Kenapa bekas MP DAP sendiri berani propose idea full pardon utk Najib?
And KJ pernah ckp pasal “Grand Amnesty” utk geng politik?
Sebab kalau tak.. political vengeance cycle takkan pernah habis.. 🤷🏻♂️
Tukar gomen baru nnt pakat bls dendam balik sampai org dh arwah pun kena juga
Kalau nak membangunkan sebuah negeri seperti Johor yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya ini, kita mesti bergerak seiring.
Pakatan Harapan tidak pernah melihat rakyat melalui warna kulit atau kaum. Bagi kami, apabila diberi amanah untuk memimpin, tanggungjawab itu adalah untuk semua.
Lagipun rakyat hari ini sudah penat dengan politik yang asyik mahu memecah-belahkan kita. Sudah tiba masanya kita memilih politik yang menyatukan, saling menghormati dan bekerjasama demi masa depan Johor yang lebih baik.
#MalaysiaMadani
#PakatanHarapan
#Saifnasution
Kepada yang free esok boleh join saya dan rakan rakan untuk bersihkan Madrasah Darul Abrar di Taman Halimaton KL
Boleh komen di bawah dan saya akan DM untuk tujuan pendaftaran
Petronas Twin Tower, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, F1 Sepang, MSC
The old man put the modern Malaysia in the world map
One of the line i’ll always remember from him: “better the devil you know than the angel you dont”
Smpoga Allah merahmati kehidupan tun M dan Tun Hasmah
Most of the time sy tak setuju dengan Tun, especially during Tun’s 2nd term as PM
Tapi saya tetap menghargai jasa sumbangan Tun kepada negara
10 Julai ni, @chedetofficial akan genap 100 tahun 🫶🏻
Berehatlah Tun. Biar sejarah kenang Tun pada zaman kegemilangan shj 🙏🏻
ALHAMDULILLAH
- Kehidupan Baru -
Adik Nurul akan discharged lusa
Jomlah bantu mana boleh untuk rumah tinggal untuk hidup baru. Kami melawat tadi, banyak lagi keperluan mereka.
Ustazah pun dah dapat kerja baru alhamdulillah. Muharram ini, percayalah. Berganda Allah balas 🙏🏻
Dari masjid ke kopitiam.
Saya memulakan program di Gambir dengan Solat Jumaat bersama Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh, dan perbincangan bersama pengurusan Masjid Bukit Gambir mengenai keperluan masyarakat setempat.
Selepas itu, saya menyertai calon Pakatan Harapan DUN Gambir, Saudara Mohd Nor Mohd Yusof, untuk bertemu peniaga dan penduduk di sekitar kawasan ini. Setiap perbualan memberi gambaran yang lebih jelas tentang keutamaan rakyat Gambir. Ada yang berkongsi cabaran berniaga, ada yang bercakap tentang peluang pekerjaan, kemudahan setempat dan harapan mereka untuk masa depan kawasan ini.
Saudara Mohd Nor adalah seorang yang memilih untuk turun padang dan membina hubungan dengan masyarakat jauh lebih awal sebelum dinamakan sebagai calon. Kesungguhan beliau mendengar, memahami dan menyelesaikan isu-isu rakyat inilah yang amat diperlukan oleh warga Gambir.
Saya percaya Gambir memerlukan seorang wakil rakyat yang rajin turun padang, mudah didekati dan benar-benar memahami keperluan penduduk. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat Gambir, Saudara Mohd Nor dapat membawa semangat itu ke Dewan Undangan Negeri.
#TZA #PRNJohor #PakatanHarapan #Gambir #DUNGambir #MohdNorMohdYusof
80an and 90an memang zaman yang dirindui semua, racial tension tak seteruk zaman skrg
Now the woke generation make everything so sensitive semua benda nak cepat triggered semua benda offensive
F*ck your safe safe space F*ck your political correctness culture 🖕🏻😊
Pekerja Kolej Diburu, Kes Liwat 2 Pelajar Lelaki 15 Tahun #MGFlash
Pekerja sebuah kolej di Shah Alam Selangor menjadi buruan polis selepas disyaki melakukan liwat dan cabul dua pelajar lelaki berusia 15 tahun di kolej sama.
#malaysiagazette#pekerjakolejswasta#liwatpelajar
Tony Pua mengakui beberapa janji pimpinan PH belum sempat ditunaikan oleh Kerajaan Perpaduan, namun menggesa pengundi berlaku adil dengan melihat pelbagai usaha telah dilakukan bagi menunaikan banyak tuntutan penting dalam tempoh singkat pentadbiran sekarang.
Whether one agrees with Tun Dr Mahathir Mohamad's politics or not, his comments should encourage Malaysians to examine issues objectively rather than through partisan lenses. https://t.co/J0FEtiTkrJ
Posting saya tahun 2021 sebagai bekas pengundi UMNO.
***************
DULU, KINI DAN SELAMANYA
1. Saya membesar di kampung Melayu terbesar di Malaysia. Gugusan Manjoi namanya. Terletak di Ipoh, Perak. Jadi disebabkan kampung Melayu, parti politik yang saya kenal hanya dua, UMNO dan PAS. Sebab Tok, Ayah dan kebanyakan keluarga saya bekerja Kerajaan, naturally UMNO yang kami sokong.
2. Dari kecil saya diberitahu UMNO ni parti pejuang Melayu. Tanpa UMNO melingkuplah Melayu. Kita taknak mengemis di negeri sendiri, orang lain akan membuli. Makanya, orang Melayu perlukan UMNO supaya kita dilindungi.
3. Namun UMNO yang dulu bukan UMNO yang sekarang. 60 tahun memerintah Malaysia, mereka dah naik tocang. Dirompaknya negara, digadaikan bangsa kerana secebis kuasa.
4. Sejak UMNO tumbang selepas PRU14, taktik demi taktik dibuat untuk mereka kembali berkuasa. Dijatuhnya Kerajaan PH, tak puas hati lagi dijatuhkan pula Kerajaan PN. Bukannya kita tak tahu Presiden UMNO sejak 2019 lagi sudah cium tangan Tun. Nak buat Kerajaan Melayu Islam. Kononnya ini yang negara perlukan.
5. Cuma ada yang jadi Tipah tertipu. Disambutnya game UMNO itu, kerana nak jadi Perdana Menteri. Kita memang tahu ketika Langkah Sheraton, geng UMNO yang propose TSMY jadi PM. Ada pulak 2 kutu dalam Bersatu yang memang serigala jadian. Last-last TSMY juga mereka jatuhkan.
6. Satu saja tuan puan. Mereka ini tak boleh hilang kuasa. Hilang kuasa tu macam hilang nyawa. Mana boleh jadi pembangkang berterusan, apa yang nak dibuat makan? Kena ingat, lifestyle pemimpin UMNO bukan macam Nik Aziz. Mereka ada kelas tersendiri. Perhatikan saja lah, melawat mangsa banjir pun pakai Burberry. Jam di tangan pun boleh beli rumah sebijik.
7. UMNO sekarang, pada saya, kalau tak dibendung akan jadi parti facist. Ramai di kalangan Melayu sendiri yang muak dan menyampah. Kalau terus menerus begini, UMNO akan tumbang jua dan susah bangkit semula.
8. Yang paling menghampakan, mereka masih lagi sanjung pemimpin korup. Yang jatuh hukum 12 tahun penjara dan denda RM210 milion pun digelar Bossku. Patutnya dah jadi banduan di Sungai Buloh, la ni masih berkeliaran berkempen tak malu.
9. Presidennya tubuh Yayasan Akalbudi. Tapi orang pun heran, di mana akal di mana budi? Sampai duit anak yatim pun disonglap sekali. Buat bayar barangan mewah dan bercuti. Anaknya pulak buat komen tak berpijak ke bumi. Buat jenaka mengenai tuala wanita, perlu ke memerli orang miskin?
10. Kalau inilah kualiti pemimpin UMNO yang disanjung, parti ini akan melingkup. Yang di dalam pun tak kuat melawan. Ada yang berkualiti macam Tok Mat, KJ, Syahril Hamdan, Ismail Sabri dan Johari Ghani. Tapi mereka yang pandai2 dan boleh buat kerja ni, geng UMNO tak suka. Kenapa? Sebab mereka susah nak memberi.
11. Banyak orang Melayu masih sayangkan UMNO. Tapi, kami rindukan UMNO yang dulu. Yang pemimpinnya cerdik pandai, berintegriti, cakap serupa bikin, yang kita boleh banggakan. Mereka model kita, acuan bangsa kita yang berjaya. Banyak Towering Malays yang kita sanjung dan junjung. Cerita mengenai mereka buat kita senyum.
12. Dulu kalau cakap pasal Malaysia, terus kawan2 luar negara tanya pasal KLCC. Sekarang, dengan sinisnya mereka tanya pasal 1MDB. Tu beza pemimpin UMNO dulu dan kini.
13. Bagi UMNO nak naik kembali, saya yakin formulanya ada empat:
(i) Tolak pemimpin korup dan yang selalu guna kuasa;
(ii) Tolak budaya Cash is King dan patron politik;
(iii) Tampilkan orang muda dan buang semua warlords;
(iv) Embrace kembali Malaysia yang majmuk. Maknanya, terima semua kaum sebagai rakan membangunkan negara. Jangan jadikan mereka musuh. Slogan Kerajaan Melayu Islam tu yang membunuh.
Pemandu teksi merupakan antara wajah awal negara yang membentuk tanggapan pelancong terhadap Malaysia menerusi layanan yang baik, profesionalisme dan integriti yang ditampilkan bukan sahaja mencerminkan mutu perkhidmatan, malah menjadi cerminan nilai dan imej negara.
Ketika merasmikan Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka hari ini, saya menegaskan komitmen Kerajaan untuk terus memperkukuh kebajikan dan daya saing warga pemandu teksi selain memanfaatkan penggunaan aplikasi tempahan digital perlu bagi memperluas peluang pendapatan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan, tanpa menjejaskan masa mereka mencari rezeki.
Susulan sambutan yang amat menggalakkan terhadap skim geran padanan sebelum ini yang habis dimanfaatkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan, Kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membolehkan lebih ramai pemandu memiliki kenderaan baharu yang lebih selamat, selesa dan memenuhi keperluan semasa.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar berterusan Kerajaan untuk memastikan industri teksi terus kekal relevan, berdaya saing dan diyakini rakyat serta pelancong, di samping meningkatkan kesejahteraan warga pemandu yang telah sekian lama menyumbang kepada pembangunan sektor pengangkutan negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
'Terima kasih terima lelaki gagal segalanya' - Datuk Red akhiri zaman duda
"Dia tahu susahku, dia tahu kekuranganku, dia tahu kebencian orang terhadapku, tapi dia memilih untuk tidak pergi"
#sinarharian#DatukRed#perkahwinan#hiburan
Isi RON95: Pemandu Singapura Didenda RM20,000 #MGFlash
Seorang pemandu warga Singapura didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam, selepas mengaku bersalah mengisi petrol bersubsidi RON95 ke dalam kenderaan berdaftar di republik itu.
#malaysiagazette #wargasingapura #ron95bersubsidi
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
Saya merakam ucapan takziah di atas pemergian pramugara Malaysia Airlines (MAS) dan pejuang kanser, Almarhum Hafeez Al-Bukhary atau nama sebenarnya Hafiz Bukhari Zulkefly.
Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Innalillahi wainna ilayhi rajiun.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.
Al-Fatihah.
#AlFatihah