Apply je dulu kerja baru. Keep applying.
Kalau dapat interview, minta interview online.
Bekas manager I ada ajar. Kalau ada company yang tanya "why did you apply for this job?" padahal baru kerja setahun lebih,
Kita boleh jawab "I saw the vacancy and thought it was an interesting opportunity. Agreed to this interview because I'm curious to see your offer and how my value can contribute to your needs".
🤘🤘🤘
RAMAI TAK FAHAM CERITA INI. MEH SAYA TERANGKAN SECARA SIMPLE.
(SPOILER ALERT!)
1. Ada 3 orang perompak yang suka pecah masuk rumah orang. Dah la rompak, mereka juga rogol dan bunuh. Amat kejam. Perompak ini diketuai oleh Selvam.
2. Selvam suka collect barang-barang dari rumah yang dirompaknya. Barang tu dijadikan hadiah untuk anaknya, Ammu. Di sebalik diri dia sebagai seorang penjenayah, Selvam rupanya seorang Family Man. Sangat sayang isteri dan anaknya Ammu itu.
3. Satu hari, Selvam nak hadiahkan kalung emas untuk anaknya Ammu itu. Selvam dah plan nak buat majlis kenduri khas untuk anaknya itu. Dia ajak kawan-kawan dan jirannya semua rewang.
4. Bini Selvam suruh Selvam trim sikit jambang, misai, janggut. Sebab Selvam nampak serabut. Lalu, Selvam pun pergi la ke kedai saloon yang diuruskan oleh Maharaja. Di saloon itu, mesin gunting rambut Maharaja habis bateri. Selvam suruh la Maharaja pergi beli bateri baru.
5. Masa tu, Selvam dapat call dari kawan dia. Rompakan yang mereka buat tu, masuk berita semua. Jadi, kawan dia panik. Selvam pun suruh bertenang, nanti dia kasi settle. Perbualan ini didengari secara tak sengaja oleh Maharaja.
6. Selvam pun balik ke rumah. Hati dia tak sedap. Lepas tu, kalung emas yang dia belikan tu tiba-tiba tak ada.
7. Rupa-rupanya, kalung emas tu tertinggal di saloon Maharaja. Maharaja pun berniat nak pulangkan balik kalung emas tu kepada Selvam.
8. Secara kebetulan, masa Maharaja datang ke rumah Selvam, polis pun datang sekali, nak tangkap Selvam dan konco-konconya. Kantoi segala jenayah Selvam pada isterinya. Isteri Selvam malu. Isteri Selvam rela suaminya masuk penjara.
9. Selvam masuk penjara. Maharaja, isteri, dan anak nya, melawat la isteri Selvam dan anak Selvam di rumah Selvam. Niat Maharaja, nak pulangkan kalung emas yang sepatutnya jadi hadiah untuk anak Selvam tu. Tapi, isteri Selvam enggan terima, sebab malu dan kesal dengan perbuatan jenayah Selvam.
10. Isteri Maharaja suruh Maharaja beli hadiah lain, untuk bagi ole ole pada anak Selvam si Ammu tu. Maharaja pun pergi kedai depan. Tiba-tiba, ada lori langgar rumah Selvam. Semua mati kecuali sorang budak yang terselamat dilindungi oleh tong sampah logam. Budak itu adalah Ammu (anak Selvam)!
15 TAHUN KEMUDIAN...
Ammu bukan sekadar anak angkat Maharaja, tetapi dah macam anak kandung Maharaja dah. Ammu dinamakan sebagai Jothi. Punya sayang giler Maharaja pada Jothi. Kasih bapa mengatasi segalanya.
Selvam keluar penjara. Selvam aim nak balas dendam kat Maharaja. Dia bawak 2 konco dia, pecah masuk rumah Maharaja. Tetapi, Jothi baru balik dari acara olahraga. Jothi diserang oleh Selvam dan 2 konco tersebut! Separuh mati dikerjakan! Sebab Selvam pukul Jothi dengan sangat brutal! Malah, yang ada lekuk di belakang badan, telah rogol Jothi.
Maharaja yang baru balik dari beli kasut sukan Jothi, amat sedih dengan tragedi ini. Dia bawak Jothi ke hospital, dapatkan rawatan. Tong sampah bernama Lakshmi juga menemani Jothi di wad.
Dan bermulalah misi di mana Maharaja nak cari 3 Jahanam tersebut. Tu yang Maharaja buat laporan polis palsu, konon konon nak cari Lakshmi yang hilang. Sebenarnya, dia cuma nak hint dari polis supaya dia dapat jejak 3 Jahanam itu je.
Polis yang tolong Maharaja pun, akhirnya sama sama komplot dengan Maharaja dalam misi balas dendam nya itu. Sehingga membawa kepada konfrontasi antara Maharaja Vs Selvam.
Sehingga lah penyesalan Selvam tak berkesudahan di mana selama ini dia tak tahu pun yang Maharaja lah yang jaga dan membesarkan Ammu (anak dia sendiri) sepanjang dia di penjara 15 tahun tu!
Yes, Ammu Vs Selvam. Kita ingat Jothi tu anak Maharaja. Tetapi, Jothi adalah Ammu! Ammu pulangkan kalung emas, dan dia menyesal ada bapak bernama Selvam. Selvam pun mati dalam penuh penyesalan!
Sekian. ✌️💪💯
Ditulis oleh:
Faiz Akmal Mfa
Peminat filem India.
Dulu sis selalu rasa:
Kerja remote/wfh/freelance ni legit ke? Entah2 scam 🤔
Memula skeptikal jugak tapi…
Bila kita dibayar atas hasil siapkan tugasan, rasa berbaloi dengan masa dan usaha.
Payday on Friday 🫣
P/s: Buat due diligence dulu sebelum apply role ya 🫶🏻
Doakan sis dapat 5 figures income hasil freelance ni 👀
Berbaur-baru perasaan apabila melihat posting video ini.
Sedih, mengenangkan orang kita yang mudah terpedaya dgn pelaburan2 mengarut.
Marah, kepada syarikat yg tak bertanggungjawab tawarkan pelaburan yg too good to be.
Puas hati, sebab apa yg saya perjuangkan selama ini betul.
Saya dah cakap lama bahawa pelaburan emas leverage ini pelaburan yang sangat berisiko tinggi.
Ia mengingatkan saya ketika insiden saya berlawan dgn Tok Belagak Darul Emas Perak Bhd (DEPB), kira-kira 10 tahun lepas.....
Cerita selanjutnya di thread berikutnya...
(sambil diiringi sound effect burung-burung berkicau mcm dalam filem ketika babak imbas kembali)
Tak tahu la berapa kali dah i makan sini sebenarnya 😭
Orang kata kalau kita makan kat kedai tu lebih dari 3 kali maknanya terbukti sedap la kan?!!
Korang kena try mee kicap + smoked duck dia. Onzz teruk pls!!!
Nak share kisah suami terjumpa kawan lama dia kat kedai makan dekat dengan rumah tadi.
Kawan suami ni, Redza; dulu pelajar cemerlang n kerja company gergasi kat Malaysia ni. Tanya dia, macam mana boleh sampai kat sini? Dia pun bukaklah cerita.
Walaupun banyak jenama baju melayu baru trending dengan marketing campaign yang over the top saban tahun, ada satu jenama baju melayu yang dah wujud hampir 90 tahun, masih bertahan & terus grow at its own pace.
Ini cerita Omar Ali🧵
Miliki Proton X70 Dengan Hasil Mengemis
Sri Jaya, Maran, 21 Februari 2024 - Operasi membanteras pengemisan telah dijalankan untuk membasmi aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran. Dari jauh kelihatan seorang lelaki melayu berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.
Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.
Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah.
Namun, pertanyaan Penguatkuasa JKM tidak dijawab. Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu.
Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas.
Sedekah pengunjung pasar malam.
Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut.
Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya. Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu.
Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal).
Beliau mengatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta.
Penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya.
Percaya atau tidak, Seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Flagship.
Siasatan lanjut dijalankan oleh Penguatkuasa JKM. Beliau tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.
Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi.
Beliau juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Flagship tersebut adalah miliknya. Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisan beliau boleh mencecah sehingga RM 500.00 bagi tempoh 4-5 jam berada di pasar-pasar malam.
Lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM.
Tidak salah untuk bersedekah tetapi bersedekalah kepada orang dan tempat yang betul.
📷 JKM Maran
i-Lindung ni membolehkan ahli KWSP untuk langgan takaful atau beli insurans menggunakan simpanan dalam Akaun 2.
Syarat dia mudah sahaja iaitu kena ada i-akaun dan baki minima RM 100 di dalam akaun 2 KWSP.
Jadi, apa coverage yang disediakan?
Basically i-Lindung ni cover hanyalah untuk kematian, cacat kekal dan sakit kritikal. Jadi kalau anda nak cari medical card tiada di i-Lindung.
Paling maximum pampasan dia offer ialah RM 200,000 sahaja.
Dan boleh custom nak pampasan kematian atau sakit kritikal sahaja, atau kedua-duanya.
Lepas dah custom jumlah pampasan dan jenis perlindungan, akan ada beberapa option anda boleh pilih ikut selera.
Dari segi harga memang super murah. Saya dah try godek untuk umur saya dengan pampasan RM 200,000 boleh dapat harga RM 200-300 setahun.
Memang murah.
Sebab ini ialah produk takaful term yang mana tiada savings atau investment. Dan term dia adalah setahun, maknanya tahun depan anda kena beli lagi.
Cuma harga akan ikut harga pada umur anda. Biasanya naik umur akan naik hargalah. Tapi untuk produk term ni dan beli online lagi, kenaikan tu takdelah significant rasanya.
Jadi, ok tak nak ambil i-Lindung ni?
Jika anda tidak cukup perlindungan takaful sedia ada atau belum ada langsung dan ada bajet yang sangat terhad bolehlah consider untuk ambil i-Lindung.
Manfaat utama pastilah dari segi perlindungan kewangan anda jika berlaku musibah yang buat anda hilang pendapatan.
On top of apa ada di dalam KWSP itu sendiri, dapat tambahan pampasan lain.
Contoh kalau kemalangan dan jatuh cacat kekal atau kena sakit kritikal, boleh gunakan pampasan untuk beli alat sokongan hidup dan rawatan. Duit KWSP boleh gunakan untuk perbelanjaan keperluan.
Kedua, boleh juga dapat perlepasan cukai. Anda carum KWSP dah dapat perlepasan cukai maksimum RM 4,000 kemudian ambil lagi takaful ni dapat tambah pengurangan cukai lagi.
Maybe tak banyak sebab setahun bayar RM 200-300 sahaja.
Dan sekarang i-Lindung dah boleh extend coverage untuk keluarga anda. Boleh lah ambil untuk pasangan masing masing.
#TheSophisticatedInvestor
#TSIGroup