Tiada lagi raut wajah mesra Cikgu Idrus Ibrahim yang sentiasa setia menyambut kepulangan adiknya, YAB PMX, di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam.
Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar buat kita semua, kerana kita telah kehilangan seorang pejuang, reformis, dan pendidik yang sentiasa memilih hidup dalam penuh kesederhanaan.
Tingkap nako dan langsir beropol di rumah tua keluarganya menjadi saksi keperibadian yang cukup sederhana.
Almarhum tidak pernah mengejar kemewahan dunia, sebaliknya meninggalkan pesanan dan nasihat yang cukup mendalam buat kita semua.
Ujian perpisahan abadi ini pastinya amat mendalam buat PMX.
Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Innalillahi wainna ilayhi raji'un. Al-Fatihah. Al-Fatihah.
#Takziah
#AlFatihah
"Malu kita cakap Islam, Islam agama Persekutuan. Gagah bergegar sana sini kononnya nak selamatkan Islam, tapi dalam masa sama, sakau pula." - PM @anwaribrahim
Melaungkan laungan suci agama semata-mata untuk mengaburi mata rakyat daripada skandal rasuah adalah taktik licik yang merosakkan masa depan negara. Ketelusan dan kejujuran tidak memerlukan retorik, tetapi tindakan nyata tanpa kompromi.
#temuanwar #malaysiamadani #tabunghaji #anwaribrahim #keadilanuntuksemua
Fitnah #1
Memberi longgaran dan hukuman paling ringan?
Prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan mahkamah tidak membolehkan Menteri masuk campur tugasan mahkamah
Fitnah #2
Malaysia baik hati orang hina Islam?
Suspek Vikneswaran ini akan didakwa dengan Kanun Keseksaan 298 setahun penjara dengan denda tidak melebihi RM100,000 DAN Akta Komunikasi dan Multimedia yang hukuman 2 tahun penjara dengan denda RM500,000
#Fitnah 3
Dr Zulkifli Hassan bangga beri hukuman ringan kepada suspek?
Fitnah besar sedangkan yang menjatuhkan hukuman ini majistret atau hakim. Kertas siasatan siap pada 2 Mac dan didakwa pada 3 Mac; bagaimana pula boleh difitnahnya sudah jatuh hukum?
Inilah pentingnya tabbayun, tanya sendiri peguam dan ahli undang-undang tentang isu ini dan anda akan dapati semua ini fitnah.
Hati-hati dengan musuh Islam yang mahu memecahbelahkan kita dengan fitnah.
Semoga Allah memberikan keampunan kepada kita semua pada bulan Ramadan ini.
Pembinaan rumah ibadat sama ada masjid, kuil atau gereja mesti mematuhi undang-undang serta peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan, keharmonian dan kestabilan negara terus terpelihara, justeru, sebarang pihak yang cuba memanipulasi isu ini untuk mencetuskan kebencian atau ketegangan kaum adalah tidak bertanggungjawab dan perlu dihentikan.
Pendekatan berlandaskan undang-undang, toleransi dan saling menghormati mesti terus menjadi asas dalam memelihara perpaduan negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Allah SWT paling menyukai amalan yang dilakukan secara berterusan daripada amalan yang banyak namun terputus kerana dengan berterusannya amalan yang sedikit tersebut, maka akan berterusanlah ketaatan, zikir, muraqabah, dan ikhlas terhadap Allah SWT.
Sebagai salah satu negara pengasas ASEAN, Malaysia kembali memegang amanah besar – kali ini sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Bermula 26 hingga 28 Oktober ini, Kuala Lumpur akan menjadi pentas utama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, di mana pemimpin serantau berhimpun untuk mencorakkan hala tuju masa depan politik, ekonomi dan sosio-budaya Asia Tenggara.
Dalam dunia yang semakin kompleks, ASEAN bukan lagi sekadar blok serantau. Ia adalah kuasa pertengahan global yang memainkan peranan penting dalam kestabilan, integrasi ekonomi dan diplomasi global.
Kenali ASEAN lebih dekat melalui infografik #BernamaTerangkan ini.
#BernamaNews #InfografikBernama #ASEAN #AseanMalaysia2025 #AseanxBernama #SidangKemuncakASEAN47
Saya dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Zionis Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.
Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.
Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Foto: Awani
Kes 5 pegawai kanan ATM bocor maklumat:
"Kajian awal menunjukkan ia berlaku sejak 2020. Persoalannya, mengapa kini baru banyak terbongkar? Sebabnya, kita beri laluan sepenuhnya kepada SPRM — itulah bezanya.” - PM @anwaribrahim
ISLAH TAK AKAN TERTEGAK TANPA ILMU – PM ANWAR
“Politik baru dan reformasi tak boleh berdiri tanpa ilmu. Setiap perkataan dan tindakan kita akan dipertanggungjawabkan, dan itulah asas sebenar islah yang kita perlu gerakkan.”
Perdana Menteri @anwaribrahim menegaskan bahawa sebarang pembaharuan politik dan sosial perlu berlandaskan ilmu, bukan semata-mata retorik atau populariti di media sosial.
Dalam ucapan penutup PBAKL 2025, beliau mengingatkan bahawa ilmu ialah asas kepada reformasi yang tulen, bukan sekadar slogan kosong.
“Politik baru apa kalau tidak ada ilmu? Reformasi pun kalau tidak ada dasar ilmu, tidak,” ujar beliau di hadapan para hadirin.
Tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada Presiden Republik Islam Iran Masoud Pezeshkian yang mengucapkan selamat sempena sambutan Eid al-Adha.
Saya mendoakan supaya para jemaah haji kedua-dua negara yang sedang berada di tanah suci Mekah dikurniakan haji mabrur dan menyumbang ke arah pembangunan Ummah apabila pulang ke tanah air masing-masing.
Dalam semangat Aidiladha yang mengangkat nilai pengorbanan dan semangat keadilan, saya ingin menzahirkan penghargaan yang mendalam atas usaha dan ketegasan beliau Presiden Masoud yang konsisten mempertahankan nasib warga Palestin khususnya di Gaza yang saban hari dibantai dan dizalimi rejim Zionis Israel. Malaysia berdiri teguh bersama Iran dalam menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penjajahan dan pengusiran warga Gaza.
Saya turut menyatakan bahawa dasar luar negara Malaysia tidak ditentukan oleh kuasa-kuasa luar, sebaliknya terbina atas dasar kepentingan nasional dan keyakinan yang teguh.
Malaysia mengecam kemunafikan negara-negara tertentu yang mendabik dada kononnya menjunjung hak asasi, namun secara diam membenarkan pembunuhan beramai-ramai tanpa sebarang tindakan yang bermaruah. Bungkam kepada kezaliman adalah satu pengkhianatan terhadap nilai kemanusiaan sejagat.
Saya merakamkan penghargaan setingginya kepada Presiden Masoud atas usaha murni beliau dalam memudahkan urusan pemulangan dua warganegara Malaysia yang sebelum ini ditahan di Iran melalui penerbangan Mahan Air.
Saya juga telah menyatakan penghargaan kepada Presiden Masoud tatkala menerima kunjungan dari kedua-dua Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan saudara Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Tinggi saudara Zambry Abdul Kadir baru-baru ini ke Tehran sebagai sebahagian dari usaha bersama memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan, teknologi, keterjaminan makanan, perdagangan dan pelaburan, termasuk sektor minyak dan gas.
Dalam perbincangan yang sama, Malaysia menyampaikan harapan agar pihak Iran dapat menyambung semula operasi penerbangan terus dari Tehran ke Kuala Lumpur yang tentunya akan membuka lebih banyak peluang dan ruang bagi hubungan ekonomi dan antara rakyat ke rakyat (people to people).
Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa rahmat, peneguhan iman, penyatuan umat di seluruh dunia.
ANWAR IBRAHIM
ASEAN, China, and the GCC now command over $23 trillion in GDP — 22% of the global economy. A landmark summit, a major FTA upgrade, and 30+ new deals signal a bold push for trade, tech, and investment across Asia and the Gulf.
#TZA#MITIMalaysia#ThisIsWhereGlobalStarts #MADANIIsWorking #myASEAN2025 #advancingASEANeconomy2025 🇲🇾🌺 #China #GCC #CGTN
Lawatan rasmi delegasi Guinea-Bissau diketuai Presiden Umaro Sissoco Embalo ke Malaysia mencerminkan tekad bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak lima dekad lalu.
Pertemuan kami telah memacu usaha memperluas kerjasama strategik terutama dalam bidang minyak dan gas, tenaga boleh baharu, industri halal, pendidikan teknikal, kesihatan dan kewangan Islam, selain menzahirkan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan di Gaza.
Malaysia turut melihat Guinea-Bissau sebagai rakan penting dan pintu masuk strategik ke Afrika untuk merintis kerjasama lebih meluas dan bermakna.
🇲🇾🤝🇬🇼
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
"Anwar ada bagi saya RM600 bulan-bulan, untuk kebajikan"
Ya Allah, nak menitik air mata ini. Moga uncle baik-baik saja dan sentiasa dipermudah segala urusan.
Kredit: tt Cahaya Icha
Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim bersama jemaah Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra melakukan takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.
📹 Mohd Asyraf Syafiq Mazlan / BERNAMA
#BernamaNews#Aidiladha2025
Nenas sudah. Cili sudah. Terung pun sudah. Sekarang, timun pula dari Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Seronok tengok peserta IPR di Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan mula tuai hasil, sambil belajar kemahiran baru yang boleh ubah hidup mereka.
Inilah yang kita perjuangkan: mudahkan teknologi, latih kemahiran, gandakan hasil. Bila petani untung, ekonomi setempat pun mengembang.
Yang penting rakyat rasa perubahan.
Hari ketiga dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia saya mulakan dengan menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) bertajuk Bridging Worlds In A Fractured Age.
Sebelum syarahan, saya dan delegasi Malaysia berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pimpinan MGIMO yang diketuai Rektor Prof Anatoly Torkunov. Saya dimaklumkan mengenai minat MGIMO untuk menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya dan beberapa institusi lain di Malaysia.
Usaha MGIMO untuk memperluas kepakaran dalam hal ehwal ASEAN, pertanian, bahasa dan pertukaran pelajar amat dialu-alukan. Malaysia juga berhasrat menghantar diplomat muda ke MGIMO, institusi tersohor yang telah melahirkan ramai tokoh diplomasi berkaliber di peringkat antarabangsa.
Saya turut menzahirkan penghargaan tertinggi buat MGIMO atas kesudian menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat sebelum syarahan berlangsung. Penghormatan ini saya terima bagi pihak seluruh rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan, keamanan dan perpaduan sejagat.
Dalam syarahan, saya tegaskan bahawa cabaran utama hari ini bukan hanya pada teknologi dan peralihan kuasa global, tetapi pada krisis nilai dan kehilangan arah moral. Generasi muda harus menguasai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan tenaga baharu, namun tetap berpaksikan pada nilai dan ihsan.
Dalam konteks ini, gagasan MADANI menawarkan jalur holistik, mengimbangi kemajuan material dengan kekuatan jiwa dan peradaban. Ini selari dengan Russian soul yang menekankan kekayaan budaya dan kemanusiaan dalam mendepani zaman yang mencabar.
Saya juga berkongsi kekaguman terhadap kesusasteraan Rusia yang mendalam, dari psikologi moral Dostoyevsky, renungan falsafah Tolstoy, ironi halus Chekhov hinggalah puisi getir Anna Akhmatova. Karya-karya ini bukan sahaja memperkaya jiwa Rusia, malah menyuburkan nurani kemanusiaan sejagat yang semakin terhakis.
Pertemuan saya dengan Presiden Vladimir Putin turut disentuh, yang berlangsung dalam semangat keterbukaan dan saling menghormati. Prinsip kesetaraan yang dizahirkan menjadi asas penting dalam membina dunia yang lebih adil dan aman.
Saya akhiri syarahan ini dengan menyeru hadirin untuk tidak gentar menyatakan perkara yang hak dan mempertahankan keadilan adil. Seperti kata Dostoyevsky, “Segalanya ada dalam genggaman manusia, tetapi manusia melepaskannya kerana takut.”
Syarahan umum di MGIMO menjadi penutup tirai lawatan saya di Moscow. Seusai program, saya terus berangkat ke lapangan terbang untuk ke Kazan bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik “Russia-Islamic World serta menyertai KazanForum.
=====
On the third day of my official visit to Russia, I delivered a public lecture at the Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) titled Bridging Worlds In A Fractured Age.
Prior to the lecture, I had the opportunity to meet with the MGIMO leadership, led by Rector Professor Anatoly Torkunov. I was briefed on MGIMO’s keen interest in forging institutional cooperation with the University of Malaya and other Malaysian institutions.
MGIMO’s intent to expand its expertise in ASEAN affairs, agriculture, language studies and student exchanges is most welcome. Malaysia, too, looks forward to sending its young diplomats for training at MGIMO – a renowned institution that has produced many of the world’s foremost diplomatic minds.
I also expressed my deepest appreciation to MGIMO for conferring upon me the honorary doctorate ahead of the lecture. I accepted the honour on behalf of all Malaysians who uphold the universal values of humanity, peace and solidarity.
(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Di sela-sela jadual rasmi yang padat, saya mengambil sedikit waktu untuk beriadah dengan berjalan kaki di sekitar kota Moscow sambil menelusuri jejak sejarah dan kebudayaan Rusia yang begitu mengagumkan.
Saya menghayati keagungan seni bina di sekitar Dataran Merah, tapak bersejarah yang menyaksikan peristiwa penting empayar Tsar, Revolusi Oktober dan era Kesatuan Soviet, di samping terpukau dengan keindahan Katedral St Basil yang dibina pada abad ke-16 sebagai simbol kemenangan Rusia menewaskan tentera Tatar Kazan.
Saya juga sempat berjalan di Taman Zaryadye sebelum menyeberangi jambatan gantung dan menikmati keindahan Sungai Moscow. Alhamdulillah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja