Iran launched ballistic missiles at the joint US-UK military base in Diego Garcia on Friday, demonstrating a missile capability that goes beyond what Tehran was known to have possessed. https://t.co/Ghd3kzAU8B
Minda Presiden PAS
PENGGANAS SEBENAR TIDAK MENGAKU DIRINYA PENGGANAS
Kini, kita berdepan dengan dunia yang penuh dengan pembohongan dan penipuan, sehingga orang yang bersalah berlagak dirinya tidak bersalah, pembohong berlagak dirinya yang paling benar, dan penipu pula berlagak dirinya yang paling ikhlas. Kadang-kadang menggunakan helah sebagaimana seorang pencuri sebenar demi menyelamatkan diri, maka dia melaungkan โpencuriโ bersama orang ramai yang mengejar pencuri bagi mengelirukan orang ramai yang memburunya.
Tindakannya lebih parah apabila undang-undang binatang buas di rimba dijadikan panduan bagi menghalalkan segala tindakannya. Oleh sebab itu, menjadi kaedah yang diamalkan, iaitu sesiapa yang merasa dirinya kuat dan berkuasa, maka dia pasti benar dan semua tindakannya adalah tidak salah serta memaksa semua pihak menerimanya.
Negara Islam dan umatnya dijadikan mangsa. Mantan Setiausaha (Luar) Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo pernah membuat kenyataan bagi pihak tuannya, Zionis bahawa, โNegara Islam ialah penyumbang kepada kumpulan pengganas Islam seperti Hamas dan lain-lain.โ Kumpulan Islam yang sedang berjuang menentang kezaliman terhadap mereka dilabelkan pengganas, padahal kumpulan Islam itu menentang Israel yang terkenal dengan keganasan mereka yang melampau terhadap kemanusiaan, malah telah disabitkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan diketahui oleh masyarakat dunia.
Inilah contoh penipuan yang terbuka. Perkara ini boleh difahami walaupun oleh manusia yang paling tidak berpelajaran, cukup dengan perasaan kemanusiaan yang ada dalam diri seseorang yang berakal, kecuali yang akalnya tidak sihat.
Baca selanjutnya:
https://t.co/04w8xcB8lW
Minda Presiden PAS
PAS BERSAMA PERPADUAN IKATAN TALI ALLAH, BUKAN TALI CIPTAAN MANUSIA
PAS tidak boleh menerima konsep perpaduan, khasnya yang membisu terhadap kezaliman dan dosa yang diharamkan oleh Allah yang menjadi sebab berlakunya perpecahan.
Maka, dibawa konsep perpaduan Islam mengikut ketetapan Allah. Inilah alasan PAS tidak bersama Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Allah yang telah direalisasikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melibatkan kumpulan yang menganut fahaman pluralisme, liberalisme, termasuk kumpulan ekstrem serta syaitan bisu terhadap kemungkaran dan lain-lain.
Perpaduan sedemikian yang tidak boleh menyelesaikan perpecahan dalam setiap parti komponennya sendiri, apatah lagi dalam gabungannya yang lebih besar dan kini sedang runtuh memakan diri sendiri. Keadaan ini laksana bersama para penumpang dalam sebuah bahtera yang sedang parah kebocorannya walaupun diberi jenama perpaduan agung, laksana kapal induk yang besar tetapi semakin membesar kebocorannya.
Kita tidak boleh menaiki bahtera yang tidak boleh mengawal para penumpangnya yang bertelingkah dalam mempertahankan kepentingan masing-masing dan mempunyai hala tuju yang berbeza tanpa meraikan pihak yang berbeza atas nama tidak mahu berpecah belah. Nakhodanya pula tidak beristiqamah dalam menghadapi gelombang yang datang dari arah timur dan barat, dan memandu sehingga melanggar batu karang yang memecahkan bahteranya semata-mata kerana ingin meraikan perbezaan yang merosakkan atas nama perpaduan.
Segala perbincangan hendaklah datang daripada kalangan ilmuwan yang bertafaqquh dalam urusan Islam, bukan melalui orang yang jahil.
Tidak juga melalui ilmuwan yang tidak bertafaqquh atau yang meletakkan akalnya ke dalam perutnya, kerana penyelesaian Islam itu bersifat ilmu serta ciri-ciri keilmuan yang luas dan akal yang dimuliakan, berpandukan nas yang tidak berubah dan nas yang boleh menangani perubahan dalam kejadian alam termasuk manusia, serta dasar umum.
Kita mahukan perpaduan yang berpayungkan kerajaan yang menunaikan kewajipan memimpin yang merupakan amanah besar daripada Allah, dan ditaati kerana menghormati keadilannya. Bukan pemimpin yang menjadikan kuasanya kerana harta dan takhta yang dimuliakan, dan mereka dihormati kerana takut akan kezalimannya.
Baca selanjutnya:
https://t.co/5b8xVObjWC
๐๐๐๐-๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
1. Aceh โ Sumatera sedang mengalami malapetaka yang merebut nyawa lebih 1000 orang.
2. Malaysia โ Tanah Melayu selamat. Tidak ada seorang pun yang mati.
3. Sedarkah bahawa Aceh โ Sumatera melindungi semenanjung kita dari ribut taufan, dan malapetaka.
4. Tidak patutkah kita tunjuk penghargaan kita dengan membantu pemulihan Aceh/Sumatera.
5. Komite Peralihan Atjeh perlu dibantu dalam usaha ini.
6. Sila hubungi:
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐,
๐๐ฅ๐ง. ๐๐ซ. ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฉ. ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ญ,
๐๐๐๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐ญ๐.
๐๐จ๐ญ๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐ก
[๐ฎ.๐ฉ.: ๐๐ง๐๐ข๐ค ๐๐๐ค๐๐ซ๐ข๐ ๐ ๐๐๐๐จ๐, ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐๐๐ซ๐]
(๐๐จ. ๐๐๐ฅ๐๐๐จ๐ง: +๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐)
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
25 Disember 2025
"Cakap saja, nak buat tak berani" โ Dr Mahathir bin Mohamad
Ikuti PODCAST DR M Episod 24 : Sorotan 2025 & Harapan 2026 akan datang di YouTube & Spotify
Minda Presiden PAS
ISRAEL MENERIMA GENCATAN SENJATA, MENGUKUHKAN PENAKLUKAN DAN MENERUSKAN PEPERANGAN
Gencatan senjata yang diterima oleh Zionis Israel bukan bertujuan perdamaian, tetapi merupakan peluang untuk meneguhkan penaklukan dengan lebih kukuh dan meluaskan wilayahnya di bumi Arab, bukan sahaja Palestin. Inilah perjuangan Zionis yang sebenar ke arah menegakkan Negara Agung Israel (The Greater Israel) yang diisytiharkan secara terbuka kepada umum oleh kumpulan pelampau yang menguasai kerajaan Israel.
Israel terus menyerang Gaza bertubi-tubi, malah bertindak ganas di Tebing Barat dan menceroboh Masjid al-Aqsa, walaupun telah menerima gencatan senjata.
Hanya pihak Palestin sahaja yang menghormatinya dengan tidak bertindak menyerang balas, tetapi mereka terus bersabar walaupun ramai yang sudah menjadi korban senjata ganas dan menghadapi sekatan dalam mendapatkan kemudahan hidup, khususnya makanan dan perubatan. Sekatan ini tetap diteruskan oleh pihak Zionis Israel tanpa mempedulikan syarat gencatan senjata dan bantahan masyarakat antarabangsa.
Bala tentera Israel tetap bertapak di tempatnya yang dikuasai di Gaza tanpa berundur. Mereka juga membuat kenyataan secara terbuka mahu menjadikan tempat itu sempadan yang dikuasainya, walaupun disyaratkan berundur semasa proses gencatan senjata.
Malah, langkah telah diambil bagi mengeluarkan penduduk Gaza secara paksa dengan membuka sempadan oleh sebelah pihak sahaja, tetapi ditutup di pihak Israel. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh kalangan pemimpinnya, hal ini merupakan persediaan untuk meluaskan penempatan kaum Yahudi.
Baca selanjutnya:
https://t.co/3jJ5leWPmp
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐
Saya teringat satu cerita dongeng yang terdapat dalam masyarakat kita. Ceritanya begini:
Seorang pencuri yang sedang berlari dengan ayam yang dicuri menjerit โPencuri-pencuriโ. Dan orang pun pandang ke arah yang ditunjuk oleh pencuri berkenaan. Sementara itu pencuri pun hilang dengan ayamnya.
Jangan agung pemberi rasuah, kata si polan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 Disember 2025
Minda Presiden PAS
REFORMASI MALAYSIA MEMBUKA PINTU NORMALISASI DENGAN ZIONIS
Langkah Kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan (PH) menjemput Presiden Donald Trump menjadi tetamu kehormat ialah seperti pengiktirafan kepada kepimpinannya, walaupun beberapa negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) menunjukkan protes terhadap agendanya yang terlampau meraikan tetamu tersebut, dengan mengambil kesempatan sebagai tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN dan mengheret beberapa orang pemimpin untuk menandatangani perjanjian.
Tunggu dan lihat bahawa lubang yang ditebuk ini akan diikuti oleh normalisasi terhadap negara Zionis dalam aspek yang lebih parah, di samping mengheret negara kepada tujuan yang sebenar daripada program agama sesat Abraham yang terbuka kepada kerjasama ke arah walaโ (kesetiaan) yang dilarang oleh Allah dan melaksanakan agenda Zionisme yang menakluk dunia.
Di samping itu, langkah mengiktiraf agama Abraham juga menentang Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang merupakan penasihat agama kepada Majlis Raja-Raja.
Ketika masyarakat antarabangsa tidak bersimpati lagi terhadap Zionis dan sekutunya kerana kezaliman dan keganasan melampau di Palestin โ namun mereka diselamatkan dengan kuasa veto Amerika Syarikat dan sekutunya daripada hukuman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan badan antarabangsa yang lain โ, adakah wajar negara kita yang menjadikan Islam agama negara memberikan penghormatan kepada pemimpin yang nyata menjadi syaitan besar pada zaman kini?
Baca selanjutnya:
https://t.co/qb51Q9GvqH
๐๐๐๐๐จ๐๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
1.ย ย ย Wah!!
2.ย ย ย Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara.
3.ย ย ย Mari kita adakan perbahasan terbuka antara mantan-mantan supaya ditentukan Malaysia sudah digadai atau tidak.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Disember 2025