๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Alhamdulillah, Allah beri kelapangan umur kepada kita untuk bersua sekali lagi dengan Hari Raya Aildiladha 1447H.
Hari Raya Aidiladha mungkin tidak begitu meriah di Malaysia berbanding dengan Hari Raya Aidilfitri, terutamanya bagi yang muda-muda.
Insya-Allah, bila makin tua, rasa itu makin dekat sebab panggilan haji semakin kuat.
Saya doakan sahabat-sahabat yang masih menunggu giliran haji dimakbulkan doa mereka dan diberi peluang menunaikan haji satu hari nanti.
Kepada yang muda-muda, walaupun bunyi macam susah sangat nak pergi haji sebab giliran sampai 70-80 tahun dari sekarang, sebaiknya kita pasang niat dan mulakan dengan daftar di Tabung Haji.
Walaupun angka giliran itu nampak menggerunkan, rezeki naik haji ini Allah dah tetapkan. Bila sampai rezeki, Insya Allah sampailah.
Saya pasang niat untuk naik haji bersama-sama ayah dan mak saya dari kecil. Mereka orang kampung, saya bimbang kalau mereka pergi tidak diiringi anak-anak, cuma nak dapat giliran bersama itu payah.
Alhamdulillah, giliran saya dan ayah sampai tahun 2013.
Kami pergi secara muassasah dengan Tabung Haji. Satu bilik ada 5 orang rasanya, saya seorang saja yang muda. Yang lain-lain banyaknya dah tua, termasuk ayah saya.
Saya ambil kesempatan ini sampaikan salam kepada semua yang berkongsi bilik dengan saya dan ayah di Mekah dan Madinah dahulu. Terima kasih atas jasa baik temankan ayah saya juga.
Pergi haji ikut muassasah ni jauh sikit kena berjalan, selalunya antara 1-2 km dari Masjidil Haram. Tapi semua diringankan dan tak rasa apa pun berjalan sekitar 10 - 15 km sehari.
Pengalaman peribadi saya, doa sepanjang ibadah haji ini dimakbulkan Allah.
Saya tak minta macam-macam. Tak mintak kaya ha3.
Masa itu saya ada 2 kerisauan sahaja.
Satu, saman pertama saya dalam kes NFC. Saya tidak pernah melalui kes mahkamah seumur hidup, jadi ada kebimbangan kalau tidak ada kesudahan baik. Saya doa diberikan kemudahan agar kes itu selesai.
Dalam tempoh dua minggu saya berada di Tanah Haram, peguam saya mesej yang Tan Sri Shahrizat Jalil yang menyaman saya telah menarik balik saman dan kes itu digugurkan.
Satu lagi kerisauan saya ialah isteri saya sarat mengandung. Saya doa supaya anak dilahirkan semasa saya dah balik dari haji dan ia kelahiran normal tanpa pembedahan cesarean.
Alhamdulillah anak saya dilahirkan 2 minggu selepas saya pulang dari haji. Isteri saya in labour dari pagi sampai malam, akhirnya doktor kata memang kena buat cesarean jugak. Kami pun pasrah.
Isteri saya dah dalam operating theatre untuk pembedahan, ketika itu anak saya lahir.
Mungkin semuanya Allah telah tetapkan dan tidak ada kena mengena dengan doa saya semasa menunaikan haji.
Tapi kita hanya mampu berdoa dan itulah dua doa penting yang saya minta sepanjang menunaikan haji.
Sebab itu, Hari Raya Aidiladha ada konotasi yang berbeza kepada saya.
Ia mengingatkan saya bahawa Allah sentiasa mendengar, selagi kita mengetuk pintunya.
Masa saya nak naik haji, saya sangat takut kerana saya rasa tidak cukup amalan. Ramai lagi orang yang lebih layak dari saya untuk menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah.
Sepanjang masa, saya rasa tidak layak.
Tetapi bila dah sampai, kita rasa kecilnya kita dan melalui kebesaran dan belas ehsan Allah, yang tidak boleh digambarkan.
Bila kita tahu kecilnya kita dan Allah itu Maha Pemurah, ia menghilangkan perasaan lain, kecuali memohon dengan sepenuh ikhlas seperti seorang hamba yang hina dina meminta belas ehsan dari Penciptanya.
Hari Raya Aidiladha memang tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, tetapi Insya-Allah semakin kita tua, semakin kita menghayati maknanya.
Kepada yang memandu pulang, bawa kereta baik-baik dan banyak bersabar. Lambat macam mana pun, Insya-Allah sampai juga.
People ask "Why would Iran do a symbolic attack on US bases, if the US will likely respond with attacks of their own?"
The truth is, the US will ATTACK IRAN AGAIN NO MATTER WHAT. Trump was tweeting LAST NIGHT ABOUT REGIME CHANGE!
If Iran keeps BOMBING THE HELL OUT OF ISRAEL, the US will eventually STRIKE IRAN AGAIN.
Don't be NAIVE!
P09 Alor Setar tetap milik PN jika calon kitar semula dicalonkan semula. Kami perlukan calon fresh dan baru segar bugar jentera nak berjalan, ni calon lama penuh nepo dan kronisme akan tetap ditolak aktivitis dan pengundi.
@n_izzah dan @anwaribrahim , jangan pejamkan mata.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ต ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ญ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐๐ง:
๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ช๐๐ง ๐๐ช๐๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐๐๐ฆ๐
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025 yang baru berlaku mengundang pelbagai pandangan dan reaksi dari banyak pihak, termasuklah dari kalangan anggota dan bukan anggota. Perkara ini sudah dijangka, memandangkan KEADILAN adalah parti utama di dalam Kerajaan Persekutuan.
Jika pun perbezaan pendapat mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025 dilihat tidak sealiran dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, ia adalah satu cabaran yang wajar ditangani dengan berhemah. Sebarang bentuk tekanan atau intimidasi akan menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa pentadbiran sekarang cepat menggunakan kuasa dan tidak mempertahankan hak rakyat untuk berbeza pandangan.
Sejak seminggu lepas, saya telah menerima aduan-aduan dari orang biasa yang telah diambil tindakan yang berbeza-beza. Tindakan-tindakan ini termasuklah:
i.Aduan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada platform X bahawa kandungan telah melanggar undang-undang Malaysia;
ii.Pegawai SKMM dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjungi Orang Kena Adu (OKA) dengan alasan ingin berjumpa, tanpa sebarang dokumen rasmi;
iii.Pegawai SKMM mengeluarkan notis kepada OKA untuk siasatan; dan/atau
iv.Telefon pintar dan kad SIM OKA dirampas untuk siasatan.
Kandungan di platform X yang disiasat selalunya adalah pandangan peribadi seorang rakyat biasa mengenai perjalanan atau keputusan pemilihan KEADILAN 2025 yang tidak melanggar apa-apa undang-undang.
Sebab itu, setelah saya meneliti aduan-aduan ini, saya berpendapat kaedah ini hanyalah satu bentuk intimidasi untuk menekan orang awam dari tidak lagi buat kandungan mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025.
Seorang dari mereka yang telah dipanggil SKMM dikenali di platform X dengan akaun ๐๐บ๐ฒ๐ฟ ๐๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ต @๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ณ๐ฎ๐ญ๐ญ
Saya kemukakan dokumen laporan polis oleh isteri beliau setelah diganggu pegawai SKMM dan polis, serta notis siasatan SKMM dan senarai rampasan oleh pihak polis berhubung satu kandungan (rujuk lampiran):
i.Lampiran A โ kandungan yang diadu. Kandungan hanyalah pandangan peribadi beliau mengenai pemilihan KEADILAN 2025
ii.Lampiran B โ laporan polis oleh isteri mengenai intimidasi
iii.Lampiran C โ notis siasatan oleh SKMM
iv.Lampiran D โ senarai rampasan oleh PDRM
Perkara ini turut berlaku kepada orang awam lain yang banyak mengulas mengenai pemilihan KEADILAN 2025. Saya dimaklumkan bahawa antara akaun-akaun di platform X yang diadu termasuklah ๐ฝ๐ฎ๐ต๐ฏ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต๐ฐ๐ญ, ๐บ๐๐ถ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ณ๐ณ๐ฎ๐ถ๐ฟ๐, ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ผ๐๐ธ๐๐ท๐๐ถ๐ฐ๐ฒ, ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต๐ง๐ถ๐บ๐๐ฟ, ๐ฃ๐ฒ๐ท๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฃ๐, ๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ผ_๐ธ๐ผ๐๐ต๐ธ๐ฎ๐ฏ๐ฏ๐ฌ, ๐ณ๐ฒ๐บ๐๐ผ๐ฑ๐ฑ๐ฑ, ๐๐พ๐ถ๐บ๐ก๐ถ๐๐ฎ๐ฟ, ๐ฟ๐ผ๐๐ฎ๐ป๐ฟ๐ผ๐บ๐ฎ๐ป๐ผ, ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ๐ญ๐ฎ๐ธ, ๐๐ณ๐ฟ๐ฎ๐น๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, ๐บ๐๐ฑ๐ต๐ต๐ป๐ถ, ๐ ๐ฎ๐_๐๐ฎ๐ธ๐ฒ๐, ๐๐ถ๐ฟ๐๐ฎ๐๐น๐, ๐๐ฒ๐ต๐บ๐ฎ๐ป๐๐๐๐ฒ๐ฟ๐ฒ, ๐ฏ๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ๐น๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด, ๐๐ฟ๐ถ๐ฐ๐ธ๐๐๐ถ๐น๐น๐๐ญ, ๐๐ฟ๐๐น๐ถ๐ฎ๐บ dan ๐ฝ๐ฒ๐บ๐๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฑ๐_๐บ๐.
Saya percaya YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan YB Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi tidak memberikan arahan agar orang awam seperti ini dikenakan tindakan.
Kemungkinannya, ada watak-watak tertentu yang berselindung di belakang nama-nama menteri mereka, yang memberi arahan kepada SKMM atau PDRM untuk menekan orang awam, hanya kerana pandangan mereka mengenai pemilihan KEADILAN 2025 tidak sealiran dengan pandangan watak-watak ini.
Oleh itu, saya menasihatkan supaya perkara ini dihentikan serta-merta.
Saya telah pun berbincang dengan peguam-peguam sukarela yang akan mewakili orang awam yang dikenakan intimidasi seperti ini. Jika ada pelanggaran peraturan atau undang-undang, orang awam yang menjadi mangsa intimidasi seperti ini akan dinasihati untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
(1/3)
Selamat mengundi saya ucapkan kepada semua perwakilan yang akan mula mengundi pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda di Kongres Nasional KEADILAN.
Saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan, ahli keluarga dan anggota-anggota kerana anda memang yang terbaik, sangat setia, sangat jelas, sangat berani dan andalah masa depan dan akar sebenar parti ini.
Segalanya telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Yang menyejukkan dan menenangkan hati saya walau apa pun terjadi, insya-Allah parti ini akan terus segar-bugar dengan anggota parti yang terus kekal dengan idealisme reformasi.
๐ฆ๐ฒ๐บ๐ผ๐ด๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ฟ๐ฒ๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐๐ฎ๐, ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ๐๐ท๐ถ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ.
#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025
๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐
Banyak perkara yang ditimbulkan kebelakangan ini, untuk memberi alasan kenapa saya perlu dikeluarkan dari kepimpinan kanan KEADILAN, adalah tidak bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.
Terkini, tohmahan kononnya Nurul Izzah bertanding kerana saya akan meletakkan jawatan dan telah mengosongkan pejabat.
๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐๐ถ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ:
๐ฎ๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ YAB Presiden menasihatkan supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden di pelancaran bersama Mesyuarat Agung Tahunan PKR Selangor. Beliau meminta saya diberi laluan mudah.
๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden meminta saya kekal bertanding sebagai Timbalan Presiden. Beliau hadir ke acara rumah terbuka Kementerian Ekonomi.
๐ญ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Pemilihan cabang berlangsung bagi minggu kedua. Keputusan pelik (termasuk badan tanpa kepala, undi hilang) memuncak dan pola keputusan menunjukkan sesuatu tidak kena.
๐ฎ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Sdr Saifuddin Nasution Ismail datang berjumpa di pejabat saya dan kami berbincang lebih 4 jam. Saya maklumkan ada gerakan yang mahu saya tidak lagi menjadi Timbalan Presiden. Saya maklumkan saya terbuka untuk tidak bertanding, sekiranya itu menghentikan kekacauan yang berlaku. Saya nyatakan tidak ada keperluan untuk menggoncang kestabilan parti dan kerajaan hanya untuk mengeluarkan saya. Saya juga akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi kerana prinsipnya mestilah pimpinan parti yang dipilih yang menganggotai Kabinet.
๐ฎ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Saya nyatakan perkara yang sama kepada beliau. Beliau tidak bersetuju. Beliau memaklumkan aduan-aduan mengenai sistem dan keputusan di peringkat cabang akan dibincangkan di dalam MPP Khas yang telah dipanggil keesokan hari.
๐ฎ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP Khas berlangsung dalam keadaan tegang dan menemui jalan buntu. Mesyuarat berakhir tanpa ada sebarang persetujuan yang jelas mengenai aduan-aduan.
๐ฎ๐ฐ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Oleh kerana tiada jalan penyelesaian yang jelas diputuskan oleh MPP Khas, saya membuat keputusan mengambil cuti untuk berjumpa seberapa banyak cabang yang tidak berpuas hati. Surat memohon bercuti dihantar kepada YAB Presiden. Surat hanya memohon cuti, tidak timbul soal meletak jawatan atau tidak bertanding kerana saya akur dengan permintaan YAB Presiden sebelum itu untuk saya kekal bertanding.
๐ฎ๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden menelefon dan mohon berjumpa. Saya mohon untuk saya selesaikan perjumpaan saya dengan akar umbi dan bersetuju berjumpa pada 30 April.
๐ฎ๐ต ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP bersetuju untuk mengadakan audit bebas ke atas sistem dan keputusan pemilihan di peringkat cabang, untuk mengatasi masalah defisit kepercayaan kepada sistem menjelang pemilihan pusat.
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Beliau sekali lagi mengulangi permintaan untuk saya mempertahankan Timbalan Presiden dan kekal dalam kabinet. Saya menyatakan pandangan saya bahawa sesiapa yang menang Timbalan Presiden mestilah mewakili parti dalam kabinet dan saya wajar menarik diri jika kalah. Jika tidak, PKR dilihat tidak berbeza dari parti lain yang berkisar mengenai kedudukan dalam kerajaan.
๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kenyataan-kenyataan media yang disusun oleh individu tertentu (sebahagiannya adalah Setiausaha Politik PM sendiri) mula keluar untuk menunjukkan saya ditolak ketua cabang dan pimpinan kerajaan dari PKR. Kenyataan-kenyataan ini menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah.
๐ณ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Dalam satu kenyataan media, saya mengesahkan saya akan bertanding dan mengalu-alukan penyertaan calon lain.
๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden. Nurul Izzah tetap bertanding walaupun tahu bahawa saya akan mempertahankan jawatan.
๐ญ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kempen HIRUK bermula.
๐ญ๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saudara Saifuddin memohon untuk saya pertimbangkan permintaan Nurul Izzah untuk berjumpa dengan saya.
๐ฎ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saya berjumpa Nurul Izzah dan Saifuddin di rumah Saifuddin. Inti pati perbincangan akan saya ulas di perenggan seterusnya.
Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah mendraf surat meletak jawatan, atau menyatakan tidak akan bertanding. Alasan yang diberikan konon Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar. Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh YAB Presiden sendiri.
Saya juga tidak pernah berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini. Selepas bercuti selama 4 hari untuk berjumpa dengan akar umbi, saya kekal menjalankan tugas menteri seperti biasa.
Jika benar Nurul Izzah bimbangkan kekosongan jawatan Timbalan Presiden, Saudara Saifuddin boleh sahaja bertanding sebagai timbalan. Lebih mudah, Nurul Izzah boleh berhubung dengan saya untuk mengesahkan, seperti mana beliau sering berhubung di tahun-tahun 2021 dan 2022 untuk memujuk saya kembali aktif ke arah persediaan PRU2022.
Dalam pertemuan terakhir pada 20 Mei, Nurul Izzah sekali lagi merayu kepada saya untuk membantunya selepas pemilihan parti. Ada gambaran beliau menawarkan jawatan kepada saya. Saya nyatakan di awal perjumpaan saya tidak berminat dan akan menghormati keputusan pemilihan.
Alasan yang diberikan ialah kebimbangan beliau dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat bakal menimbulkan masalah kepada YAB Presiden dan parti. Secara jelas, beliau berkongsi kebimbangan mengenai niat mereka, rekod mereka, amalan politik mereka dan kesannya kepada parti.
Inilah sebenarnya jawapan kepada soalan โAda Apa Dengan Hiruk?โ
Saya tidak pandai bermuka-muka. Saya diketahui di dalam dan luar parti yang saya tidak selesa dengan beberapa kumpulan, yang pada pandangan saya, tidak menggambarkan reformasi politik yang dibawa PKR. Amalan mereka banyak berkisarkan wang dan keghairahan mereka untuk mendapatkan jawatan bertentangan dengan janji reformasi yang dibawa parti.
Saya konsisten menolak mereka.
Atas alasan ini, saya dituduh ego. Setiap kali ada pemilihan, kumpulan ini bekerjasama untuk menolak calon-calon yang tidak mengamalkan perkara yang sama.
Saya dituduh memburukkan parti apabila mengkritik amalan-amalan ini secara terbuka.
Akhirnya, setelah kumpulan-kumpulan ini diyakini akan membarisi kepimpinan baru PKR, saya juga yang dirayu untuk melawan mereka di dalam parti.
Jika Nurul Izzah bimbang mengenai amalan mereka, Nurul Izzah sepatutnya tidak bersekongkol dengan mereka demi untuk menang jawatan Timbalan Presiden.
Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau selepas ini. Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.
Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.
#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025