkap tokoh ekonomi Samir Amin.
Kerana itu Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang tidak sekadar tertumpu pada dana, sebaliknya memberi ruang untuk rakyat bekerja, membebaskan diri dari kancah kemiskinan dan tidak lagi bergantung pada bantuan.
Saya turut bicarakan soal pengagihan subsidi yang perlu diteliti semula supaya lebih adil dan saksama, terutama dalam bidang pendidikan sama ada di sekolah mahupun universiti kerana kaedah agihan semasa lebih menguntungkan golongan kaya.
Usaha merungkai masalah kemiskinan juga tidak semestinya hanya tertumpu pada soal ekonomi semata-mata, seperti mana pandangan Pendeta Za’ba yang mentafsirkan isu kemiskinan dari segi kemiskinan harta, kemiskinan ilmu dan kemiskinan budi pekerti.
Saya yakin dan percaya Malaysia mampu bebas daripada kemiskinan tegar dalam masa yang singkat jika semua agensi yang memikul amanah besar ini berupaya merangka dasar yang lebih menyeluruh, di samping bermuhasabah bagi menghentikan kebocoran, ketirisan dan pembaziran.
#MalaysiaMADANI
Kamu panggil PMX @anwaribrahim abang non je ye. Tumbang 2 kali PRU 14 & 15 di tangan MP Amanah. Di Selangor yang MB dari @KEADILAN pun kamu ada 2 kerusi je, masih rasa layak nak cerita soal layak @NurJazlan ?
https://t.co/2GjHrgRlye
BUDAYA BROTHERHOOD PAKISTAN
Mmg lelaki di Pakistan ni sejenis brotherhood kalau dia rapat mrk akan pegang tangan mcm org perempuan kita jenis suka sifat mcm ni.
Masa pergi Kashmir, mmg terkejut tengok lelaki sana jumpa geng pegang tangan mcm nilah. TG explain itu budaya mrk 😊
Alhamdulillah, selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Pakistan, Nur Khan malam tadi dalam Lawatan Negara sehingga Jumaat bagi mengukuhkan lagi hubungan 67 tahun Malaysia-Pakistan yang telah terjalin ke tahap lebih lebih baik.
Usai tiba, saya dan delegasi disambut rakan sejawat Shehbaz Sharif dan peluang itu digunakan bagi menyatakan penghargaan di atas jemputan yang akan membuka lembaran baharu hubungan diplomatik kedua-dua negara selain mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor di masa hadapan.
Moga segala yang diatur pada lawatan ini akan berjalan lancar dan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk turut membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa.
-
Arrived in Pakistan Air Force Base, Nur Khan, Pakistan last night on a State Visit until Friday, aimed at deepening the longstanding 67-year friendship between Malaysia and Pakistan.
This visit, graciously extended by my esteemed counterpart Shehbaz Sharif, holds the promise of ushering in a new era of diplomatic collaboration and fostering a comprehensive agenda for multi-sector cooperation between our two nations in the years ahead.
#MalaysiaMADANI