Wah siap tunjuk jari tengah 🖕
Kebiadaban warga hanyut semakin menjadi-jadi skrng ni kan? 😡
Kpd Penguatkuasa yg gagal menjalankan tugas, jgn ambil mudah dgn kesabaran rakyat selama ini, ya ! ☹️
See how many Malaysian yang nak bekerja dan masih unemployed punya la ramai?? But menteri Malaysia bangang sanggup nak hired 15,000 warga asing sebab taknak bayar gaji bermaruah
Received this in one of the WhatsApp group ! Who is this Bangladeshi guy ? Claims are outrageous ! @PDRMsia@SPRMMalaysia must investigate …. Another Bangladeshi cartel ? @saifnasution@anwaribrahim
SUDAH KANTOI….
Terima kasih kepada Kepala JKOM sebab sudi kantoikan satu lagi salah guna kuasa Madani.
Nampaknya PKR salah guna kuasa dengan menggunakan fasiliti kerajaan untuk program parti, siap ada logo parti terpampang besar dalam program “Latihan Wanita Pemimpin Negara”.
Melibatkan Wanita PKR 3 negeri - Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan..
Lebih menarik, lokasi program ini pula di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, sebuah kemudahan kerajaan di bawah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.
Mesti cantik dan tenang tempat itu.
Maklumlah, beachfront facility di tepi pantai Sepang.
Sambil buat program parti, boleh juga menikmati angin laut. Reformasi rasa resort.
Jadi adakah fasiliti kerajaan kini digunakan untuk program mobilisasi politik parti menjelang pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan?
Dulu PH paling kuat menjerit tentang salah guna jentera dan fasiliti kerajaan.
Dulu mereka paling kuat bercakap tentang integriti institusi dan pemisahan parti dengan kerajaan.
Hari ini?
Program parti boleh masuk kemudahan kerajaan, siap logo parti, siap Ketua JKOM yang sepatutnya penjawat awam hadir pula.
Nasib baik Kepala JKOM rajin post.
Kalau tidak, rakyat mungkin tak tahu betapa “bersihnya” reformasi Madani ini.
@syam_ghaz what say you?
Sumber : Facebook Akmar Hisham Mokkles
Dua gambar yang aku nak tanya pada
Ketua JKOM @syam_ghaz.
Jumpa KSN hari tu ada tanya pasal keputusan Lembaga Disiplin Jawatankuasa Siasatan Azam Baki tak? Janji nak umum tapi dah nak masuk 3 bulan buat pekasam?
Hari tu isytihar nak benam akaun2 fake. Tu belakang tuan ada sorang (@taufiqiskandar_) guna title Dato' fake kira cemana?
Rakyat melihat ok! 🫵🏻
YB @WongChen_MY masuk Malaysian Debt Ventures (MDV) dengan latarbelakang MDV yang teruk. Rugi berpuluh2 juta almost every year. MDV satu syarikat di bawah Kementerian Kewangan ye.
Tahun pertama dia masuk, MDV untuk RM3 juta. Tahun kedua, MDV untuk naik pula RM7.5 juta. Tiba-tiba, dia dimaklumkan dipecat. Takde sebab, takde notis bagai. Hairan, yang membawa keuntungan pula ditendang. Yang kalah pilihanraya, diangkat. Malah yang konfirm scam seorang doktor RM5.5 juta dulu juga diangkat. 😅
Sebelum Beliau habiskan ucapan, beliau cabar PKR untuk pecat dia sekarang. Ada bran? 🫵🏻
Aku baru habis layan podcast cina Rafizi kat youtube. Nohh! Padu nokharom! Lepas tu bila aku selak ruangan komen, Mak ai.. dahsyat2 semuanya. Very organic.
Aku tak rasa aku syok sendiri, tapi memang komen2 tu datang dari non-partisan & fence sitter. 1/2
BREAKING material that arrived now to my hands! Corrupt former Malaysian PM Najib Razak’s wife funds a 13M$ mansion purchase for her son-in-law. A few weeks ago, the mansion is transferred to an associate of the royal family, while a pardon request is on their table for the jailed PM. Are the corrupt conducts of Najib continuing from jail?
@yeobeeyin@zunarkartunis@jameschin110@thomasfann@malaysianbar@malaysiakini@fmtoday@staronline@bersihofficial
Sedikit latarbelakang Ketua JKOM yang baru.
Mohd Hishamuddin Bin Ghazali (juga dikenali sebagai Syam Ghaz atau Hisyamuddin Ghazali) pernah mewakili AMANAH dalam pilihan raya dan kalah.
PRU14 (2018) : Beliau bertanding atas tiket AMANAH (di bawah Pakatan Harapan) untuk kerusi DUN N.16 Apam Putra.
Keputusan : Beliau kalah dengan mendapat 1,082 undi (7.21%) dan hilang deposit.
PRU15 (2022) : Beliau bertanding pula untuk kerusi Parlimen P031 Kuala Krai.
Keputusan : Beliau sekali lagi kalah dengan mendapat 4,148 undi (6.4%) dan hilang deposit.
Sekarang, yang kalah pilihanraya, mudah dapat tempat. 😁
𝗗𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗥𝗢𝗦𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗡𝗦𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗥𝗠𝟲𝟳 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗚𝗔𝗡𝗧𝗜 𝗖𝗜𝗡𝗖𝗜𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67 juta kepada sebuah syarikat barang kemas mewah dari Lubnan bernama Global Royalty Trading (GRTS).
GRTS dikenali sebagai pembekal barang kemas mewah kepada selebriti ternama dunia dari kalangan keluarga diraja, ahli politik, hartawan dan artis terkenal, termasuk Angelina Jolie, Naomi Campbell, Oprah Winfrey dan ramai lagi.
Sejumlah 43 barang kemas mewah bernilai RM67 juta dihantar GRTS dari Beirut kepada Datin Seri Rosmah dalam tahun 2018 dahulu.
Ia amalan biasa di kalangan orang ternama. Syarikat seperti GRTS menghantar barang kemas mewah untuk di semak dan seterusnya dibeli. Mana-mana yang tidak dibeli akan dipulangkan kembali.
Kesemua 43 barang kemas itu tidak dipulangkan, lalu GRTS mengambil tindakan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Semasa perbicaraan, ada pelbagai hujah dikemukakan.
Satu hujah ialah barang kemas itu telah dirampas oleh pihak polis dari condominium unit 45, Pavilion Residences - tempat wang tunai dan barang kemas milik Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah disimpan.
Satu hujah lagi ialah ramai orang keluar masuk dan mengendalikan proses mengalih barang kemas itu ke Pavilion, jadi tidak dapat ditentukan apa yang terjadi kepada barang kemas itu.
Walau bagaimana pun, pihak mahkamah memutuskan bahawa tanggungjawab itu tetap tanggungjawab Datin Seri Rosmah dan beliau perlu membayar kembali nilai kesemua 43 barang kemas itu yang berjumlah RM67 juta.
Saya sering dituduh oleh penyokong-penyokong Umno kononnya memfitnah Datin Seri Rosmah mengenai pembelian cincin dan barang kemas mewah.
Saya telah pun menunjukkan bukti barang-barang kemas mewah yang dibeli menggunakan wang SRC dan 1MDB - semua bukti, termasuk transaksi kad kredit, ada di blog saya https://t.co/1GYkMQW77C
Pilih kategori 1MDB dan ada beratus bukti dan dokumen.
Tapi masih ramai yang akan terus menuduh saya memfitnah mengenai pembelian cincin dan barang kemas mewah.
Pada satu ketika, saya tidak membantah pun fitnah-fitnah kononnya saya memfitnah Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah mengenai 1MDB, cincin, barang kemas mewah dan sebagainya.
Biarlah fakta seperti keputusan-keputusan mahkamah berbicara.
Kita hanya mampu berdoa Allah buka hati mereka menerima kebenaran.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟴 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔
Hasrat 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk merintis budaya politik yang berfokus kepada bakat rakyat dan masa depan kini dizahirkan dengan memperkenalkan proses terbuka pemilihan calon-calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dalam pilihanraya.
Rakyat Malaysia yang ingin menawarkan diri menjadi calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dijemput memohon dengan mendaftar di https://t.co/4xO9KSPe24
Klik “Sertai” dan pilih laluan pendaftaran sebagai calon pilihanraya. Sekiranya belum menjadi ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, anda perlu memohon menjadi ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai calon pilihanraya.
Klik https://t.co/ajGJhqo3rO
Pemohon akan melalui proses berikut:
1.Melengkapkan maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, kerjaya dan keluarga
2.Melengkapkan maklumat kewangan, termasuk mengenai pendapatan dan aset
3.Temuduga skrin yang dikendalikan oleh algoritma sistem untuk menguji karisma, keterampilan dan kesediaan sebagai calon pilihanraya
Permohonan yang telah disahkan akan disemak oleh sebuah Jawatankuasa Calon.
Kriteria-kriteria yang digunakan oleh Jawatankuasa Calon untuk menilai setiap permohonan pada peringkat tapisan pertama adalah seperti berikut:
1.Kepakaran dan kemahiran yang boleh menambah nilai kepada masyarakat berdasarkan latar belakang pendidikan, kerjaya dan penglibatan dalam masyarakat
2.Tapisan pembabitan politik terdahulu (jika ada) untuk mengelakkan calon-calon yang membawa imej politik yang tidak serasi dengan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
3.Kesesuaian calon kepada imbangan mengikut kerusi-kerusi parlimen/DUN, jantina, umur dan kaum
4.Karisma dan keterampilan untuk diketengahkan sebagai seorang calon yang menyumbang membina imej 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Calon-calon yang di senarai pendek akan melalui tapisan kedua.
Tapisan kedua melibatkan semakan secara digital untuk mengenali calon dengan lebih dekat dan semakan dengan masyarakat setempat untuk mendapat maklum balas kualitatif mengenai calon.
Hanya calon-calon yang telah melepasi tapisan pertama dan kedua akan dipanggil untuk tapisan terakhir secara bersemuka dengan pasukan pusat 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
Calon-calon yang melepasi semua peringkat tapisan akan dipertimbangkan sebagai calon-calon berpotensi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, yang akan diumumkan mengikut kumpulan dari semasa ke semasa.
Pemohon hendaklah menyatakan kerusi Parlimen atau DUN yang ingin ditandingi. Mengikut undang-undang, calon DUN mestilah tinggal atau beralamat di negeri yang sama.
Keutamaan saringan calon diberikan untuk memuktamadkan calon-calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Kami menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berkongsi aspirasi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk memohon menjadi calon.
Portal permohonan akan dibuka secara berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan.
𝟴 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
Tahniah Joe. Berani letak jawatan walaupun bergaji selesa di 🇸🇬 untuk gembleng tenaga bersama @partibersamamy demi masa depan 🇲🇾.
Jom bersama sertai https://t.co/XU8GD2rQiF