Aku perasan semakin lama, semakin ramai orang Islam sendiri terperangkap dalam perlumbaan dunia yang seolah-olah tiada penghujungnya.
Bila nampak orang berniaga kecil-kecilan, soalan yang keluar bukan lagi tentang keberkatan, ketenangan, atau kecukupan hidup.
Sebaliknya:
"Bila nak grow?"
"Bila nak scale up?"
"Bila nak leverage?"
Seolah-olah setiap perniagaan wajib berkembang tanpa henti, setiap keuntungan mesti dimaksimumkan, dan setiap individu perlu sentiasa mengejar tahap seterusnya.
Hakikatnya, cara berfikir seperti ini sangat mudah dipengaruhi oleh paradigma ekonomi yang dibina atas hutang, riba', dan obsesi terhadap pertumbuhan tanpa batas. Akhirnya, nilai seseorang mula diukur berdasarkan kadar pertumbuhan harta, bukan kadar pertumbuhan iman dan taqwa.
Tidak bolehkah kita menerima bahawa setiap manusia mempunyai rezeki yang telah ditentukan Allah, sama ada sedikit atau banyak?
Tidak bolehkah kita memupuk sifat qana'ah, merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan, tanpa terus melabel orang lain sebagai malas, tidak bercita-cita tinggi, atau kurang "growth mindset"?
Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda yang mafhumnya:
"Barangsiapa yang bangun pagi dalam keadaan aman pada dirinya, sihat tubuh badannya, dan mempunyai makanan untuk hari tersebut, maka seolah-olah telah dihimpunkan baginya dunia dan segala isinya."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Perhatikan bagaimana Rasulullah SAW mendefinisikan kekayaan. Bukan dengan syarikat bernilai jutaan. Bukan dengan aset yang sentiasa bertambah. Bukan dengan kadar pertumbuhan tahunan yang memukau.
Sebaliknya, aman, sihat, dan mempunyai makanan yang mencukupi untuk hari itu pun sudah dianggap seakan-akan memiliki dunia seluruhnya.
Namun hari ini, ramai yang memiliki jauh lebih banyak daripada itu tetapi tetap hidup dalam keresahan. Sentiasa merasa tidak cukup. Sentiasa mengejar angka seterusnya. Sentiasa melihat apa yang ada di tangan orang lain.
Ironinya, ramai yang begitu obses untuk berkembang dalam urusan dunia sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Namun dalam urusan tauhid, ilmu agama, akhlak, ibadah, dan usaha untuk menghidupkan Islam dalam kehidupan seharian, semangat "growth" yang sama hampir tidak kelihatan.
Mungkin masalah sebenar bukanlah kurang harta.
Mungkin masalah sebenar ialah hati yang tidak pernah belajar untuk merasa cukup.
Kerana seorang yang menjadi hamba kepada nafsunya tidak akan pernah menemui titik kepuasan. Berapa pun yang dimiliki hari ini, pasti akan terasa kurang esok.
Sedangkan antara kekayaan terbesar yang diajar oleh Islam bukanlah memiliki lebih banyak, tetapi kemampuan untuk merasa cukup dengan apa yang Allah telah berikan.
Qana'ah bukan alasan untuk malas. Tetapi ia adalah penawar kepada ketamakan yang tidak berpenghujung.
Introducing Claude Fable 5: a Mythos-class model that we’ve made safe for general use.
Its capabilities exceed those of any model we’ve ever made generally available.
FRONTEND IS HARDER THAN BACKEND
FRONTEND IS HARDER THAN BACKEND
FRONTEND IS HARDER THAN BACKEND
FRONTEND IS HARDER THAN BACKEND
FRONTEND IS HARDER THAN BACKEND
FRONTEND IS HARDER THAN BACKEND
PENDAKI HILANG | Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan telah ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 3 petang tadi.
Penyelaras sukarelawan Orang Asli, Chew Ho beng memberitahu BH, mangsa ditemui penduduk di kawasan perkampungan Orang Asli Lubuk Gaharu.
#BuletinTV3 #Jaslinda #GunungBatuPutih #PendakiHilang