Animasi 17 Saat Teaser Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama 1.
Animasi ini diusahakan oleh @StudioMintt pimpinan @aminimint.
17 saat je sebab saya tak banyak duit nak berhabis kat animasi. 🤣
Tapi alhamdulillah, Nirnama sudah berkembang kepada beberapa novel dan sekarang mula melebarkan sayap ke komik bersiri.
Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama 1 dilukis oleh Myle Ismail . Saya, Hilal Asyraf, sebagai pemilik Nirnama mengusahakan skrip dan dialognya. Siri komik ini akan mengadaptasi perjalanan cerita dari Novel Nirnama 1. Visinya, akan ada 4 jilid. Jilid satu akan keluar di PBAKL2025, insyaAllah jilid seterusnya 2026 pula.
Audiens komik lebih mencapah. Mahu terjemah ke bahasa lain untuk market antarabangsa pun lebih mudah & murah berbanding novel. Jadi saya positif dan terus berimpian.
Moga-moga ada rezekinya untuk Nirnama dianimasikan satu hari kelak. Sama ada akan dihadirkan Allah SWT pelabur memberikan modal, atau karya-karya Nirnama jadi laris selaris-larisnya sampai untung berjuta-juta sampai boleh diketepikan sebahagiannya jadi modal animasi.
Saya terus berimpian.
Saya akan terus berusaha!
Mohon doa dan sokongan semua!
Animation lawa, macam airbender punya style. Tolonglah siapa² invest untuk buat animasi Nirnama ni. Kita perlukan animasi berlatar belakang nusantara macam ni
✋🏻😩
Ironi bila panggilan untuk sembahyang ni mengagungkan Tuhan, tapi videonya dibuat dengan kebijaksaan "buatan".
Use the actual footages of God's creation lah wei. Show us actual oceans, actual mountains, actual people.