“Kenapa Mak Bapak Sekarang Benak?“
Dulu, mak bapak hantar anak ke sekolah, lepas tu senyap. Tak ada WhatsApp, tak ada group ibu bapa. Anak balik, baru tahu apa jadi.
Kalau anak tak siap kerja sekolah, mak bapak kena fikir. Kalau anak salah pakai kasut, mak bapak yang salah.
STOP ASKING CHATGPT THINGS YOU CAN GOOGLE.
STOP ASKING CHATGPT THINGS YOU CAN GOOGLE.
STOP ASKING CHATGPT THINGS YOU CAN GOOGLE.
STOP ASKING CHATGPT THINGS YOU CAN GOOGLE.
STOP ASKING CHATGPT THINGS YOU CAN GOOGLE.
STOP ASKING CHATGPT THINGS YOU CAN GOOGLE.
Bismillah… 50 bab dan satu bab epilog, insyaAllah buku baru saya, Rahsia Danny akan mula buka pre-order 1 Mei ini!
Maaf lama menyepi 😅. Ni saya nak update apa yang saya kerjakan setelah jauh dari social media buat beberapa ketika.
Alhamdulillah, saya dah hantar suntingan terakhir manuskrip untuk buku baru tahun 2025 ini! Banyak saya menulis kali ni, hingga terlebih sekali ganda daripada word count yang penerbit cadangkan.
Nak cerita berapa banyaknya words yang saya terlajak tulis, sampai 20k words terpaksa dikeluarkan daripada manuskrip akhir untuk elakkan ia jadi tebal sangat. Alhamdulillah, editor bijak membantu saya untuk keluarkan beberapa scene yang tidak terlalu menganggu keseluruhan cerita.
Takut juga sebenarnya bila panjang-panjang ni. Saya bimbang buku ni lewah tanpa saya sedar kerana terlalu tenggelam dalam dunia penulisan, atau terlalu banyak info, atau terlalu perlahan. Dalam masa yang sama, saya yakin yang penceritaan buku kali ini sedikit laju. Lepas tu saya bimbang pula kot-kot terlalu laju hahaha! Haih… risau! Dan yang paling penting, saya tertanya-tanya adakah mesejnya berjaya disalurkan.
Rahsia Danny ini cerita rekaan. Berdasarkan tajuk, saya yakin para pembaca Bayang Sofea boleh teka yang buku ini ada kaitan dengan Bayang Sofea. Betul. Namun, kalian boleh baca buku baru ni tanpa baca Bayang Sofea pun. Cuma, tak rugi untuk kalian habiskan baca Bayang Sofea dulu sebelum keluar Rahsia Danny ni. Ada masa sebulan lebih lagi! Kalau nak beli Bayang Sofea pula, linknya ada kat bio saya. Kat kedai-kedai buku pun ada je insyaAllah.
Okay tu je! Saya nak buat short update je ni. Selamat beribadah pada hari-hari terakhir bulan Ramadan kali ni!
Pre-order Rahsia Danny akan dibuka pada 9 malam, 1 hingga 4 Mei 2025. Macam biasa, insyaAllah kita akan ada item-item special untuk pembeli terawal! Dan macam biasa juga, kita terpaksa hadkan jumlah pre-order untuk berikan yang terbaik kepada pembeli terawal sebelum buku ni masuk pasaran umum.
Okay take care! Nanti pulak saya update ya? 🌹