Alhamdulillah, ekonomi negara terus ampuh dengan pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2026, menjadikan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6%, ketimbang 4.8% bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5% bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak.
Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, Kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda.
Insya-Allah, Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam. Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan.
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Yes. Malaysia needs to utilise its soft power and we stupidly don't. Suggestion: host it once every 3 years, and FIA should allow this. Sepang won't appear in the race calendar every year but only once every 3 years. We save money and generate occasional interest like an eclipse.
Absolute BIBLICAL roars from the crowd as Lewis overtook Isack. Martin was blown away how they could hear it in the commentary box, this was seriously something. What a crowd 🔥🔥🔥