Mengingati mati akan menghapuskan keseronokan kita dengan kelazatan dunia. Apa yang ada akan hilang selamanya bila tiba masanya nanti.
Semoga Allah membimbing kita.
Kelebihan Membaca Al-Quran: Setiap Huruf Bernilai
Bayangkan, hanya dengan membaca “الم” sahaja, kita sudah mendapat tiga kebaikan, apatah lagi jika kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran setiap hari! SubhanAllah!
Jangan lupa sebarkan kebaikan ini!
Jahil ada 2 :
1- Basith : Dia tahu bahawa dia tak tahu.
Natijah dari orang sebegini, dia tak banyak ulas perkara yang dia tak tahu dan banyak belajar serta bertanya yang perlu.
2- Murakkab : Dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu.
Natijahnya, dia akan banyak bercakap
"Tuhan tak akan ampunkan aku ni"
Kalau kita pernah terfikir begini, buang terus kerana ini jarum syaitan.
Mengapa? Kerana Allah itu Maha Mengampun. Ibn Rajab رَحِمَهُ الله berkata:
“Orang yang rugi adalah orang yang menyangka Allah tidak mengampunkannya”
[Lata'if al-Ma'arif]
Rasulullah SAW: Contoh Teladan Yang Baik
Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang terbaik dalam segala aspek kehidupan sebagai pemimpin, sahabat, suami, dan pendidik. Baginda SAW mengajarkan kasih sayang, kesabaran, keadilan, serta akhlak yang mulia.
Ilmu adalah cahaya, namun akhlak adalah cerminnya. Seindah manapun ilmu yang kita miliki, jika tidak diiringi dengan akhlak mulia, ia hanyalah bayang-bayang yang hilang.
Mari kita utamakan akhlak dalam setiap perbuatan kita, kerana itulah yang paling disukai oleh Allah SWT.
Permudahkan Urusan Orang Lain
==========
Dalam kehidupan harian, kita banyak berkongsi urusan dan menggunakan perkhidmatan yang sama dengan orang lain. Tidak kira sama ada di stesen minyak, mesin ATM atau tandas awam, berusahalah untuk mempermudahkan urusan orang lain juga.
Kurang lebih 180 hari bermula kini, Ramadan bakal menjelma lagi. Moga Allah berikan kita peluang lagi bertemu Ramadan.
Boleh perhatikan puasa ganti bagi yang berkenaan. Jika sudah selesai, latih diri puasa sunat, dekatkan diri dengan al-Quran.
Insya Allah.
Gelaran ‘ustaz’, ‘pendakwah’ dan seumpamanya adalah gelaran berat. Perlu pastikan dahulu latar belakang ilmu secara kukuh.
Sekadar boleh bertutur bahasa Arab sepatah dua tidak melayakkan gelaran itu.
Jangan bermudahan anggap seseorang itu ustaz atau tokoh agama.
Jangan perlekehkan sesiapa pun.
Boleh jadi orang yang diperlekehkan itu lebih suci hatinya, lebih baik amalannya dan lebih ikhlas niatnya.
[Imam al-Munawi]
Lelaki muslim, elakkan memakai perhiasan wanita seperti gelang, rantai, subang & seumpamanya.
Semua ini dihukumkan haram buat orang lelaki berdasarkan hadith Nabi ﷺ.
Insya Allah mudah sahaja untuk elak semua ini, mendatangkan pahala jika kita elak.
Penerangan di bawah.
Nampaknya situasi gangguan seksual terhadap wanita di Korea Selatan semakin tular dan meluas ketika ini
Sekarang ada kumpulan Telegram dengan jumlah subscriber hampir 220,000 orang
Lelaki lelaki yang join group itu akan ambil gambar crush mereka atau perempuan yang mereka nak dan dengan bantuan AI mereka. Mereka guna A.I untuk reka muka para wanita dengan berpakaian seksi atau seperti model pornografi
Kempen sedang berjalan untuk mendesak Kerajaan Korea Selatan melakukan sesuatu
3 jenis tawasul yang dibenarkan ini dipanggil sebagai tawasul syar’i (sesuai dengan sunnah):
1. Tawasul dengan amalan soleh
Semasa berdoa, boleh sahaja menyebut amalan soleh yang pernah dilakukan.
Kisah paling masyhur adalah mengenai tiga orang pemuda terperangkap dalam gua.