Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi beliau.
PIF merupakan antara dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia, dengan aset di bawah pengurusan melebihi US$900 bilion. Peranannya sebagai pemacu Wawasan 2030 Arab Saudi turut membuka ruang kerjasama yang luas dengan rakan antarabangsa.
Kami bertukar pandangan tentang peluang memperkukuh kerjasama ekonomi Malaysia–Arab Saudi, khususnya dalam sektor pembinaan, infrastruktur, pengurusan kemudahan, tenaga dan ekonomi halal.
Beliau turut memaklumkan bahawa syarikat milik penuh PIF, RUA AlHaram AlMakki, sedang meneroka kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi pembangunan berorientasikan transit di kawasan Jabal Al Kaabah, Makkah. RUA ialah pemaju induk bagi pembangunan King Salman Gate di kota suci itu.
Potensi kerjasama ini adalah manifestasi keyakinan pelabur terhadap keupayaan Malaysia, di samping membuka peluang baharu kepada perniagaan dan tenaga mahir kita.
Saya berharap lebih banyak syarikat Malaysia dapat menembusi pasaran serta memperluas kerjasama di Arab Saudi dan mengambil bahagian dalam projek yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
تشرف جناح المجلس التنسيقي لشركات الضيافة ومقدمي خدمة حجاج الخارج بزيارة كريمة من صاحب المعالي وزير الحج والعمرة الدكتور / توفيق بن فوزان الربيعة @tfrabiah ، ومعالي نائب وزير الحج والعمرة الدكتور / عبدالفتاح بن سليمان مشاط @asmashat وذلك خلال مشاركة المجلس بملتقى المهن الموسمية في خدمة ضيوف الرحمن ( موسمي ) خلال الفترة من 26 إلى 28 يناير 2026م بجامعة أم القرى @uqu_edu
#وزارة_الحج_والعمرة
@HajMinistry@PEPSaudi@HRSD_SA
سمو #ولي_العهد يستقبل سمو وزير الرياضة ورئيس الاتحاد السعودي لكرة القدم ورئيس وأعضاء مجلس إدارة النادي الأهلي والجهازين الفني والإداري ولاعبي فريق كرة القدم بمناسبة تحقيقهم بطولة دوري أبطال آسيا للنخبة 2025.
https://t.co/bOLiGtiKEv
#واس
Great read!
Congrats to Dr.@SSSjabri for the insightful work.
Engagement and preferences: EFL students’ use of collaborative retrieval practice
https://t.co/faSiWve3zG