Tak boleh lah aku tengok live pengebumian Tun Hasmah, teresak esak Tun M nangis. 70 tahun hadap muka isteri depan muka pagi petang siang malam, tiba tiba kena tengok dikebumikan.
AKHLAK PEMIMPIN, JADI CONTOH. ๐ฒ๐พ
Walau berbeza pendapat dan sejarah politik,
PMX tetap hadir memberi penghormatan ketika pemergian Tun Siti Hasmah.
Kerana berbeza pandangan bukan bermakna hilang rasa hormat. Itulah nilai seorang pemimpin.
#PMX#TunMahathir#TunSitiHasmah
Bukan semua orang dapat.. tetapi mereka adalah di antara yg di kurniakan rezeki utk berkongsi hidup selama 7 dekad bersama.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan mengampuni segala dosanya, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yang beriman.
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐๐ท๐๐ป๐ด
#Selangor: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menahan sebak ketika tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah bagi menunaikan solat jenazah isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dengan berkerusi roda dan dibantu alat pernafasan, kehadiran bekas Perdana Menteri itu mengiringi perjalanan terakhir insan yang menjadi teman hidupnya selama 70 tahun.
๐ธ FotoBernama
#BernamNews
#BernamaImages
#SitiHasmah
What a great life she had led, spanning an entire century, often by the side of his love.
Innalillahiwainnahirojiun.
We extend our condolences and well wishes to Dr. Mahathir and her loved ones.
Saya, Azizah dan keluarga berdukacita menerima khabar pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini.
Kami mengenali Almarhumah sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya, malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu.
Hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat. Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya.
Saya dan Azizah merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga, dan mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan.
Al-Fatihah.
Sayunya wajah Tun Mahathir di sisi isteri tercinta๐ฅน
Negara hari ini kehilangan sebutir permata yang amat berharga. Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah bukan sekadar seorang figura, tetapi simbol kelembutan, kesederhanaan & kekuatan wanita Malaysia. Al-fatihah.