@anwaribrahim Assalamualaikum. Diharapkan akan ada pelepasan cukai untuk pembelian cermin mata bagi penjawat awam. Kos cermin mata agak tinggi juga. Syarikat swasta ada benefit ni. Terima kasih.
It’s astonishing to realize that nearly 4,000 years ago, human beings were already solving geometric problems, calculating volumes, and formalizing mathematical knowledge in a way that still looks familiar to us today.
Civilizations rise and fall, but the language of numbers endures almost untouched.
What’s equally striking is how advanced societies like ancient Egypt built their world, pyramids, irrigation systems, administrative records, not through mysticism, but through mathematics, structure, and disciplined knowledge. They weren’t guessing the angles of pyramids; they were computing them.
But there’s another layer to this artifact:
The fact that such priceless knowledge rests in the British Museum is its own story, one that reminds us how often the intellectual heritage of ancient cultures was removed, fragmented, or displayed far from the people who created it.
Still, the papyrus itself speaks louder than history’s politics.
It shows that the human quest to measure, understand, and build is far older, and far more universal, than modern societies like to admit.
In the end, this 4,000-year-old textbook is a reminder that:
We aren’t more intelligent than ancient people.
We’re simply standing on their shoulders.
???
A nearly 4,000-year-old mathematics textbook.
This manual on arithmetic and geometry dates back to the 12th Dynasty of the Middle Kingdom (1985–1795 BCE). It was copied in the 33rd year of the reign of King Apophis (c. 1650 BCE) by a scribe named Ahmes. The artifact is known as the Ahmes Papyrus after him. It contains a formula for finding the volume of a cube, examples of calculating the area of a triangle and a circle, and methods for calculating the inclination of a pyramid.
The artifact is housed in the British Museum.
Apabila tukang angkat beg @abdulhadiawang bercakap tanpa ilmu. Langsung tiada data dan fakta yang menyokong kenyataan bodoh ini.
Jom kita lihat antara formula2 @rafiziramli yang dituduhnya tidak 'menjadi'. Kemudian kita bandingkan pula formula @syahirnomic yang terpaling ekonomi untuk SG4 khususnya di Kelantan.
📌 Formula Rafizi
✅ Inisiatif Peningkatan Taraf Hidup Rakyat melalui pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR).
✅ Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang memacu pembangunan Bumiputera ke arah lebih mampan dan berdaya saing.
✅ Dasar Gaji Progresif (DGP) bagi menstruktur semula gaji pekerja dan meningkatkan produktiviti nasional.
✅ Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai asas penyasaran subsidi yang lebih efisien, saksama dan inklusif.
✅ Kerangka Ekonomi MADANI sebagai hala tuju pembangunan negara berpaksikan nilai kemampanan, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.
✅ Penekanan terhadap inovasi, digitalisasi dan reformasi struktur ekonomi jangka panjang yang lestari.
✅ Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bagi memperkukuh jaringan pelaburan, perdagangan dan pergerakan tenaga kerja antara dua negara jiran.
✅ Inflasi terus mereda bulan ke bulan setelah mengambil alih Kerajaan pada Nov 2022 (4%) sehinggalah beliau meletak jawatan 2025 (1.2%)
✅ Pemuktamadan Rancangan Malaysia Ke13 (RMK13) yang telah dibentang dan diluluskan.
📌 Formula Syahir
✅ SG4 terus menerus berada di dalam kelompok KDNK tercorot negara.
✅ Kelantan merupakan negeri termiskin dalam Semenanjung.
✅ Kelantan, Terengganu dan Perlis terpaksa memohon bantuan daripada Federal untuk membayar gaji dan emolumen kakitangan negeri.
✅ Pengurusan hutang yang buruk di mana Kelantan sukar untuk membayar hutang2 malah selalu memohon kepada Federal untuk melupus atau menanggung hutang mereka.
✅ Kelantan dan Terengganu tidak mampu berdikari menjana ekonomi sendiri walaupun mendapat berjuta2 wang ehsan daripada Federal. Malah Terengganu memohon daripada Federal untuk bayaran bonus walaupun tidak layak.
✅ Rakyat dari SG4 terpaksa berhijrah ke negeri2 PHBN untuk menaikkan ekonomi diri dan keluarga.
✅ Masalah air tidak pernah selesai walaupun berjuta disalurkan oleh Federal. Krisis 40 tahun belum pernah menemu noktah.
✅ Yang paling lahanat, Bas Stand Negeri tak pernah siap walaupun peluncuran dilakukan setiap tahun. Babila! 🤣
✅ Satu Malaysia lihat kamu kena tapau dengan Rafizi dalam debat tidak lama dulu. Orang berbahas, kamu buat presentation. Tu pun dah nampak kamu tak faham. Nampak bodoh.
Last but not least, tukarlah nama kamu kepada SYAHIRKOMIK! Itu nama yang layak untuk kamu yang acah2 terpaling ekonomist. Cermin diri dulu ya!
“Why did the Palestinians initiate this on Oct 7?”
Max Blumenthal (Jew): “They didn’t. This war has been going on for 75 years. Israel initiated it in 1948 by ethnically cleansing 750,000 people.”
Masa @fahmi_fadzil turun dulu, Rafidah pun tak wujud lagi dalam cerita ni. Muka Jo Ghani pun tak ada dalam gambar ini.
Ketika tu kerajaan PN baru wartakan Akta Pengambilan Tanah untuk Kg Sg Baru.
Pampasan belum start bayar, hak milik tanah pun belum bertukar ke pemaju.
Jadi logiklah masa tu masih sempat nak desak kerajaan PN tarik balik.
Sekarang pemaju dah setel bayar semua pampasan, pemilikan tanah pun dah bertukar tangan kepada pemaju.
Flat dan sebahagian rumah teres pun dah roboh. Jadi kerajaan kena facilitate permudahkan urusan mereka yang tidak bersetuju dengan tawaran JV.
Nak samakan konteks dulu dengan sekarang memang tak kena.
MP Kuala Terengganu serang PMX kononnya pakai batik Indonesia. Sekali, ianya brand batik tempatan yang pernah menang anugerah.
PAS bila tiada idea nak bawa, batik pun dia jadikan isu. Tapi itupun gagal.
CELIK
Semalam saya tonton video-video dari perhimpunan “Turun Anwar”.
Ada anak muda. Ditanya siapa patut ganti DS Anwar, dia jawab:
“Menteri Besar Terengganu Shafwan… eh bukan. Afnan!” 🤦🏻♀️
Dan seorang ‘Prof’ wanita pula yakin berkata:
“Anwar ni dah dua kali jadi PM. Tahun 2018 dia jual habis aset negara.” 😢
Lepas tu, ada sorang brader dengan speaker semangat berkata:
“Anwar ni zionis! Anwar ni teruk!
Hidup hidup, hidup Anwar!!!” Eh…. 😂
Mendengar ni… kita pun tak tahu nak gelak ke nak nangis.
Buat kita tertanya — dari planet mana eh mereka ni timbul?
Kalau jenis celik demokrasi,
sampai boleh ber-demonstrasi,
takkan benda asas pun tak boleh semak sendiri?
Ya… dalam kita raikan demokrasi,
kita juga wajib bertanya:
Demokrasi yang bagaimana?
Seperti saya tulis minggu lalu, Aristotle dah ingatkan:
“Demokrasi tanpa ilmu akan jadi mob rule.”
Kuasa gerombolan bukan kuasa kebijaksanaan.
*************
Pada saya, nak marah dan bersuara. Itu hak masing2.
Tapi kalau kita mula menelan apa saja yang disuap,
tanpa semak dan tanpa fikir,
maka kita bukan sedang bangkit.
Kekdahnya, kita sedang diperalat.
Inilah bahayanya bila demokrasi dicemari dengan:
❌ fakta yang dipotong separuh
❌ emosi benci dan taksub
❌ dan propaganda yang tak tahu hujung pangkal.
Kita menonong pajakkan akal.
Itu sebabnya, pemimpin the Prince atau perasan nak jadi the Prince, terus menerus bodohkan umat. Itu cara depa cari makan.
**********
📌 Dalam The Prince, Machiavelli ajar pemimpin dangkal cara untuk kekal berkuasa:
“Jangan harap cinta rakyat. Kuasai ketakutan dan kawal kejahilan mereka.”
Falsafah dia jelas:
• Beri rakyat suatu musuh, bukan maklumat.
• Ulang persepsi, bukan fakta.
• Main emosi, bukan dasar.
Bila rakyat dibiar dalam ketakutan dan kejahilan, mereka mudah dikawal.
Dan makin ramai yang dikawal, makin kuat cengkaman kuasa.
Inilah seni politik licik tanpa akhlak.
Kuasa bukan lagi amanah. Tapi alat.
⸻
Tapi dalam warisan Islam, pemikiran seperti ini ditolak mentah-mentah.
Islam tidak izinkan rakyat diperbodoh.
Ilmu bukan untuk elit. Ilmu itu untuk semua.
Dan bila kuasa diberi,
ia bukan untuk mengawal yang jahil,
tetapi untuk mengangkat yang berakal.
📌Al-Farabi, dalam Al-Madina Al-Fadila, menulis:
“Negara yang membiarkan rakyatnya jahil, akan dipimpin oleh penguasa yang rakus.”
Maksudnya jelas:
Kalau kita biarkan kebodohan berleluasa,
kita sedang membuka pintu untuk pemimpin yang zalim naik dengan mudah.
⸻
📌 Ibn Khaldun, dalam Muqaddimah, lebih berani lagi. Beliau ingatkan kita:
“Bila rakyat terlalu taksub kepada penguasa,
maka hilanglah pertimbangan akal fikiran.
Dan di situlah bermula kejatuhan sebuah tamadun.”
Inilah beza antara politik amanah dan politik eksploitasi.
Antara pemimpin yang membina akal —
dan pemimpin yang suka melihat rakyat kekal bising tapi otak kosong.
**************
Kita boleh bangkit.
Tapi bangkitlah dengan akal, bukan sekadar amarah.
Demo boleh.
Tapi jangan demo ikut skrip
siapa yang paling lantang di media sosial.
Dan mereka yang di haluan tengah —
Centrist dan silent majority…
jangan diam terlalu lama.
Kerana bila medan kuasa dikuasai
oleh yang bising tapi bingung,
Negara akan cepat merudum.
Jika kita benar sayangkan negara,
✅ Soal
✅ Semak
✅ Pilih dengan waras
✅ Tolak mereka yang mahu rakyat kekal bodoh demi kuasa
Kerana negara tidak pernah terbina oleh pemimpin sempurna tetapi yang lebih penting rakyat yang celik akalnya.
Jihad intelek rakyat sudah lama patut bermula. Mula dari diri kita.
Moga-moga Allah kurniakan Malaysia dengan lebih ramai pemimpin yang bijaksana.
Bukan pemimpin recycle yang selalunya gentar dengan rakyat celik
— seperti pembaca saya 🫡
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- Bodek ada makna. Permisi nak cuti.
Kadang penat tulis pasal Mechiavelli.
Kali ni? Team sis kalah rugby. 😢
#sismasukgua
THE PRINCE
Jenazah belum pun sampai ke liang lahad, seorang bekas Perdana Menteri sempat tinggalkan pesanan kepada kita di muka bumi:
“Tun Abdullah bagi contoh baik untuk Malaysia. Dia letak jawatan tanpa bantahan.”
Ramai kata dia nyanyuk. Dah tua2 tak sedar.
Tapi sebulan selepas itu. Bila minions dia mula gerakkan ops desak PMX letak jawatan.
Saya ada moment light bulb…
Yang nampak seperti eulogi…
rupanya mukadimah strategi.
*************
Ini bukan pertama kali.
Dia dah buat banyak kali.
Makanya, hari ni kita boleh study…
Taktik2 The Prince, hasilan Niccolò Machiavelli.
1. “Lebih selamat ditakuti daripada disayangi.” – Bab XVII
🔥 Taktik: Ops Lalang, krisis kehakiman, ISA.
Dari dulu dia tak pernah bergantung kepada populariti semata.
Dia bina kuasa atas kawalan.
Kerana bagi Machiavelli — kasih dan taksub rakyat takkan kekal.
Tapi perasaan takut? Itu lebih lama tahan.
*************
2. “Persepsi lebih penting daripada kebenaran.” – Bab XVIII
🔥 Taktik: Ulang-ulang ‘pengampunan PM tak sah’ walaupun dia hadir mesyuarat.
Bila rakyat keliru, dia sudah menang.
Kebenaran boleh dijelaskan sekali.
Tapi persepsi?
Ia berulang di warung kopi, WhatsApp group dan komen media sosial.
“Rakyat menilai dengan mata, bukan dengan fakta.”
Itu pesanan The Prince.
Dia kawal persepsi bukan fakta. Itu yang dibuat sekian lama.
*************
3. “Putar lidah itu seni, bukan kelemahan.” – Bab XXI
🔥 Taktik: “Pengampunan PM sekarang salah, saya tak tahu dan tak kena mengena. Mesyuarat pun tak ada”. Bila AGC balas dan betulkan. Tetiba dia kata itu tunjukkan dia ikut prosedur. Pulak dah 🤦🏻♀️
Dia tak pernah minta maaf atas percanggahan.
Sebab bagi Machiavelli, yang penting bukan konsisten — tapi dominasi naratif.
Selagi orang beri perhatian,
dia takkan hilang kawalan.
*************
4. “Gunakan nostalgia sebagai senjata tekanan.” – Bab VII
🔥 Taktik: Puji Tun Abdullah, sindir PM sekarang.
Kononnya nak kenang jasa. Tapi dalam dunia kuasa,
pujian kepada pendahulu = tekanan kepada penyandang.
“Tun Abdullah letak jawatan tanpa bantahan.”
Mesejnya jelas — kau tak perform, kau patut undur sekarang.
*************
5. “Untuk kekal relevan, tumpang gelombang rakyat marhaen.” – Bab XX
Dia tahu, zaman berubah. Urbanites, intelektual, anak muda bandar mungkin dah muak.
Tapi sasaran dia bukan yang celik politik & dasar —
Sasaran dia: yang resah dan keliru,
Dan ada potensi masih mahu pemimpin lama memerintah.
Machiavelli tulis:
“Seorang Prince tidak perlu disayangi semua. Cukup jika dia disokong oleh majoriti terbanyak.”
Sebab itu, kini tulisan dan hantarannya pendek-pendek, sarat propaganda.
Dia tahu specifically siapa target market dia.
*********
Namun, kali ini the Prince meets another Prince —
Yang dia mentorkan punya lama.
Semalam, another Prince berkata:
“Kita takkan ambil tindakan pada dia. Orang tua.”
Itu pun a classic leaf from Machiavelli.
Bagi yang boleh decode strategi.
*********
Saya dah lama tulis dulu, sejak 2020:
For Malaysia to move on, politik sabung ayam antara dua Prince ini kena berhenti.
Tapi nampaknya, masih berterusan hingga kini.
Makanya, kita terpaksa tahan nafas dan memerhati.
Permainan atas papan catur yang mereka cipta.
Oleh pemain lama yang tidak pernah letih,
dan tidak pernah lemah jiwa.
Pastikan…
Kita tak terkorban sebagai bidak-bidaknya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki